“Haa…!” Bulat mata Haji Awang dengar kenyataan tersebut. Tak tahu dia nak kata apa. Buntu dia sekejap.
“Kamu biar betul… Nordin!!” Sambungnya lagi dengan riak cemas.
“Betul Haji, saya nampak selipar dia tepi sungai.” Nordin cuba yakinkan ketua kampungnya yang anak perempuannya memang jatuh ke dalam sungai.
“Takpe… Jom masuk dulu. Kita bincang di dalam.” Pelawa Haji Awang.
“Yelah…” Maka, Nordin masuk ke dalam rumah Haji Awang dengan basah kuyup meredah hujan lebat tadi.
Manakala, Lijah, Rizfan dan Rizwan pun turut menuju ke ruang tamu setelah selesai makan malam untuk melihat siapa individu yang datang ke rumahnya dalam hujan lebat sebergini. Di ruang tamu, kelihatannya Nordin yang basah kuyup bersama ayah mereka sedang berdiri di tengah rumah dengan riak wajah serius masing-masing. Mengundang rasa keliru tiga beranak yang baru menjejakkan kaki mereka di situ.
“Jah… tolong ambilkan pakaian abang dalam bilik. Kesian Nordin basah.” Suruh Haji Awang pada isterinya yang ke arahnya bersama anak-anaknya tadi.
“Yelah bang.” Lalu, Lijah berpatah balik menuju ke dalam bilik. Mengambil pakaian suaminya untuk diberikan pada Nordin.
“Kenapa nie pak cik?” Soal Rizfan pada bakal bapa mertuanya yang tayang wajah kelatnya seperti punya masalah besar.
“Kata pak cik Nordin tadi. Dariesha, tunang kamu tu. Lemas dalam sungai.” Haji Awang pula yang membalas pertanyaan Rizfan. Tanpa sempat Nordin membuka mulut.
“Haa!! Dariesha lemas, ayah!!” Jerit Rizwan pula setelah mengetahui insan yang di cintai dalam diam lemas. Menggigil tangannya, menahan rasa cemas yang teramat sangat.
“Betul ke pak cik??” Seloroh Rizfan pula, tanpa mempedulikan jeritan terkejut dari adiknya kerana dia pun turut terkejut dengan berita tersebut.
“Sabar dulu, semuanya. Nanti kita bincang elok-elok. Tapi tunggu mak kamu ambil pakaian dulu.” Haji Awang cuba mengawal kedua-dua anak lelakinya yang menunjukkan reaksi terkejut masing-masing.
Tak berapa lama dari itu, Lijah datang dengan membawa pakaian yang kering dan bersih untuk Nordin. Dan di hulurkannya pakaian tersebut pada Nordin yang masih berdiri, supaya lelaki lewat 40-an itu dapat memakai pakaian yang selesa dan tak sejuk lagi.
“Terima kasih.” Ucap Nordin pada Lijah.
“Tandas, sebelah kiri dapur.” Kata Lijah dan Nordin mengangguk. Tanda dia tahu arahan ringkas dari wanita yang lebih kurang lima tahun lebih tua darinya dan segera menuju ke dapur untuk menganti pakaian basahnya.
Selepas beberapa minit, Nordin muncul di rahang pintu dapur dengan mengenakan baju t-shirt putih dan kain pelikat warna hijau. Dia kemudiannya, menghalakan langkahnya menuju ke arah sofa ruang tamu yang telah memuat Haji Awang sekeluarga. Lalu, dia ambil tempat kosong di sebelah Rizwan yang masih boleh menampung satu orang lagi.
“Lijah… tolong buatkan kopi untuk tetamu kita.” Arah Haji Awang pada isterinya yang duduk di sebelahnya.
“Ya, bang.” Lijah bangun dan menuju ke dapur untuk membuat kopi panas atas permintaan suaminya dalam cuaca yang masih lagi ganas menghentam bumi.
‘Kamu pasti ke?? Anak kamu tu lemas?? Kamu nampak, dia hanyut di bawa arus sungai ke?” Soal Haji Awang bertalu-talu akan cerita yang tertangguh tadi.
“Itu aku tak pasti Haji. Tapi, aku nampak selipar dia ada di tepi sungai. Tuannya pula, takde. Mungkin jatuh lemas kerana tak pernah-pernahnya dia tak ada di rumah bila saya pulang dari Langkawi. Lagipun, jarang dia keluar rumah kalau dah nak dekat senja.” Terang Nordin panjang lebar akan firasat hatinya yang kuat menyatakan, bahawa anak perempuannya itu telah terjatuh ke dalam sungai.
“Ohhh…. macam tu ke?? Tapi, kita tak pasti lagi kalau dia memang jatuh dalam sungai kan?? Entah-entah dia ada kat rumah kawan dia kot. Manalah tahu, kalau-kalau dia nak berteduh sekejap. Tunggu hujan reda, barulah dia pulang ke rumah.” Haji Awang cuba memujuk Nordin yang berfikiran nagetif pasal kehilangan anak perempuannya itu.
“Tapi, ayah… Riesha mana kawan. Kalau ada pun, Iwan aje.” Rizwan pula, membangkang kata-kata ayahnya itu kerana dia tahu. Dariesha memang tak mempunyai kawan di kampung dan Dariesha juga merupakan gadis yang pendiam di sekolah. Sebab itu, dia tak punya ramai kawan. Kalau ada pun, Hasimah. Tapi Hasimah sedang melanjutkan pelajarannya sekarang di Sarawak. Mustahil dengan Hasimah. Fikir Rizwan lagi.
“Betul tu!! Haji!!” Sokong Nordin pula.
“Hermmm… takpe, semuanya sabar dulu. Nordin cuba kau call Cik Yah di rumah. Manalah tahu dia sudah pulang.” Suruh Haji Awang pada Nordin kerana dia memastikan dulu, samada Dariesha ada di rumah sekarang atau tidak.
“Tak payahlah ayah, Iz dah mesej Lia baru tadi. Dia kata, Dariesha takde kat rumah.” Jawab Rizfan pula yang telah menghantar pesanan WhatsApp secara diam-diam pada Liyana ketika mereka sedang sibuk berbincang tentang kehilangan Dariesha tadi.
“Hermmm….” Mengeluh panjang Haji Awang ketika itu yang memikirkan kebenaran akan kata-kata Nordin. Lalu…
“Kita tunggu sebentar sampai pukul dua belas tengah malam. Kalau Dariesha belum juga balik. Baru kita cari dia.” Haji Awang bersuara setelah memikirkan jalan yang terbaik untuk mereka semua agar tidak tergopoh-gopoh dalam tindak tanduk masing-masing.
“Iz dan Iwan, kamu pergi kumpul orang kampung. Kata ayah ada nak semua berkumpul.” Arah Haji Awang lagi pada anak-anak lelakinya sambil memandang Lijah yang membawa kopi untuk mereka berempat.
“Nah, minum kopi dulu. Hilangkan serabut di kepala.” Hulur Lijah kopi yang baru dibuatnya, seorang demi seorang yang duduk di sofa sambil tersenyum manis ke arah mereka.
Mereka berhenti berbual sebentar untuk menghirup kopi panas yang terhidang depan mata dan untuk mengembalikan rasa cergas di minda setelah berserabut memikirkan Dariesha yang menghilang entah ke mana.
YOU ARE READING
Shhh!!! Aku isteri rahsia dia
Romance"Saya rasa tak perlulah buat semua tu,saya akan bertanggungjawab dengan apa yg telah berlaku. Saya akan nikahi gadis ini"-Zafrel Adden 😔😔 "Ahhh!!! Gila agaknya aku nie... macam mana aku boleh jatuh cinta pada suami aku sendiri. -Dariesha.😫😫 *...