PROLOG

774 82 22
                                    

Kolej Andaman

Tuk ! Tuk! Tuk !

Ketenangan Kolej Andaman petang itu dicemari bunyi ketukan kuat bertalu-talu dari arah pintu. Semakin kuat dan terdesak seakan hendak roboh. Syazrin mendengus seraya  mengeluh.

Ketenangan yang dinikmati  sejak tadi mula terganggu. Dia bangun dalam keadaan terpaksa.Novel dalam pegangannya  dicampak ke atas katil. Terus dia menapak  ke arah pintu. Dari luar beberapa kali kedengaran namanya dipangggil. Dia kenal benar pemilik suara itu.  Malas untuk dia menyahut. Tuala kecil pada pintu di capai lalu di buat alas kepala.

Tombol pintu dipulas kasar lalu daun pintu di tarik kedalam. Serentak itu tersembul muka Huda di muka pintu. Syazrin terpana. Wajah Huda ditatap penuh. Amarahnya tadi serta merta bertukar sayu.

''Eh, kenapa dengan kau ni Huda? Asal kau menangis?'' Tanya Syazrin yang terkejut. Huda tidak menjawab sebaliknya terus meluru dan memeluk Syazrin. Tangisnya makin menjadi. Syazrin kaget. Tidak mengerti dengan perlakuan Huda.

Huda yang masih dalam pelukannya di bawa ke arah katil lalu didudukan. Huda melepaskan pelukan pelukannya.

''Syaz..'' panggil Huda. Suaranya tersekat-sekat. Berat untuk dia menyatakan. Daripada riak wajahnya, Syazrin tahu ada perkara penting yang hendak diberitahu.

''Kenapa ni Huda? Kenapa kau menangis nih?'' Tanya Syazrin yang pelik melihatkan keadaan Huda. Soalannya tadi masih belum berjawab. Syazrin jadi keliru.

Huda menyapu air mata dengan tudung yang dipakainya. Wajah Syazrin dipandang,dalam. Bibirnya bergetar untuk melontarkan kata. Sepertinya dia menanggung suatu beban yang amat berat.

''Syaz...'' sekali lagi nama sahabatnya itu di dipanggil. Kini pandangan mereka saling menikam.

''Azila....."

"Kenapa dengan Azila?"

"Dia dah tak ada" terang Huda lantas memeluk erat tubuh Syazrin.

*MEMO PENULIS*
Assalamualaikum.
Pendek sahaja prolog sebagai permulaan. Untuk BLOK E : Kembali lagi... Penulis akan sajikan lebih banyak kematian. Sebagai permulaan, Azila menjadi mangsa.

Siapa seterusnya? Siapa pak cik tua? Segalanya akan terjawab dalam sekuel ini..

Selamat membaca dan menyokong cerita penulis😂

BLOK E : KEMBALIWhere stories live. Discover now