BUKAK PINTU🎃

38 4 4
                                    

'Hairan kan.... bila kita terdengar suara lain bermain dalam minda kita...'

Aku tersentak dari tidur.

Apa benda tu?

Tangan aku mengapai telefon bimbit kesayangan jenama samsung lalu membuka kunci skrin.

02.00 am.

Aku mengeluh.

Bunyi ketukkan pintu kedengaran dari depan.

Aku tersentak.

Siapa?

Siapa datang malam-malam ni?

Ketukkan pintu makin kuat kedengaran. Aku pantas bangun dari katil yang empuk. Kartigen hitam aku capai dan sarung pada tubuh lalu bergegas keluar dari kamar tidur menuju ke ruang tamu.

"Siapa tu?" Aku mengintai dari tepi tingkap.

Dana.

"Dana rupanya," aku menghela nafas. Apa la minah ni. Terlupa bawak kunci rumah agaknya.

Tanpa membuang masa aku bergegas membuka pintu.

Dana membuka kasut sebelum masuk ke dalam. Aku memberi ruang Dana masuk.

"Kau lupa bawak kunci ke?" Tanya aku lalu menutup pintu dan menguncinya sekali.

Diam.

Dana tidak membalas. Hanya merenung tepat mata ke mata aku.

"Dana? Kau dari mana ni?"

Diam.

"Kau dah makan?"

Diam.

"Aku ada masak kari kepala ikan. Kau lapar tak?"

Diam.

"Aku panaskan kejap." Aku berlalu menuju ke dapur tanpa menghiraukan 'diam' Dana. Dah biasa macam ni. Dana yang aku kenal sejak masuk ke universiti akan berdiam diri bila masalah melanda. Aku kenal sangat dia, lagipun dia housemate aku sekarang ini. Kami dah setahun lebih tinggal di apartment lama ini. Sama-sama harungi susah dan senang. Aku hanya perlu tunggu dia tenangkan diri sehingga dia terbuka nak bercerita dengan aku tentang masalahnya. Ya. Macam tu. Macam selalu aku buat.

Aku memetik api memanaskan makanan di dalam kuali. Lebihan air di dalam heater aku panaskan juga untuk membuat secangkir teh o.

Nasi yang sedia panas di dalam ricecooker aku buka. Wap putih yang berkumpul keluar naik ke mukaku. Aku menutup suiz ricecooker dan mengalihkan periuk ricecooker ke meja makan di mana Dana sudah sedia duduk di situ sambil menundukkan wajah.

Aku tersenyum nipis. Aku kira mesti masalah besar melanda minah ni. Tak mengapa. Isi perut dulu.

Aku mengambil pinggan dan mangkuk. Mangkuk aku isikan dengan kuah kari kepala ikan dan pinggan pula aku letakkan depan Dana. Aku sempat hidangkan beberapa lauk simple untuk Dana sebelum menyediakan secangkir teh o panas.

"Nah. Makan dulu, Dana."

Dana diam.

"Dana? Kau ok ke?" Aku cuba senyum ikhlas kepadanya. Kerisauan pada dirinya tetap ada tapi niat aku mahu mengalihkan perhatiannya supaya dia boleh makan dengan tenang.

Namun Dana tetap diam membatu.

Aku menolak cangkir teh o di depannya.

"Dana. Minu-"

Umairah! Bukak pintu ni!” jerit seseorang.

Aku tersentak.

Suara ni macam...

SUARA ASINGNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ