"Chim!" Laung Taehyung.
"Hey, Tae.." balas Jimin sayu. Membalas pandangan semua yang ada di situ. Dia melebarkan senyuman pada Jungkook, namun tidak dibalas oleh lelaki itu.
"Kau memang bodoh kan?!" Laju sahaja Taehyung dan Jhope menendang Jimin. Tak kuat, tak perlahan. Cukup memberi pengajaran buat Jimin.
"Woih! Anak aku! Apahal kau tendang anak aku ni?!" Bebel Jin sambil menolak Taehyung yang masih semangat memijak tubuh Jimin. Tubuh Jimin di angkat dari lantai, dibersihkan dari habuk sebelum dipeluk erat.
"Kau kemana hah? Anak tak guna! Kau tak reti guna telefon ke bangang!" Marah Jin sambil menampar punggung Jimin, kuat. Geram sungguh. Hampir seminggu dia menelefon Jimin, mungkin sudah beribu pesanan dihantar lelaki itu.
"Mianhei, aku lupa nak cas telefon." Balas Jimin jujur.
Namjoon mengangkat sebelah kening, seakan bijak dan cekap dengan situasi itu. "Apa yang penting sangat sampai seminggu kau tak cas phone? Kau tak bukak phone kau langsung kot." Ujar Namjoon seakan pengintip.
Jimin menelan air liur. Dia sedar dia melupakan segalanya demi menjaga Eunha. Dia juga pernah tidak mandi selama tiga hari, semata-mata untuk menemani gadis itu.
Jimin tergelak kekok. "Eii sibuk je. Suka hati lah phone aku kan." Jimin membalas sambil buat suara gedik menyebabkan mereka yang mendengarnya ketawa serentak.
"Jimin, mana Eunha?" Soal Hoseok sambil mencari kelibat bunny girl.
Jimin tergamam. Mulutnya terketar untuk menjawab. Dia melepaskan keluhan berat kemudian membalas
"She's fine."
"Jimin, kalau dia okey? Kenapa sudah seminggu dia tak datang sekolah? Baik kau jujur pada aku!" Tanya Yerin sedikit tinggi. Geram dengan lelaki itu. Geram kerana menyangka Jimin tidak menghiraukan Eunha.
Semua mata kini terarah pada wajah Jimin. Meminta penjelasan.
"Aku baru balik dari hospital." Berat suara Jimin bebicara. Menatap wajah Jungkook yang sudah berubah riak.
"Hospital?!" Soal Yuju semakin terkejut dengan kata kata yang terkeluar dari bibir lelaki itu.
"Kau kata Eunha dah keluar hospital tempoh hari?"
Serta merta Jimin terkunci lidah. Air matanya mula bertakung. Rasa bersalah segera menyerang hatinya. Bersalah kerana membuka rahsia yang selama ini disimpan rapi.
"Hyung..apa yang terjadi pada Eunha? Kenapa dengan dia? Eunha sakit apa? Teruk kah keadaan dia??"
Tanpa sedar Jungkook melontarkan pertanyaan. Wajah sebak Jimin dipandang lama. Hati lelakinya diterpa rasa bimbang. Rasa yang begitu ketara sehingga terlakar diwajahnya ketika ini.
"Jimin please, beritahu aku apa yang terjadi pada dia?" Soal Jungkook lagi. Tidak hirau pada pandangan Yuju yang turut pelik melihat tingkah kalutnya.
"Dia sedang bertarung dengan kehidupannya sekarang, kook" Jawab Jimin, cuba setenang mungkin.
"Apa maksud kau?" Soal Sowon. Nada suaranya kedengaran tegang.
"Eunha... Dia.. Dia tak punya masa yang panjang lagi, kook" direnung wajah Jungkook yang kelihatan tergamam. Sebelum perlahan lahan dia menekapkan mukanya. Cuba mengelap air mata yang bertakung. Tidak mahu dianggap lemah di depan kawan kawannya.
"Eunha.. menghidap barah hati and now.. dia berada di tahap yang kritikal. Dia hanya menunggu masa untuk pergi tinggalkan aku, tinggalkan kita semua.." sambung Jimin teresak-esak, cukup membuatkan Yerin mengalirkan air matanya.
Bagai terkena letupan bom, Jungkook merasakan seluruh anggotanya hancur satu persatu. Hatinya berkecai bertaburan menyembah bumi. Membuatkan tubuhnya lumpuh. Jungkook jatuh. Hampir saja tersembam di lantai jika tidak disambut oleh Jin yang bingkas meluru mendapatkannya.
Sinb menekup mulutnya yang sedikit ternganga. Tidak percaya. Berpaling wajah menghadap Yerin yang terlebih dulu menitiskan air mata di samping Yuju yang hanya tertunduk pilu. Air matanya mula bertakung. Sedih melihat situasi sekrang. Perlahan lahan dia menyandarkan diri di sisi Umji yang segera memeluknya erat. Perlahan lahan kedengaran kedua duanya teresak hiba. Turut sama sama melepas tangisan.
"Kat mana dia sekarang?" Soal Namjoon tenang. Cuba menutup rasa sebak yang mula mengambil tempat dihatinya.
"Dia ada di hospital. Dah seminggu dia ditahan di wad kerana tubuh dia.. tidak lagi berupaya untuk bergerak.. seperti selalu." Balas Jimin perlahan.
Jungkook memejamkan matanya rapat. Bayangan Eunha yang melompat riang cuba dihilangkan dari layar mindanya. Betapa dia mencintai gadis itu.
Jin menggosokan perlahan belakang badan Jungkook. Sungguh dia tahu apa yang berlaku di gelodak hati lelaki itu. Dia turut mengetahui betapa cintanya lelaki itu pada Eunha. Walaupun lelaki itu, tidak pernah memberitahunya. Dengan hanya melihat tingkah laku Jungkook pada Eunha.. dia sudah tahu...
Jimin memandang sayu. "Dia teringin sangat berjumpa dengan korang.. tapi aku melarang.. kerana dia betul betul tidak berdaya untuk berdiri."
"Oppa.. saya nak melawatnya.." kata Umji dalam sendunya.
Melihat wajah berair Umji, membuatkan Jimin turut merasa hiba. Perlahan lahan dia mengelus rambut gadis itu, lembut.
"I'm sorry,Yewon-ah.. buat masa ini tak boleh lagi.. tpi dalam dua tiga hari lagi mungkin boleh lah." Ujar Jimin lembut.
Jungkook merenung lemah wajah Jimin sebelum perlahan lahan dia menghembuskan keluhan kesal.
YOU ARE READING
[C] You're Not Alone{JJKxJEH}
Fanfiction[ Complete ] "Just please tell me you won't leave me?" "I wont, Jungkook.. " "I love you Eunha. more than anything" _ "Kau masih cintakan dia. " "Untuk apa kau tahu perasaan aku? Biar sahaja aku pendam perasaan ini. Aku mohon pada kau. Jangan berita...