BAB 45

1.4K 57 0
                                    

"Assalamualaikum papa." Panggil Farisha dari luar. 'Nak kata papa pergi kerja, kereta papa masih ada. Selalunya time macam ni papa tengah layan tv. Aik, takkan tak dgr kut?' Detik perlahan hati Farisha.

"Pagar tak kunci. Kita masuk lah. Mana tahu papa tak dengar ke? Sayang beri salam slow sangat." Tukas Syafiq di sebelah.

Farisha hanya mengangguk kecil. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah setelah meletakkan kereta di halaman rumah. Puas Farisha mengetuk pintu kayu itu.

Tok. Tok. Tok.

"Assalamualaikum papa! Isha ngan Syafiq datang ni!" Farisha masih mengetuk pintu tu dengan sabar sehingga habis merah tangannya kecilnya.

Farisha memandang Syafiq lalu Syafiq memandang semula renungan Farisha.

"Papa mandi kut." Jawab Syafiq.

Farisha mengelengkan kepala sebelum menyambung. "Tak mungkin. Isha rasa tak sedap hati lah bang." Luah Farisha.

Dari rumah lagi dia berasa tidak sedap hati. Dia juga masih tidak mengetahui kenapa hatinya begitu berdebar.

"Isha ada kunci rumah spare tak?" Soal Syafiq semula. Farisha hanya menepuk dahinya kerana lupa bahawa dia juga mempunyai kunci rumah papanya.

"Allah, Isha lupa pulak. Jap ya." Farisha mencari kunci di dalam beg tangannya. 'Tadaaa! Akhirnya jumpa jugak.'

Farisha memusingkan kunci itu pada lubang pintu.

Klik!

"Papa?" Matanya melilau mencari papanya. Ruang tamu hanya kosong tanpa bayangan sesiapa. "Jap ya bang. Isha cari papa kat atas."

Syafiq hanya tersenyum pada isterinya lalu mengangguk. Farisha menuju ke atas lalu membuka pintu bilik papanya dengan perlahan dan cermat.

"Papa ..." Jerit kecil Farisha kerana dia terkejut apabila melihat papanya yang terbaring di atas lantai. Darah membuak keluar dari mulut papanya. Papanya juga dalam keadaan yang tidak sedar.

Farisha berlari mendapatkan papanya. "Papa! Bangun pa! Abang!" Laung Farisha kuat memanggil Syafiq sambil teresak-esak dan diq cuba menggoyangkan tubuh papanya.

Syafiq segera berlari naik ke atas apbila terdengar suara isterinya.

"Papa kenapa?" Soal Syafiq. Dia pantas mendukung ayah mertuanya.

"Tak tahu. Isha taknak kehilangan papa bang." Adu Farisha seperti anak kecil sambil menangis teresak-esak.

"Shhh, jangan cakqp macam tu sayang. Kita kena doakan supaya papa tak apa-apa ya." Pujuk Syafiq. Farisha hanya mengangguk lemah.

*****
"Doktor, papa saya sakit apa doktor?" Tanya Farisha setelah melihat doktor yang bertugas untuk merawat papanya menghampiri dia dan Syafiq yang sedang duduk di kerusi menunggu.

Doktor itu hanya terdiam sebelum kembali mengeluh. "Sebenarnya, Encik Aqil dah lama menghidap penyakit kanser hati tahap empat. Takda harapan untuk dia hidup sebab penyakit kanser hati ni boleh bawa kepada kematian. Tapi macam kita semua tahu kita perlu mengaharapkan keajaiban dari Allah. Harap Puan Farisha dan suami dapat bersabar ya. Dan banyakkan berdoa." Terang panjang lebar dari doktor tersebut.

Badan Farisha menadi lemah, dia akhirnya jatuh terduduk. Air mata mula bertakung di tubir matanya sebelum esakan kedengaran di kecemasan itu.

Syafiq segera memeluk isterinya. Dia mencium ubun-ubun kepala isterinya . 'Hebat betul dugaan yang Allah berikan kepadamu sayang.'

"Abang  ... Isha taknak kehilangan papa. Cukup-cukup lah Isha dah hilang mama." Dia membalas pelukan Syafiq. Farisha menangis semahu-mahunya di dada Syafiq sehingga basah baju Syafiq.

"Kita banyakkan berdoa sayang. Jangan lemah macam ni. Isha kena kuat demi papa. Kalau Isha sedih, papa mesti lagi sedih." Pujuk Syafiq sambil mengusap-usap belakang tubuh isterinya itu.

'Isha tak mampu nak hilangkan kesedihan ni. Papa adalah kebahagiaan Isha. Maafkan Isha papa. Isha tak kuat nak hadap ujian ni. Isha tak kuat.' Rintih Farisha dalam hati.

****

Sayu hatinya apabila melihat keadaan papanya yang terkujur di atas katil hospital itu. Wayar yang berselirat penuh di badan papanya. 'Ya Allah kurangkan lah kesakitan papa ya Allah. Aku tak sanggup tengok wajah pucat papa yang tengah tahan sakit ni.' Doa Farisha di dalam hatinya.

"Pa ... Papa ingat tak dulu, papa selalu marah Isha sebab Isha ni jenis pemalas kemas bilik. Papa selalu kata kalau tikus masuk pun tikus boleh lemas. Ingat tak pa? Time tu Isha marah sangat tapi papa selalu pujuk Isha bawak Isha pergi Bornia Garden sebab papa kata Isha suka tengok benda hijau yang boleh buat Isha tenang. Papa selalu kata Isha banyak ingatkan papa tentang mama." Farisha mengusap tangan papanya yang masih tidak sedarkan diri. Dia tersenyum tipis sehingga tidak sedar air matanya menitik jatuh.

Syafiq menahan sebak. Dia sudah maklumkan pada Tan Sri Khalid dengan Puan Sri Indah mengenai papa Farisha. Mereka masih sedang outstation, kemungkinan esok baru mereka tiba di Malaysia.

"Kenapa papa rahsiakan hal ni pada Isha? Sampai hati papa." Farisha menyeka air matanya.

"Paaa ... Papa janji takkan tinggalkan Isha kan? Papa cakap papa akan jaga Isha sqmpai bila-bila. Tapi ... Kenapa doktor kata papa takda harapan untuk sembuh?" Farisha cuba untuk tidak mengalirkan air matanya namun sia-sia kerana air matanya deras membasahi pipi.

Syafiq memegang bahu Farisha. "Isha, makan dulu. Dari tadi lagi Isha tak makan. Jom?" Ajak Syafiq perlahan.

Farisha mengelengkan kepalanya. "Isha belum lapar. Isha nak tunggu sini sampai papa sedar."

"Tapi Isha ... Nanti Isha kena gastrik macam mana?" Jawab Syafiq gusar.

Farisha hanya mengahdiahkan Syafiq senyuman kecil. "Apalah sangat gastrik kalau nak dibandingkan dengan penyakit papa."

Belum sempat Syafiq mahu membalas ucapan isterinya. Denyutan jantung papa Farisha semakin menurun. Farisha segera bangun dari duduknya lantas dia menjerit memanggil doktor.

"Doktor!"

Kelam-kabut doktor dan jururawat-jururawat yang bertugas berlari mendapatkannya.

"Puan dan encik diminta tunggu di luar. Saya nak check pesakit dulu."

Mereka hanya menganggukkan kepala lalu beredar dari situ. Farisha memeluk Syafiq dgn erat. Akhirnya tangisan yang dia tahan dari tadi pecah jua.

Bersambung

Jgn lupa vote n komen . Thanks 💖

[C] FAKE LOVE VS TRUE LOVE Where stories live. Discover now