BAB 1 : Pulang

584 43 15
                                    

Masing-masing diam membisu. Hanyut dalam larutan emosi sendiri. Terhenjut-henjut bahu mereka menahan esak yang semestinya sukar untuk dibendung. Saat yang sukar buat mereka. Berjarak beberapa meter yang  sedikit jauh dari orang ramai, Syazrin melihat sayu kearah sekujur tubuh yang telah siap dikafankan dan sedang  diangkat oleh beberapa orang lelaki dewasa.

Ada di antaranya  yang Syazrin kenal. Sebahagiannya merupakan saudara mara kepada arwah yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berbakti kepada perjalanan terakhir seorang hamba Allah di muka bumi. Apabila nafas terhenti, bersatulah jasad dengan tanah.  Syazrin ingin turut serta membantu tetapi hasratnya terbejat disebabkan dia seorang wanita dan kerja-kerja sebegitu biasanya diuruskan oleh kaum lelaki disebabkan kudrat dan semangat mereka yang lebih kuat. Syazrin akur dengan keadaan itu. Tegahan itu ada benarnya juga. Walaupun dia agak terkilan tidak dapat berbakti untuk kali terakhir.

Tadi, sebaik tiba daripada Kuala Lumpur setelah mengharungi perjalanan hampir empat jam,  mereka terus ke tanah perkuburan apabila dimaklumkan jenazah sudah dibawa ke sana untuk dikebumikan. Pengebumian harus segera dilakukan atas permintaan keluarga arwah walaupun masih ada ahli keluarga dan saudara arwah yang belum sampai. Kebanyakkan yang tinggal jauh di selatan. perjalanan pulang mengambil masa tidak kurang enam jam. Namun, ayah arwah tetap berkeras mahu disegerakan urusan pengebumian tersebut. Pastinya ayah arwah mempunyai sebabnya tersendiri.

''Sabrina...kau tak mahu pergi tengok ke untuk kali yang terkahir'' ajak Huda. Sabrina memalingkan mukanya  kearah Huda. Air mata dikesat dengan belakang telapak tangan. Tisu yang di bawa tadi semuanya sudah habis dibasahi air matanya. ''Hmm..'' angguk Sabrina seraya mula melangkah  diikuti oleh Huda, Jiha, dan Syazrin. Mereka terpaksa menyelit di celah orang ramai untuk melihat ke dalam lubang kubur. Jenazah sahabat mereka sudah pun  dibaringkan di dalam liang lahad. Ikatan pada kafan jenazah dilonggarkan termasuklah pada bahagian muka. Kafan yang menutupi muka diselak hingga menampak wajah jenazah. Syazrin pantas menutup mulut dengan kedua belah tangannya. Apabila melihat wajah jenazah hatinya diserang pilu. Dadanya terasa sesak. Sebak mengenangkan itulah kali terkahir dia dapat melihat wajah Azila, sahabat yang dikenali sejak dibangku sekolah lagi. Sepintas pelbagai kenangan bersama Azila melintas di benak menambahkan lagi esak tangis Syazrin. Jiha dan Huda mendakap tubuh Sabrina. Bimbang jika Syazrin rebah di situ.

Hampir setengah jam kemudian,jenazah telah selamat dikebumikan. Bacaan talkin juga sudah selesai. Orang ramai mulai bersurai. Beransur -ansur meninggalkan tanah perkuburan. Kecuali beberapa orang yang mempunyai urusan lain. Ada juga dari kalangan orang ramai tersebut yang berlama disitu mengambil kesempatan menziarahi pusara yang lain. Mungkin juga sanak saudara yang tinggal jauh dan jarang sesekali pulang ke kampung.

Rumput- rumput renek yang bertenggek di atas batas kubur di cabut. Begitu juga dengan rumput disekeliling kawasan  yang mula meliar. Begitulah kebiasaanya dilakukan apabila saudara mara datang menziarah tanah perkuburan. Membersihkan kawasan sekitar dan kemudiannya membaca yaasin untuk disedekahkan kepada arwah.

Sabrina masih lagi  berdiri di sebelah pusara Azila, tegak merenung tanah merah yang digemburkan. Syazrin, Huda dan Jiha disebelahnya turut berkelakuan serupa. Mereka seakan berkomunikasi melalui hati dan firasat tanpa membuka mulut dan juga mengeluarkan sebarang bunyi. Suasana menjadi hening selepas bunyi enjin kenderaan meninggalkan kawasan perkuburan itu tidak lagi kedengaran. Kicauan burung semakin galak mengambil alih suasana. Kemudian disambut pula dengan bunyian unggas hutan  yang lain mengadunkan bunyi alam. Bunyi yang menenangkan tetapi kadang kala boleh membuatkan bulu roma berdiri tegak apatah lagi di tempat mereka sekarang.

''Azila...maafkan aku kerana tidak ambil peduli. Kalau tidak, semua ini pasti tidak akan terjadi'' luah Sabrina dalam sebak yang cuba ditahan tetapi gagal memecah kesunyian antara mereka.

Syazrin merangkul bahu Sabrina cuba menenangkan sahabatnya. ''Sab, jangan cakap macam tu. Tak elok kau meraung di sini. Aku faham perasaan kau, bukan kau seorang sahaja tapi  kita semua kehilangan dia.'' pujuk Syazrin.

''Tapi syaz, kalau aku dengar cakap dia dulu pasti semua tak berlaku. Dia cuba beritahu aku , aku yang tak peduli. Aku abaikan dia ''

''Jangan salahkan diri kau Sab. Ini dah memang ketentuan, dah memang Qada dan Qadar Dia. Mana mampu kita sebagai hamba untuk menghalang. Tak elok begitu...jangan salahkan diri kau.'' Pujuk Syazrin lagi. Sabrina diam dalam esakan.

"Jom kita balik. Dah lama kita kat sini." Ajak Syazrin yang disahut anggukkan lemah rakan-rakannya. Semakin lama disini, semakin banyak kenangan silam datang menerjah emosi mereka. Lebih baik mereka segera pergi.

Mereka sedang berjalan menuju ke arah pagar apabila ditegur oleh satu suara. Syazrin orang pertama yang berpaling. Dia tergamam. Lelaki dihadapannya ditenung dari atas ke bawah kemudiannya kebawah semula. Tujuannnya untuk memdapatkan kepastian dengan apa yang sedang berdiri dihadapannya sekarang.

"Bukankah sepatutnya sekarang....."

"Sepatutnya berada di Kemboja?. "

"Aha...tapi macam mana boleh ada disini pulak? Ini betul-betul atau cuma jelmaan saka? Atau juga ini cuma qarin yang menyamar." Syazrin membuat andaian. Dia masih ragu-ragu.

"Ehh, ini betul-betul lah. Kesitu pulak kamu ni. perangai lama tak berubah lagi. Masih sama macam dulu.''

'' Ada yang tak sama'' ujar Syazrin sayu sambil melirikan mata ke arah timbunan  tanah merah.

''Kehilangan yang sukar bagi kamu semua, saya faham.  Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk arwah. Pastinya dia akan bersedih andai kita terus meratap pemergiannya.''

''Tapi kan, macam mana cikgu boleh tahu pasal hal ini?'' soal Syazrin lagi. Seakan satu keanehan apabila mereka bertemu di situ. Sama ada kebetulan atau dirancang, dia benar-benar tidak tahu.

''Aku yang beritahu'' celah Sabrina. Pandangan Syazrin dan Huda terus berkalih arah memandang Sabrina dengan  perasaan terkejut. Sebenarnya diluar pengetahuan mereka yang lain, Sabrina sering berhubung dengan cikgu Nazir. Pelbagai isu mereka kongsikan termasuklah peristiwa yang terbaru ini. 

"Dah la, jom kita balik" ajak cikgu Nazir seolah sudah dapat menduga apa yang akan berlaku seterusnya. Bagi mengelakkan hal itu terjadi, dia perlu segera mengubah topik perbualan.

Syazrin melemparkan pandangan ke arah cikgu Nazir yang kelihatan bersahaja.

"Cikgu..." Panggil Syazrin yang mahukan penjelasan. Cikgu Nazir sedar akan hal itu.

"Nanti cikgu beritahu"

************

''Kau tak patut buat begitu. Kau memang dah melampau!'' tengking si lelaki berbaju merah, yang  berbadan sedikit gempal. Pandangannya masih tertacap pada wanita wajah bersahaja di hadapannya.

Kalau diikutkan rasa geram dan amarahnya, mahu saja dilepaskan satu tumbukan padu pada wajah tersebut. Biar rahang kiri  beralih ke kanan. Tetapi itu tidak mungkin berlaku. Selembut mawar yang menguntum, jangan dilupa akan durinya yang terselindung. Tajam dan menyakitkan.  Kelak membinasakan diri.

''Aku cuma menurut arahan. Apa yang kau suruh aku dah laksanakan. Itu bukan kerja mudah. Sekarang  aku mahu  bayaran aku seperti yang telah  dipersetujui". Tidak sedikitpun wanita itu menunjukkan rasa gentar walaupun ditengking sebegitu rupa. Sepertinya dia memegang sesuatu yang menjadi jaminan akan dirinya daripada diperlakukan apa-apa oleh lelaki berbadan gempal tersebut.

Kotak rokok di atas meja dicapai. Sebatang rokok dikeluarkan, dikepitkan pada bibir mungil miliknya lalu dinyalakan. Pemetik api kemudiannya dilemparkan ke atas meja.  Santai dan bersahaja lagaknya.

" Tak guna kau nak menyesal lagi. Bukan kah itu yang kau mahukan? Lagipun dia cuma budak, tak ada apa yang bernilai pun." Ujar seraya menghembuskan kepulan asap ke udara.

"Kau memang bangsat!"

"I don't care. Selesaikan bayaran aku dan we are done. Deal is deal."

Lelaki berbadan gempal tadi berpaling dan terus menuju ke sebuah almari di satu sudut  di dalam bilik yang malap dan suram tersebut. Pintu almari dibuka kasar dan  sebuah beg galas sederhana besar bewarna hitam dikeluarkan.

Dia kembali ke arah wanita tadi yang sedang leka di atas sofa menghembus asap rokok ke udara.

"Urusan kita dah selesai. Kau boleh berambus sekarang. "Beg hitam dicampak ke atas meja.













BLOK E : KEMBALIWhere stories live. Discover now