Part 7

17.3K 401 17
                                    

      "if I can be a beautiful kite "

    Semasa aku balik, Megat dan bonda masih belum pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Semasa aku balik, Megat dan bonda masih belum pulang. Siap membersihkan diri, aku memerap sahaja di dalam bilik.

  Mata memandang TV, tapi ingatan melayang ke lain. Masih terngiang apa yang disampaikan Ana tadi. Rasa sebak mula menyerbu dadaku.

  Jika benar itu bakal tunangan Megat,habis aku bagaimana?

  Takkan aku nak duduk sebumbung dengan isteri baru Megat? Sanggup ke aku kongsi kasih yang dulunya milik aku sorang tiba-tiba jadi hak orang lain jugak?

    Megat menolak pintu perlahan. Dia kemudian rebah di sebelah aku.

  "Bie... Nak minum apa-apa ke? Nanti I buatkan.. "

  Aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa. Aku cuba melayan Megat dengan baik dengan harapan Megat kembali menyayangi aku walaupun aku tahu aku mungkin bermimpi untuk dapatkan semula Megat Zahirie aku yang dulu.

  "Tak nak apa-apa. Bie nak sayang je malam ni.. Boleh? "

  Aku pelik. Megat dah kenapa ni? Sekejap layan aku macam sampah sekejap baik...

  Aku bangun mahu menutup suis tv tiba-tiba Megat menarik aku kembali ke katil.

  "Ana mesti dah bagitahu kau kan?"

  Megat membaringkan aku perlahan. Rambutku dibelai.

  "Ana tak cakap apa-apa pun kat sayang... Kenapa bie? "

  Aku masih berpura-pura tak tahu dan tak faham. Sengaja aku membahasakan diriku SAYANG buat pertama kalinya di hadapan Megat dengan harapan agar Megat berubah fikiran dan kembali ke pangkuan aku seperti dulu.

  Megat senyum sinis. Jemarinya merayap di seluruh wajah aku.

  "Dulu aku memang sayangkan kau Sarra.. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku jadi menyampah sangat tengok muka kau!"

  Aku terdiam tak bereaksi. Aku tahu kau bukanlah Megat Zahirie aku yang dulu lagi. Aku sedar itu.

  "Bonda nak aku kahwin lain. Lepas kau bersalin nanti aku akan nikah dengan Tengku Airis  Tengku Idris."

  Aku masih diam. Wajah Megat aku pandang. Nak kata terkejut tak jugak, sebab aku memang dah tahu tadi dari Ana.

  Mata aku berkaca. Pedih. Sepedih hati aku yang sedang kau toreh wahai suamiku.

  "Nanti kau pandai-pandailah sesuaikan diri bila dah serumah dengan madu kau. Ini pilihan bonda. Walaupun aku tak cintakan dia macam aku cintakan kau, tapi aku akan cuba bahagiakan hati bonda dan ambil hati bonda semula setelah apa yang kau dah buat pada dia. Semua yang berlaku ni sebab kau! Kalau kau belajar jadi isteri dan menantu yang baik dalam rumah ni, tentu semua ni tak berlaku. Jadi kau jangan salahkan bonda. Salahkan diri kau sendiri! Sayang konon! Kau ingat aku nak sayang kau lagi ke atas apa yang kau dah buat pada aku dan family aku? Jangan mimpilah betina sundal! Puihhhh!!!"

Luka Bukan Mimpi (SCARS)Where stories live. Discover now