Bab 15

4.1K 301 1
                                    

“Eh! Elis! Buat apa dekat sini?” tanya Asy sekadar berbasa-basi.

“Jalan-jalan, shopping!” balas Elis.

“Asy! I lapar la. Jom pergi makan sesama.” Elis sengaja meleretkan suaranya.

“Tapi I dah kenyang la makan aiskrim dengan Riz tadi.” Asy cuba mencari alasan.

“Ala! Kalau macam tu you teman I je la.” Balas Elis.

“Tak boleh la! I nak kena hantar bos I dulu la. This girl!” Asy menunjuk Riz.

“You cakap nak tolong I berubah! Apa nama bos you ni?” tanya Elis.

“Riz!” Asy menjawab sepatah.

“Riz! Boleh tak kali ni you balik sendiri. I nak ajak Asy teman I makan kejap la. Boleh eh?” Suaranya sengaja dimanjakan.

‘Pahal Minah ni? Aku sumbat dalam tong sampah karang baru tau. Gedik entah pape!’ desis hati Riz. Hatinya sudah membara dari tadi lagi mendengar perbualan Elis dan Asy.

‘Nak goda Asy macam harom!’ kutuk Riz. Namun, air mukanya tetap dikawal. Dia memberikan satu senyuman kepada Elis. Senyuman palsu!

“Ok! Asy, aku balil dulu. Kau teman la Elis ni makan dulu.” Kata Riz.

“Tapi kau..” balas Asy yang sudah kelam kabut dengan tindakan Riz.

“Aku ok! Jangan risau la! Aku kan dah biasa.” balas Riz.

“Thank you Riz!” Elis mendekati Riz untuk memeluknya.

‘Please! Stay away from Asy or you will die!’ Elis membisikkan kata-kata tersebut di telinga Riz. Riz hanya beriak tenang namun dalam hati sudah berdebar-debar memikirkan kata-kata itu.

“Welcome honey! Muah!” Pipi Elis dicium. Senyuman sinis diberikan kepada Elis. Nak main dengan Riz? Jom!

“Bai Asy! Aku pergi dulu!” Riz melambaikan tangannya. Tidak sampai 5 minit, Riz sudah hilang daripada pandang mata Asy.

“You! Jom la pergi makan.” Elis memeluk lengan Asy. Asy yang masih blur melihat tindakan Riz hanya menurut.

“Jom!”

**********

“Nak mati agaknya perempuan tu!” Dirinya dibawa menuju ke sebuab taman. Taman Melati iaitu taman yang selalu dilawatinya ketika arwah ibunya masih ada.

“Ibu, kenapa semua orang selalu tak puas hati dengan Riz eh? Apa salah Riz?” Riz bercakap sendirian. Hatinya sedih. Sedih memikirkan setiap perkara yang berlaku pada dirinya.

Dirinya dirasakan hidup dalam kesedihan. Dari kecil sehinggalah remaja, dia tidak pernah merasakan bahawa dia hidup dalam susana yang gembira. Setiap hari terlalu suram baginya.

“Ibu, walaupun Riz tak pernah rasa gembira, Riz bersyukur sebab Asy ada. Dia selalu hiburkan Riz. Walaupun Riz selalu gaduh dengan dia tapi dia tetap layan Riz. Dia jaga Riz ibu. Mungkin betul kata ibu, walaupun ibu takde di sisi Riz untuk jaga Riz inshaallah Allah akan hantar sesorang untuk jaga Riz.” Riz tersenyum sendiri.

“Akak! Kenapa akak senyum sorang-sorang?” tanya seorang budak kecil yang kebetulan meluangkan masanya di situ.

“Akak senyum sebab akak gembira dapat bagitahu ibu akak tentang apa yang akak rasa.” Balas Riz.

“Mana ibu akak?” tanya budak kecil itu lagi.

“Ibu akak dekat Syurga.” Balas Riz lagi.

“Syurga? Tu tempat apa akak?”

“Syurga tu tempat orang yang baik-baik tinggal. Kalau orang jahat pula, dia akan tinggal dekat neraka. Ada api. Panas tau. Kena siksa pula tu.” Jawab Riz.

“Kalau macam tu Zara nak jadi budak baik la. Zara tak nak duduk neraka. Nanti kena siksa. Sakit!!” Kata Zara sambil membuat muka takut. Riz tergelak!

“Ada-ada je la Zara ni. Mana mama Zara?”  tanya Riz.

“Tu!” Zara menunjukkan jari telunjuknya terhadap seorang perempuan yang memakai shawl berwarna merah jambu yang sedang duduk di atas bangku.

“Mama! Sini la!” Panggil Zara. Wanita tersebut berjalan sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

“Mama! Ni akak.. Apa nama akak eh?” tanya Zara sambil mengerutkan dahinya.

“Panggil akak Riz!” jawab Riz.

“Ha, mama ni akak Riz! Dia baik.” Kata Zara.

“Oh! Riz! Nama akak Raihana!” Wanita itu memperkenalkan dirinya.

“Jemput la duduk dulu akak!” Riz menjemput wanita tersebut duduk. Wanita tersebut akur.

“Riz buat apa dekat sini?” tanya Rai.

“Saja datang sini ambil angin.” Balas Riz lembut.

“Oh! Akak?” tanya Riz pula.

“Akak saja bawa Zara jalan-jalan. Terperap je dekat rumah. Baim pergi jalan jalan.” Rai menjawab sambil tersenyum melihat puterinya itu. Riz termenung seketika.

“Riz!” Rai memanggil Riz. Tiada respon.

“Riz!” kali ini dengan nada yang lebih kuat.

“Ah? Ada apa kak?” tanya Riz blur.

“Riz ada masalah ke?” tanya Rai. Riz diam.

“Kalau Riz ada masalah Riz cerita je la dekat akak. Akak sudi jadi pendengar untuk Riz. Inshaallah kalau akak boleh tolong, akak tolong.” Rai menyambung.

“Hidup ni memang susah kan kak?” Riz bersuara setalah 5 minit mendiamkan diri.

“Kenapa Riz cakap macam tu?” tanya Rai pelik.

Jangan lupa Vote and Comment!

Nak lebih 5 and up vote dulu bru Yin update ok!

Bodyguardku Kembar?!! [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now