8. Bercuti

112 5 1
                                    

Keretanya di pandu masuk ke kawasan Petron Tanah Merah itu. Lalu di ketakkan di tempat letak kereta. No Izzat dicarinya di ruangan aplikasi wassup.

"beb aku dah sampai. Cam biasa aku tunggu belakang lori kat depan area parking ni"butang send ditekan.

"ok beb, 10minit lagi aku sampai ni adik aku baru nak hantar"balas si Izzat di wassup.

"👌🤓"sekali lagi butang send aku tekan.

Sementara menunggu Izzat, aku bukak radio sambil mencari signal radio yang best.

Tiba-tiba terasa lenganku dicuit. Aku pelik sedangkan semua pintu tingkap kereta ku di tutup rapat. Aduh apa lagi bala yang ku dapat lagi ni. Jam di dashboard aku tatap. aduh cepat la Izat sampai.

Ku pandang kekunci power window. Semua aku dah kunci. Bertambah meremang bulu roma ku. Aku pandang ke sebelah tempat duduk aku.Kosong.

Aku menghela nafas panjang. Alhamdulillah dia tak menampakkan diri diam. Sesungguhnya aku tak begitu kuat nak mengadap benda-benda ni.

Tiba-tiba cermin pintu kereta diketuk.
"Hoi aku panggil tadi tak dengar" Izat muncul sambil tersengih. Aku mengurut dada. Tak guna betul Izat. Tam maki dalam diam.

"Ha sampai pun hang, berkulat jugak la aku tunggu hang ni."balas Tam.

" Alah 15minit lama mana sangat weh, aku tak rasa kulat boleh tumbuh dah" Izzat membidas.

Izzat memasukkan beg-beg nya ke dalam kereta. Ini kali pertama mereka pergi bercuti bersama sejak zaman sekolah dulu. Mungkin sudah 15 tahun dahulu.

"Ha mana nak tuju ni, aku tukang drive ja" Tam memecah kesunyian.

"Kita ke hotel Ar check in dulu, follow aku bagi instruction maps satgi" Izat memerintah.

Kereta Tam bergerak perlahan meninggalkan stesen minyak tanah merah Pendang. Kereta di pekan itu tidaklah sesesak selalu dik kerana cuti hujung minggu.

Tam hanya memandu kereta 90km/j, itu pun Izat suruh kurangkan lagi kelajuan, takut terlepas jalan katanya. Jalan short cut dipilih Izat kerana dia sudah mahir dengan jalan-jalan di situ.

Kereta mereka menyelusuri sawah padi di kiri dan kanan jalan. Kebetulan musim padi untuk dituai, lagi indah permandangan dengan kehijauan dan kekuningan sawah padi. Maha suci Allah yang telah menciptakan kesemuanya.

"Sampai depan hang belok kiri, dalam 1 jam 15minit kita sampai" Izat beri arahan.

"Ya baik, aku harap kali ni jalan kita menuju kejayaan, xdak la merapu kona kiri kona kanan" Tam memerli.

Izat menjeling sekilas kepada Izat. Tahu sangat Tam bercakap pasal nya.

"Halah, dulu tu aku tak berapa cekap pakai map ni, sekarang aku dah power"Izat membela diri.

" Ha lepas ni, jalan lepas bendang ni, jalan kita straight dah tak dak kona-kona"
Izat menambah lgi.

"Cantik sangat weh, boleh aku bawak laju sikit" Tam sudah bosan memandu dengan kelajuan begitu.

Tam teringat perempuan yang berada di tempat duduk penumpang belakang kereta Izat sewaktu Izat datang tadi. Mukanya tidak jelas kelihatan, tapi kemungkinan besar itu adik Izat.Cuma Tam tak pasti adik Izat yang mana. Izat datang dari kelurga yang besar iaitu terdiri daripada 12 adik beradik.

"Beb, pompuan kat belakang kereta adik hang tadi tu sapa? Adik or kak hang?" Di pandang sekilas kepada Izat, kemudian Tam focus kembali ke pemanduannya.

Izat memandangnya pelik sambil mengerutkan dahi. Apa benda pulak lawak kali ni kawan aku nak buat ni. Izat berkata dalam diam.

" La aku tanya, hang dok tenung aku buat pa? sapa perempuan belakang kereta hang tadi? Izat mengulang soalan dik kerana Izat masih tidak mengendhkan soalanya.

" Hang biaq betoi Tam, adik aku sorang ja mai hantaq aku tadi. "balas Izat.

Tam bagai tersentak. Rasanya matanya tak salah memandang, memang ada kelibat perempuan yang duduk di tempat tempat duduk penumpang.

" Habis aku tengok sapa tadi tu"Tam menambah.

Izat tersengih, dia tahu kawanya tu suka sangat mengusik. "Ceh hang nak pekena aku kan? we tak jalan la kali ni. waktu sekolah dulu boleh la"

"Demi Allah, aku nampak memang ada budak pompuan belakang seat kereta hang, aku nak tipu buat pa we tengah hari camni nak mengusik mana la feel"
Tam menelan liur.

Mereka berpandangan. Sunyi seketika sambil masing-masing memikirkan apa yang dialami oleh Tam.

Makin berkerut dahi si Izat, Tam apatah lagi. Tam yakin apa dilihatnya. Memang kelibat orang. Takkanlah....... hantu. Uish... Cuma wajahnya saja tak berapa kelihatan dik kerana dia berada di dalam kereta.






SesakWhere stories live. Discover now