MALAM itu Irdina sedang sibuk menghidangkan lauk di atas lantai beralaskan tikar mengkuang.Mak Seri pula sibuk di dapur seketika.Pak Hisyam pula sedari tadi sibuk menonton televisyen.Sambil Irdina sibuk menghidangkan dan menyusun pinggan dia terlihat Liyana yang baru sahaja keluar dari biliknya.
"Eh,Cik Liyana mari kita makan sama?"ajak Irdina dengan ramahnya.
Liyana terus sahaja menghampiri ke arah Irdina yang sibuk menghidangkan lauk di atas lantai.Dia kemudiannya duduk di atas lantai.
"Boleh I tanya?"soal Liyana.
"Boleh..Cik Liyana nak tanya apa?"balas Irdina.
"Kenapa you all makan kat lantai?Kenapa tak makan kat meja je?"
"Oh...hari ni speacial sikit sebab Cik Liyana ada.Makan dekat lantai lebih seronok dari makan kat meja.Lagipun hari ni mak masak lauk banyak,"jawab Irdina dengan senyuman.
Liyana hanya menganggukkan kepalanya.
"Ina!!"panggil Mak Seri dari arah dapur.
Irdina menyahut.
"Tolong panggilkan abang kamu tu.Ajak Aiman dengan Fuad sekali makan sama!"arah Mak Seri.
Irdina mula merengus kasar.Muka dicebikkan.Malas betul nak panggil dia ni!
Liyana hanya memerhatikan tingkah Irdina.Irdina kemudiannya bangun lalu segera menuju ke bilik abangnya.Pintu bilik kemudiannya diketuk.
"Abang!Mak ajak makan sekali ni,"ujar Irdina.
"Baik,sayang!Aiman datang sekejap lagi!"Sahut Aiman pula dari dalam bilik Asyraf.
Irdina membuat muka ingin muntah.Dia kemudiannya menepuk pintu bilik Asyraf dengan kuat.
"Aku tak cakap dengan kau lah!Perasan!Cepat lah turun!!"
Irdina merengus geram lalu segera dia beredar.Sempat lagi dia mendengar tawa abangnya dan juga rakan Aiman di dalam bilik itu.Dua-dua sama je!Suka kenakan aku!
Sampai sahaja diruang tamu,Irdina melihat Mak Seri dan Pak Hisyam sudah duduk di atas lantai.Mereka menunggu ketibaan Irdina dan yang lain.
"Mana abang kamu?"tanya Pak Hisyam.
"Ada kejap lagi datang lah dia,"jawab Irdina sambil mengambil tempat di sebelah Liyana.Irdina memandang Liyana dengan senyuman.Liyana turut membalas.
"Hah,panjang umur cepat duduk kita makan sama."Kata Pak Hisyam setelah melihat Asyraf serta Aiman dan Fuad tiba di ruang tamu.
Laju sahaja Aiman mengambil tempat bersebelahan dengan Irdina.Irdina mendencit geram.Aiman sempat memberikan senyuman nakalnya.Liyana mengerling ke arah mereka berdua.
"Sibuk lah kau ni!Duduk sanalah!"rungut Irdina.
"Tak syok duduk sana duduk sebelah isteri aku ni lagi syok!"
Aiman tersengih nakal.Liyana melopong.Mereka yang lain mula tersenyum-senyum.Irdina menjulingkan matanya ke atas.
"Berangan lah kau!"
"Dah lah tu...mari kita makan,"sampuk Asyraf.
Asyraf mula mengetuai membaca doa makan.Mereka kemudian menadah tangan mereka untuk membaca doa.Setelah selesai membaca doa mereka mula mencedok lauk.Liyana yang melihat lauk di depan matanya hanya memandang pelik.
"Eh,kenapa tak ambil Cik Liyana?"tanya Asyraf.
"Err..I tak biasa makan lauk ni semua.Lagi satu I biasanya pakai sudu bila makan,"jawab Liyana dengan malu-malu.
YOU ARE READING
Dia Permaisuri Hatiku
Romance"Kau umpama permaisuri yang bertakhta di hatiku." "Ina,kau sejuk eh?"~Aiman "Diamlah!Sibuk je."~Irdina Karmila "Aku tahu kau memang sejuk dan perlukan kehangatan.Kesian betul sayang aku ni."~Aiman