Part 4

6.9K 284 27
                                    



Jam sudah menunjukkan pukul 1.05 pagi. Misrah masih lagi bersengkang mata menghadap buku Microeconomics yang terbuka di atas mejanya. Matanya masih lagi segar dan tidak mengantuk langsung. Dia juga tidak tahu hendak melakukan apa seorang diri di dalam bilik itu selain belajar.

TOK!TOK!TOK!

Misrah tersentak serta-merta. Dia mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali memastikan dia masih sedar. Dia cuba berfokus mendengar bunyi itu. Bagaimanapun tiada apa-apa yang kedengaran lagi. Misrah kembali menghadap bukunya semula. Mungkin itu cuma khayalannya sahaja.

TOK!TOK!TOK!

Misrah tersentak sekali lagi. Bunyi ketukan pintu itu membuatkan dia menoleh perlahan-lahan memandang ke pintu. Hatinya mula tidak senang. Pelbagai andaian mula menyelubungi dirinya ketika itu.

TOK!TOK!TOK!

Misrah semakin takut. Dia bangun dari kerusi sambil merenung tajam ke arah pintu itu. Siapa pula yang datang tengah-tengah malam sebegini? Di waktu seperti itu? Dia ingin menjerit nama kawan-kawannya kerana itu mungkin mereka. Tapi mustahil mereka tidak berkata apa-apa kerana dia langsung tidak membuka pintu itu.

TOK!TOK!TOK!

Misrah menelan air liurnya. Ketukan itu semakin kuat. Dia cuba berundur ke belakang bagaimanapun terhalang oleh meja belajar itu. Dia segera teringat tentang pantang yang diberitahu oleh warden tempoh hari. Jika terdengar bunyi ketukan jangan dibuka. Akan tetapi, bunyi ketukan itu seolah-olah menggesa meminta di buka.

Tiba-tiba tombol pintu itu dipulas-pulas. Misrah terlopong hampir menangis. Barulah dia sedar yang dia tidak mengunci pintu itu. Apa yang perlu dibuat? Perlahan-lahan pintu itu terbuka.

Mata Misrah terbuka luas. Dahinya mula berkerut. Tiada apa-apa di situ. Hanya angin lembut memukul badannya. Akan tetapi, bulu romanya sudah meremang. Dia yakin ada sesuatu di situ.

Dia berjalan perlahan-lahan mendekati pintu. Tujuannya ingin menutup pintu itu bagaimanapun dia juga ingin menjenguk keluar. Rasa ingin tahunya terlalu kuat mendorong dia untuk berbuat demikian.

"Ha....."

Misrah tersentak sekali lagi. Matanya terbeliak luas. Dia dapat merasakan sesuatu sedang bergerak di belakangnya. Dia menelan air liurnya kemudian berpaling perlahan-lahan menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat satu susuk tubuh dengan rambut menggerbang sedang berdiri memandangnya dengan kepala yang mengiring sembilan puluh darjah ke kiri. Wajahnya amat buruk dan menggelikan dengan bola matanya liar dan besar merenung Misrah.

"Aaaaa!!!!!"

Misrah menjerit sekuat hati apabila kelibat itu berjalan terincut-incut ke arahnya. Tidak semena-mena kaki Misrah tersadung pada kerusinya membuatkan dia jatuh bersama-sama kerusi itu. Wajah kelibat itu semakin dekat merenung wajahnya. Tidak semena-mena dia pengsan kerana ketakutan.


--------------------------


Aminah berjalan di kawasan bangunan kuliah seorang diri. Mereka kini dalam keadaan kalut. Bermula dengan kehilangan Fiza. Kini Misrah pula menjadi mangsa. Misrah didapati hilang ketika Aminah mencarinya di bilik pada awal pagi tadi. Dia terkejut melihat pintu itu terbuka luas dengan lampu masih terpasang, bukunya masih terbuka dan kerusinya rebah ke lantai.

Aminah kini dalam perjalanan pergi ke pejabat hal ehwal pelajar untuk mencari sesiapa yang boleh membantu mereka.

"Hai!!"

Cuti Semester (Buku 1) ✔Where stories live. Discover now