2

47.1K 1.4K 41
                                    

Aku terjaga daripada tidur. Kepala aku yang agak pening menyukarkan aku untuk melihat pandangan di hadapan aku dengan jelas. Aku duduk dan aku terlihat.

Tubuh badan aku, yang terdedah dan hanya dilitupi dengan selimut sahaja. Aku lihat di sebelah aku. Kelihatan lelaki semalam sedang tidur dengan dengkuran halus.

Aku yang melihat dia di sebelah aku terus menutup seluruh tubuh badan aku dengan selimut tadi. Sesetengah anggota aku yang bersentuhan dengannya perlahan lahan aku leraikan.Tangan aku kesejukan akibat rasa gementar dan takut.

'Memang dah buat semalam?'

Minda aku kosong dengan perkara yang terjadi semalam. Kepala aku yang pening tadi semakin berganda rasanya. Tapi aku picit sedikit kepala aku supaya rasa tersebut hilang walaupun aku tahu, perbuatan itu hanya sia sia sahaja.

Kali ini aku cuba untuk berdiri memandangkan aku sudah ternampak pintu bilik air yang berada di hadapan aku. Lebih baik aku berada di dalam bilik air tersebut daripada berada di sini. Aku mengalihkan selimut dari badan aku.

Apabila aku berdiri aku terus terduduk semula. Menahan kesakitan di celah kelangkang aku. Aku meringis kesakitan secara perlahan. Supaya lelaki di sebelah tidak terjaga daripada tidur.

Aku berdiri sekali lagi dan cuba untuk menahan kesakitan di celah kelangkang. Setelah beberapa langkah, barulah kesakitan tersebut reda. Aku berjalan perlahan menuju ke bilik air. Aku tutup pintu bilik air tersebut dan cuba untuk mengunci pintu tersebut.

Tetapi aku hairan. Di mana kunci pintu bilik air ini? Aku berdiri di hadapan pintu bilik air mencari kunci di pintu bilik air tersebut tetapi tiada. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membiarkan pintu tersebut.

Pancuran air aku buka.

Membenarkan air tersebut menyentuh tubuh badan aku yang sudah disentuh oleh seorang kaum adam. Aku hanya termangu di bawah pancuran air tersebut. Mengenangkan perkara yang berlaku.

Aku melihat rupa aku di hadapan cermin. Muka yang selalu tersenyum, kini tiada lagi senyuman. Entah bila senyuman tersebut akan kembali. Aku melihat tubuh aku yang mempunyai kesan ungu kebiruan pula. Membuatkan mata aku berkaca.

'Inikah anak yang dibanggakan oleh mama?'

'Inikah kakak yang patut dicontohi?'

Makin aku fikirkan, makin aku terasa tidak berguna sahaja. Airmata yang aku tahan dari tadi jatuh jua akhirnya bersama sama dengan pancuran air yang mengalir.

Aku memejamkan mata lalu terduduk di bawah pancuran tersebut. Kepala aku hentakkan di dinding pancuran tersebut sambil memarahi diri sendiri.

"Kau tak guna! Diri sendiri pun tak pandai jaga! Kau perempuan murah! Kau serahkan diri kau dengan mudah! Kau kata kau akan jaga maruah kau lepas apa yang dah jadi!!!" Kata aku dengan suara yang sudah serak. Aku menggengam penumbuk aku akibat daripada amarah yang mula datang.

Beberapa minit kemudian, tengkingan aku terhenti. Diganti dengan tangisan yang makin menjadi jadi. Aku menukar posisi aku dengan meletakkan lutut aku di dada. Aku menekup muka aku di lutut aku.

Aku melepaskan tangisan aku lagi. Kali ini kuat dan bersama dengan pukulan di kepala aku. Betapa kecewanya aku dengan diri sendiri.

Entah berapa lama aku di dalam bilik air tersebut. Tiba tiba kedengaran suara yang aku baru dengar semalam. Memanggil nama aku.

Tapi aku hanya hiraukan panggilan tersebut. Aku memejamkan mata aku sambil menikmati bunyi pancuran air.

Terkejut aku apabila pintu bilik air diselak sekuat yang mungkin. Membuatkan aku terus mendongak dan melihat dia yang kelihatan tercungap cungap memandang aku. Aku menutup anggota badan aku.

"Gosh! I'm so worry about you babygirl. I thought you have run away..." katanya. Aku kembali menunduk dan cuba menahan tangisan aku daripada bergema lagi.

'Risau? Kepala otak kau!'

Andai apa yang aku katakan dalam hati aku dapat aku luahkan. Adakah dia akan diam dan melepaskan aku?

"Baby? How long have you been here? Kulit you dah mengecut ni. Bangun bangun" sekali lagi aku tersentak apabila dia sudah berada di hadapan aku. Menyentuh tangan dan jari aku yang sudah mengecut kulitnya kerana terlalu lama di bawah pancuran air.

Dia cuba mengangkat aku tapi dengan pantas aku tepis sambil menjelingnya. "Takpayah! Saya tahu nak keluar dari bilik air ni sendiri. Awak keluar sekarang!" Arah aku kepadanya. Tapi makin aku tegah makin dia berdegil. Dia mengangkat aku secara bridal style aku meronta meminta dilepaskan.

Aku memukul dadanya supaya dia melepaskan aku tapi tidak terlerai juga dukungannya. Malah, diberikan pandangan tajam yang kepada aku. Aku takut dan terus menghentikan perbuatan aku.

Dia meletakkan aku di atas katil. Kemudian, dia menuju ke sebuah almari yang besar. Dikeluarkan tuala dan sepasang sepersalinan.

Dia kembali semula ke arah aku dan mencampakkan tuala tersebut kepada aku yang menikus di atas katil. Dia mendekati aku dan cuba untuk mengeringkan badan aku tapi aku tepis lagi.

"Saya tahu macam mana nak uruskan diri saya" kata aku dan aku berpusing membelakanginya.

Selepas aku memakai baju yang diberinya tadi aku duduk dan menunduk.

Dia berjalan dan menghentikan langkahnya dihadapan aku.

"Pandang I" katanya dengan nada keras. Automatik aku mendongak memandangnya.

"I pergi mandi kejap, Don't you ever try to run away. The doors here are locked. And we are not even in Malaysia" dia memberi amaran dan terus masuk ke dalam bilik air.

Aku sekali lagi termangu.

Bukan kat Malaysia?

Jadi di mana aku sekarang?

BAD Where stories live. Discover now