Bab 17

118K 7.4K 1K
                                    

Aryan sudah buntu mahu mencari Avrin dimana lagi. Tiada jejak atau kesan langsung yang Avrin berada di kawasan yang dicari olehnya.

Aryan meraup wajahnya dengan kasar sebelum duduk menunduk memandang ke lantai.

Ariq dan Hayden melangkah masuk ke dalam bilik pejabat milik Aryan. Masing-masing mengambil tempat di sofa hitam.

"Hayden", panggil Aryan dingin. Mata masih memandang ke lantai.

"Hmm ?", jawab Hayden perlahan.

"Cari Avrin. Guna cara kau untuk cari Avrin !", tiba-tiba suara Aryan naik dua oktaf. Wajahnya jelas tegang.

Hayden tidak banyak kata malah terus melangkah keluar dari bilik itu untuk ke biliknya.

Hayden masuk ke bilik Aryan semula dengan tangan yang memegang komputer ribanya.

Komputer riba miliknya dibuka dengan kasar sebelum jari-jemarinya menekan-nekan papan kekunci.

"Nak cari guna apa ni ?", tanya Hayden.

"CCTV restoran tu. Cari ikut semua CCTV yang ada berdekatan situ", kata Aryan dingin.

Hayden tidak banyak bunyi malah terus menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya.

Mata terus tertumpu pada skrin komputer riba yang sedang memapar tayangan Avrin diculik oleh seorang lelaki.

Aryan, Ariq dan Hayden menonton video itu dengan sangat teliti.

Avrin yang sudah pengsan diangkat masuk ke dalam sebuah van bewarna hitam.

"Fuck", kata Ariq selepas nombor plat kereta itu tidak dapat ditangkap oleh kamera litar tertutup.

"Siapa ?", tanya Ariq perlahan.

Mereka tidak dapat mengecam siapa yang menculik Avrin kerana lelaki itu memakai topeng.

Hayden hanya mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu. Lelaki yang menculik Avrin itu bukan Zack kerana badan Zack lebih pendek berbanding Avrin. Tetapi lelaki yang menculik Avrin itu tinggi.

Aryan hanya menunduk memandang ke lantai. Sungguh tertekan dia ketika ini.

"Habistu sekarang nak buat apa ?", tanya Ariq serius.

Aryan kemudian menoleh ke arah Ariq.

"Aku nak kau call awek kau tu sekarang", arah Aryan dengan dingin. Matanya tajam merenung Ariq.

"Erika ?", tanya Ariq.

"Iye lah ! Awek mana lagi yang kau ada selain dia ?!", marah Aryan.

"Apahal aku kena call dia pulak ?", tanya Ariq dingin.

"Sebelum perempuan tu wujud, tak pernah ada mana-mana ancaman pun yang datang kat keluarga kita. Baik kau tanya dia apa yang tengah berlaku sekarang ni", arah Aryan dingin.

Hayden hanya mendiamkan diri. Mahu beritahu ke tidak ? Aduh..

Ariq menghela nafas panjang sebelum mencapai telefon bimbitnya.

Erika mengambil cuti pada hari ini kerana perutnya memulas-mulas. Biasalah senggugut. Berdiri tak kena, duduk tak kena, baring tak kena, menunggeng baru kena.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now