....... HEHEHE SAYA TERPADAM STORY NUMBER ONE....😢
😀😆😃
Kuakan pintu bilik mama membuatkan Shu'er tersedar daripada lamunannya. Mama datang untuk mengajak sarapan. Shu'er hanya mengangguk faham kerana baru semalam dia datang bulan jadi, dia tidak perlu menunaikan solat subuh berjemaah. Shu'er melangkah malas untuk ke dapur walaupun katilnya dekat sahaja dengan dapur. Shu'er makan roti yang baru disapunya mentega kacang sambil memerah otak untuk memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan mimpi tadi? Hatinya menjadi tidak keruan kerana perasaan itu sungguh pelik dan dia sudah mengalami mimpi itu sejak dua hari yang lalu. Mama yang di sebelah Shu'er, menyergah 'anaknya' itu kerana masih mengelamun dari tadi. Shu'er menyedapkan hatinya dengan mengingatkan diri bahawa mungkin dia terlalu rindu akan ibu dan ayah kandungnya itu sehingga terbawa ke dalam mimpi. Pada waktu itu juga, masih terbayang -bayangkan kejadian dua hari yang lepas iaitu ketika saat yang sepatutnya membahagiakan telah bertukar menjadi tragedi iaitu 'Tragedi Oktober'. Lelaki yang bernama 'Afi' itu telah menyedarkan Shu'er bahawa dia layak untuk dicintai dan bukannya hanya layak untuk mencintai. Tragedi itu masih segar di ingatan. Dia telah ditakdirkan untuk menjadi 'janda' buat kali yang kedua kerana Afi pergi buat selama-lamanya akibat diracun 'crushnya' sendiri dan kerana dendam. In Ho juga telah meninggalkannya kerana telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang dahsyat. Bagaimana Shu'er mahu meneruskan kehidupannya? Atau dia akan terikat dengan kisah silam?😀😆😃
Sejak kemalangan Shu'er di lintasan zebra sekolah, ia melibatkan dua kereta hitam juga. Tahun 2017, menjadi tahun yang paling malang kerana banyak dugaan yang terpaksa dihadapi Shu'er. Dia diberitahu bahawa dia bukan anak kandung kepada ibu bapanya dan dia disogok dengan wang serta barang kemas sebagai habuan untuk menjanjikan Shu'er tidak akan menganggu 'keluarganya'. Masih teriang-iang di ingatan situasi dan ayat menikam hati yang dilontarkan oleh lelaki yang sudah dianggapnya abang kandung sendiri. Secara kebetulan, lelaki itu dan Shu'er berkongsi nama yang sama. "I'm not your brother and we will never be a family", itulah ucapan yang menikam hati Shu'er hingga air matanya hampir gugur kerana kata-kata lelaki itu. Sakit itu telah menjadi luka yang akan meninggalkan parut di dalam hatinya walaupun dia sudah memaafkan abangnya itu. Kemalangan di lintasan zebra itu juga yang menyebabkan Shu'er koma selama 3 minggu dan hilang ingatan. Dua kereta itu meluncur laju ke arah lintasan zebra hingga tidak sempat untuk menekan brek. Shu'er dilanggar kereta pertama lalu dia tercampak terus membelakangi kereta pertama serta diikuti pula dengan kereta yang kedua dan akhirnya Shu'er tersembam di atas tar lintasan zebra. Darah yang berlumuran itu, telah menukarkan warna belang-belang putih lintasan zebra kepada warna merah darah. Hujan pula menyinggah seperti datang memberi simpati.
Shu'er hanya mampu memandang langit yang gelap itu, lalu keinginannya hanya satu iaitu untuk mengucapkan dua kalimah syahadah semampu yang boleh walaupun ucapan itu tidak jelas tetapi dia tetap mahu menghabiskan ucapan itu. Shu'er menerima takdirnya dengan hati yang rela jika diambil nyawanya. Jika ini baharu sahaja permulaan kisah, bagaimana pula dengan pengakhirannya?* Just keep reading...
Hopinggg...Love Uolls♡

YOU ARE READING
Sun In Tears #2
RomanceSetelah wujudnya sebuah halangan, Ia akan melahirkan sebuah lagi rintangan, Tabahkah hati Sang Matahari untuk menerima? 2 lagi Cinta? Bagi Shu'er cukuplah hanya satu halangan. Mengapa susah untuk dia menemui ib...