BAB 22

1K 59 0
                                    

Author's POV

Ilias terkejut dengan apa yang terjadi. Tidak sempat dia ingin menolong Elman. Semua berlaku dengan pantas. Kedua ibu bapa Elman juga kelihatan sedih dengan apa yang berlaku. Sungguh mereka takut kehilangan anak mereka. Iskandar mendekati Ilias dan berbisik kepada Ilias.

"Ilias tolong abang selamatkan Elman. Dia satu-satunya adik saya" ujar Iskandar sedih.

"saya dah anggap Elman macam adik saya. Saya pasti akan selamatkan dia walau apa pun yang terjadi." tekad Ilias

"Abang jangan risau. Kami akan bergabung tenaga memandangkan ini adalah seperti pengakhiran yang besar jugak. Saya akan tefon tok guru saya yang pernah mengajar saya. Sebab dia pernah handle kes macam ni dulu" jawab Zul pulak.

Nampaknya kali ini mereka semua kena bergabung tenaga kerana sesuatu yang merasuk Elman itu amat lah kuat tenaganya.

"Semua sila duduk dan kita akan memulakan bacaan yassin dan al ma'thurat.. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua sementara tok guru saya masih dalam perjalanan ke sini. Dia akan membantu saya melawan musuh ini. Musuh kali ini amat kuat. Jadi mari kita memulakan bacaan ye. Bismillah" kata Zul lagi. Elman sudah hilang entah ke mana. Zul tahu Elman masih di sekitar sini tapi mungkin Nayla dan kawan-kawannya menyorok kan Elman.

Mereka memulakan bacaan yassin dengan kusyuknya.

Bacaan yassin bergemar supaya dapat melindungi diri daripada makhluk halus ini.

.......................

Sementara di Alam lain.......

"arghhhhh sakit Nay. Kuat sangat bacaan ni. Ayat apa ni. terlampau sakit Nay" ujar mawar sambil menekup telinganya.

"arghhhhhh aku tak..tak tau.. Dasar manusia sialan. Berani dia membaca ayat yang menyakitkan kita." Balas Nayla pula.
mereka mengerang kesakitan. Seluruh alam mereka bergegar dengar alunan surah Yasssiin yang dibaca itu.

"bunuh saja Elman ini Nay" kata khalil

"Sekarang semangat budak ini agak kuat. Aku tak tahu mana dia dapat kekuatan itu" balas Nayla.

Sakit yang mereka rasakan seperti perlanggaran yang amat dahsyat. kulit mereka semakin lama semakin sepertu terbakar dan mula hangus.

"tak guna punya manusia. BERANI MEREKA CUBA MELAWAN AKU. MEREKA TIDAK TAHU KAH BAHAWA AKULAH YANG PALING BERKUASA SEKALI DI ATAS MUKA BUMI NI" kata Nayla diselangi rasa sakit namun mereka terlupa Bahawa Allah lah yang paling berkuasa malah menguasai seluruh alam ini.

"lepaskan saja Elman Nay. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh ayah nya. Yang bunuh kau adalah kembar dia. Korang terlupa ke bahawa Allah paling berkuasa di atas muka bumi ini. hapuskan dendam di hatimu Nay. Kau bukan begini dahulu" ujar Laili tenang seolah dia tidak terasa gegaran itu Laili tidak menyalahkan elman kerana semestinya bukan salah Elman. baginya dia hanya ingin Elman menolong nya kebumikan dia secara baik itu saja. Dia pernah bagi amaran pada Elman tapi tidak sangka pulak hari ni Elman terkena. Dia tidak dapat membantu kerana dia tiada kekuatan daya.

"DIAM KAU LAILI. BIAR AKU URUSKAN SEMUANYA. DENDAM TETAP DENDAM. DAN DENDAM AKAN TERBALAS HAHAHAHAHAHA" bergemar ketawa semua keturunan terkutuk itu.

Laili hanya menggelengkan kepala sahaja.

Mereka masih lagi bertempit malah ada yang yang bertempiaran dari badan Elman kerana rasa sakit yang amat apabila mendengar bacaan ayat suci kalimah Allah itu.

....................................

DI SEKOLAH.......

"Assalamualaikum" seseorang memberi salam setelah bacaan yassin itu tamat.

"waalaimusalam"jawab mereka semua.

"saya datang atas jemputan Zul untuk membantu kamu semua selesaikan satu masalah yang sangat besar" jawab si dia

"ya ustaz Bahar. Saya amat memerlukan pertolongan usraz kerana musuh kali ini amat kuat. saya tak mampu melawan seorang diri ya ustaz" balas Zul

"Saya tahu Zul. dan saya tahu juga cerita sebenar dan apa yang berlaku. Saya tahy salah seorang pelajar telah pun hilang angkara mereka semua. Sebenarnya pelajar yang hilang ini menjadi sasaran kerana dia telah membuka pintu yang telah saya kunci di dalan aspura ini. Saya kunci seluruh hantu itu di dalam katil aspura dan sekarang budak itu secara tak sengaja membukanya. Maka dengan itu lah mereka dapat keluar dan badan budak itu diperlukan kerana itulah kuncinya." pankang lebar usraz bahar menerang kan.

"Baiklah ustaz boleh kita mulakan sekarang sebelum nyawa junior saya melayan" ujar Zul sedikit risau

" Elman ada di sekitar sini cuma mata kasar saja tidak dapat melihatnya. Mari mulakan sekarang ye" jawab ustaz Bahar

"saya perlukan semua yang ada semangat yang tinggi untuk bantu saya. yang lain sila baca ayatul kursi berulang kali dan kemudian lafazkan zikir munajat. Zul arahkan beberapa orang pelajar untuk melaungkan azan di setiap sudut aspura ini" ujar Ustaz Bahar. Dia membuka kekuda dan memulakan denga laungan Azan..

"Ya allah bantu hambamu yang lemah ini kerana musuh kali ini sangat kuat. Pinjam kan sedikit kekuatanmu.." niat di hati ustaz Bahar.

'nampaknya peperangan bakal bermula dan kali ini pasti lebih besar dari dulu." bicara hai Usraz bahar.

Mereka yang lain membantu sedaya yang mampu.....

.................................

wahh semuanya dah dekat nak ending dah. korang rasa sad ending or happy ending. Sory sis sibuk sikit maklumlah dah start kerja dah.. hahahaha okey sila baca ye. tunggu update seterusnya kalau sis ada masa

ASPURAWhere stories live. Discover now