RAHSIA HATI (COMPLETED)
(UNEDITED)
Editing~
Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar.
Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...
Aaira berdiri tegak di ruang tamu rumah besar milik Megat Ian Hanif itu dengan beg yang berisi beberapa pakaian dan barang-barang penting miliknya yang diletakkan di sebelah kakinya.
Dia menunggu seseorang yang akan menyambutnya. Penjaga gate tadi sudah memberikan kebenaran untuk dia masuk ke dalam rumah besar ini tapi dia diberitahu harus menunggu Mak Mah yang menyambutnya di dalam.
Aaira meliarkan matanya dengan memperhatikan ruangan rumah ini.
Rumah luas dan megah. Keramik-keramik mahal teratur rapi. Barangan dalam rumah ini banyak dengan sentuhan feminim di setiap sudut rumah ini. Cantik. Lihat sahaja kristal-kristal yang berada di lampu-lampu itu. Indah dan mewah.
Suara langkah kaki menuruni tangga mengalihkan perhatian Aaira dari menatap sekeliling rumah besar itu. Matanya membulat melihat tubuh wanita anggun keibuan didepannya. Wanita yang sudah berumur, tetapi masih kelihatan cantik dan awet muda.
"Anak tunggu siapa ya?" tanya wanita itu mengerutkan dahinya. Hairan barangkali melihat dia tercegat di sini.
"Saya... tunggu Mak Mah." jawab Aaira ragu-ragu. Melihat wajah wanita berumur ini dia tahu siapa. Copy paste.
"Ada urusan apa dengan Mak Mah?" tanya wanita itu ingin tahu.
Aaira diam. Dia nak cakap apa ni? Err...
'Saya gadis yang sanggup mengandungkan cucu Puan. Boleh ke cakap macam tu. Nanti pengsan orang tua ni.'
"Aaira.... dah sampai dah." suara Mak Mah terdengar memasuki ruangan.
Aaira mengembuskan nafas lega. Akhirnya, dia tidak perlu menjawab pertanyaan wanita itu tadi.
Wanita di hadapan Aaira itu menaikkan alisnya bingung apabila Aaira tidak menjawab soalannya tadi.
"Siapa dia?" tanya Puan Inara kepada Mak Mah sambil mendekati mereka berdua.
Mak Mah ragu-ragu untuk menjawab.
"Dia gadis yang dicari oleh Tuan muda, Puan."
Puan Inara terkejut. Alisnya naik tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia tahu apa maksud orang gajinya itu.
"Kamu mesti bergurau Mah? Ian serius ke nak buat kerja gila tu?"
Puan Inara menoleh ke arah Aaira.
"And this girl ready to do it? You look very young." Puan Inara melihat atas bawah tubuh gadis ini.
"Sebenarnya, bulan depan umur saya dah 24 tahun puan." Aaira cuba menjelaskan kepada wanita itu.
"You're still young dear... Have you been married? Are you still a virgin?"
Aaira menelan air liurnya pelan. Kenapa wanita ini mempertanyakan soal daranya?
Wanita itu menaikkan alisnya melihat reaksi Aaira itu.
"You're still virgin." tuduh wanita itu.
"Tak" jawab Aaira cepat. Sangat cepat hingga menyakinkan Puan Inara bahawa betul apa yang dikatakannya tadi.
"Dari mata kamu pun aunty dah boleh baca. Mah saya tak izinkan Ian buat semua ini, merosakkan gadis yang masih muda hanya untuk memenuhi kemahuannya. Dia tak fikir ke perasaan gadis ini nanti macam mana." dia bersuara lebih kepada memberitahu Mak Mah.
Promoted stories
You'll also like
Suara Puan Inara itu menggeram marah memikirkan gadis yang telah membuat anak bujangnya obses dengannya hingga sanggup membuat hal gila seperti ini.
"Puan." panggil Aaira menghentikan wanita itu yang hendak beransur pergi. Dia tidak tahu macam mana nak cakap sebab dia dah bagitau dekat Ian yang dia pernah berkahwin sebelum ni. Means dia dah tak suci lagi. Kalau dah terdesak memang semua main hentam je cakap.
"Saya mohon, saya sanggup buat semua tu dan saya sedar apa yang saya buat."
Aaira kena yakinkan wanita ini, dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika semua ini terbatal. Sebab dia tahu dia tidak mampu untuk kembalikan wang yang sudah dia gunakan untuk membayar pembedahan neneknya.
Wanita itu memandang Aaira sedih. Dia tahu gadis ini adalah gadis yang baik dan sopan. Kalau gadis ini sanggup melakukannya, dia tahu akan ada pengorbanan dari semua ini nantinya. Yang pastinya, tentang perasaan gadis ini. Dia tidak sanggup melihat gadis ini terluka disebabkan oleh Ian.
"Ya Allah, Sayang. Kamu dah gila kamu tak kenal Ian tu macam mana. Anak aunty pun dah gila sebab buat kamu macam ni. Kamu juga dah gila dengar arahan Ian. "
Wanita itu menunjuk-nunjuk telunjuknya ke arah Mak Mah, satu-satunya maid kepercayaan yang patuh dan setia kepada Ian sejak Ian masih kecil hingga dewasa menjadi lelaki yang berhati dingin.
"Lama-lama, aku juga boleh gila."
Puan Inara pergi meninggalkan ruangan dengan bebelan yang panjang di setiap lorong rumah. Aaira menatap bingung melihat kelakuan wanita itu, lalu menoleh ke arah Mak Mah.
"Puan Inara memang macam tu. Dia sayang sangat dengan Tuan Muda. Jom Aaira. Ikut Mak Mah."
Aaira mengambil beg yang tadi dia letakkan di bawah tepi kakinya dan mengikuti Mak Mah.
Mak Mah tidak membawanya masuk ke dalam rumah tersebut tetapi keluar dari rumah. Dia mengerutkan dahi.
"Kita nak kemana Mak mah?"
"Aaira akan ke rumah Ian yang jauh dari orang ramai. Dan ini Pak Samad dia yang akan bawa Aaira ke sana." ujar Mak Mah setelah mereka berdiri di depan lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an.
Marisa hanya membalasnya dengan senyuman.
Setelah Mak Mah menerangkan yang dia akan tinggal di rumah lain untuk mengelakkan daripada orang ramai tahu yang Ian sudah menikah. Haih, nak kahwin pun sampai macam ni sekali. Terkenal betul Megat Ian Hanif ni sampai kehidupan dia ramai orang nak tahu. Kesian.
"Ohh baik, terima kasih Mak Mah." setelah bersalaman dengan Mak Mah Aaira terus masuk ke dalam kereta BMW X3.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.