S T A L K E R

333 41 206
                                    

Okay tajuk kali ini pulak ialah STALKER. And genre untuk aku tulis ialah Sci-fi or Saifai. Okay tulisan kali ini mungkin ada part yang agak susah nak difahami sebab aku ada gunakan beberapa istilah teknologi untuk bagi cerita ni more realistik.

And aku decide utk menggunakan watak yang sama dalam cerpen KUNCI, which is NUH sebagai sambungan dan a bit more revelation terhadap watak tu.

So here we go.

So here we go

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#####

Nama aku Nuh.

Bukan Noh Hujan. Or Noh Omar. Just Nuh.

Beberapa hari yang lalu aku terjaga di salah satu wad psikiatri Hospital Sungai Buloh kerana aku disyaki tidak waras atau perkataan popularnya, gila. Aku dituduh membunuh ayahku sendiri dengan sebiji cawan kopi yang aku minum dan dia disahkan mati di tempat kejadian selepas kecederaan serius di bahagian kepala.

Siasatan lanjut mengatakan aku ada masalah mental yang terpisah dan tak terkawal atau penyakit dissociative mental disorder dalam bahasa medik kalau tiba tiba terasa nak guna perkataan lebih bijak.

Tapi aku tak nak jadi bijak. Aku cuma nak jadi waras.

Aku cuma nak tahu kebenaran.

Aku bunuh ayah aku sendiri... Impossible.

KAU rasa aku gila ke?

Ya, KAU. Yang tengah baca ini.

Aku gila ke?

Tak tahu?

Tak apa. Mulai hari ini, KAU kawan aku. Orang sekeliling aku tak percaya aku ni waras, dan memang selalunya 'orang gila' akan cakap dirinya tak gila. Tapi kali ni aku nak KAU hadam cerita aku dan buat sendiri keputusan.

Aku gila,

ataupun tidak?

*****

"Nuh. Bukak mata. Ni makan malam untuk awak."

Seorang jururawat masuk ke wad aku sambil membawa bekalan makanan yang tersusun di atas troli yang ditolaknya. Aku yang masih berbaring menoleh ke sisi kananku dan melihat dia meletakkan makanan aku di atas meja kecil betul betul di sebelah kepala katilku.

Sapta Imaji : NUH.Where stories live. Discover now