Kereta milik Darius sudah diparkir elok di hadapan rumah agam milik mama dan papanya
Tubuh disandarkan sejenak sementara enjin masih belum dimatikan,matanya gatal memandang orang sebelah yang terpejam matanya
Nafas terhela perlahan mengambarkan orang sebelahnya tidur dengan nyenyak sekali
Badan sedikit dibengkokkan,mahu menyamai muka Masya yang terlena di tempat duduk penumpang
Wajah Masya menjadi tatapan matanya,Dari sepasang kelopak mata itu hingga ke dagu terbelahnya
Kalau dilihat Masya bukanlah tipikal wanita yang gemar memakai makeup walaupun sudah melepasi 20 an umurnya namun dilihat hanya sekadar bedak nipis dan sedikit calitan pelembap bibir menghiasi wajah itu
Em,kulit tidaklah licin mana.
Serentak itu Matanya yang terkatup rapat itu tiba-tiba terbuka,mengejutkan Darius yang terlena memandang wajah Masya
Terus wajahnya yang menoleh ke tepi itu ditarik ke posisi asal,Tangannya naik mengelus belakang leher
Sedikit Gelabah tertangkap merenung isteri,manakala reaksi Masya yang terkelip-kelip memandang Darius yang sudah pun memalingkan wajahnya ke depan
Masya meraba-raba tepi bibir,Takut-takut ada lelehan liur mengalir tak pasal-pasal mencemar duli imej diri
Tak ada apa pun.
Tapi semacam tadi,Bukannya Darius renung dia ke?
Melihat suasana yang janggal,Terus mulutnya melontar soalan
"Kita kat mana ni?" Soalnya sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap
Darius sekilas memandang
"Kita kat rumah mummy I.Jomlah turun" Terus pintu kereta ditolak dari dalam
Masya memandang kelibat itu keluar dari perut kereta sebelum dia turut melakukan hal yang sama
Bonet dibuka beberapa beg bagasi dikeluarkan dan diletak di tepi kereta
Beg bagasi sudah mahu diangkat oleh Masya namun terhalang dek pegangan Darius di situ
Kepalanya diangkat memandang Darius,mata mereka bersabung
"Tak payah angkatlah,biar I aje yang angkat" Kata Darius sambil mengeleng perlahan
"Its okey,I boleh manage sendiri.You angkatlah beg you sendiri,I okey je angkat ni tak berat mana pun" Kata Masya sambil mengukir senyuman hambar di bibir
Seminggu sudah perkhawinan mereka berlalu tanpa ada komunikasi dari hati ke hati,senang kata sorang ke utara sorang lagi ke selatan
Walaupun dia nampak Darius sedaya upaya untuk menghilangkan rasa dingin tu namun Dia saja yang kelihatan teragak-agak untuk menghidupkan rasa yang mula hilang itu
Bukannya dia tidak mahu memberi peluang kedua buat lelaki itu tapi entahlah terlalu sukar rasanya untuk itu
Atau dia sebenarnya yang terlalu ego?
"Sayang!hey!Kenapa mengelamun ni?" Soalan Berbaur aneh itu mengembalikan dia ke dunia yang nyata,terburu-buru dia mencari wajah di depannya yang sudah beberapa kali memetik jari di depannya
"Sayang you dah kenapa?you okey tak?" Soalan Darius lagi,Masya lihat bibir itu tersungging senyuman kecil mungkin agak tercuit dengan tingkah Masya yang tiba-tiba terdiam panjang
"Eh!Okey!Okey!" Jawab Masya dengan nada sedikit terburu-buru
"Assalamualaikum" pintu ditolak dari arah luar.Susuk tubuh itu mula menapak memasuki ruang rumah sesudah kasut ditanggalkan dari luar
YOU ARE READING
LIGHT
Short Story[PEMENANG THE ICE AWARD 2018] Dia ibarat penerang dikala aku dilanda kekusutan [TAMAT]