5

22.7K 1.2K 28
                                    

"Nura!"

Nura dah mendengus. Apahal semua suka sangat jerit nama aku sekarang ni?! Nura memandang Anissa yang berlari ke arahnya.

"Apa?"

"Cikgu Tania nak jumpa kau." kata Anissa selepas dia mengatur nafasnya. Semput dia! Dia berlari satu sekolah untuk cari Nura. But lastly, Nura kat pagar sekolah je, bertugas.

"Cikgu Tania nak jumpa aku? Kenapa?" soal Nura. Anissa menjungkitkan bahunya. Nura mengeluh. Dia memandang Anissa.

"Kau cover aku kejap. Aku jumpa dia." kata Nura selamba sebelum melangkah meninggalkan Anissa yang tercenggang.

"Weyh Nura! Aku ada tugas lainlah!" jerit Anissa tapi hanya sia-sia bila Nura dah jauh.  Anissa mengetap bibir.

Nura melangkah ke bilik Cikgu Tania. Cikgu Tania yang sedang memeriksa fail di depannya mengangkat muka memandang Nura. Dia senyum.

"Duduk Nura." pelawa Cikgu Tania. Nura hanya menurut. Dia duduk di kerusi depan Cikgu Tania. Cikgu Tania merenung Nura sebelum tergelak kecil melihat wajah blur Nura. Dia mengeluarkan sampul surat dari laci dan diberikan kepada Nura.

"Apa ni?" soal Nura. Cikgu Tania hanya senyum dan mengisyaratkannya untuk membuka sampul surat tersebut.

Nura membuka sampul surat tersebut. Surat itu dibacanya. Berkerut keningnya. "International Piano Competition?" Nura memandang Cikgu Tania.

Cikgu Tania senyum. "Yes. Saya nak awak sertai pertandingan tu." kata Cikgu Tania. Nura menjongketkan keningnya.

"Tapi kenapa saya?"

"Because you're talented. Kalau awak sertai pertandingan tu, cikgu rasa awak boleh menang." kata Cikgu Tania. Nura diam. Cikgu Tania senyum. "Awak fikir dulu, ya? Pertandingan tu bulan depan. Kat London. Saya harap sangat awak boleh ikut." kata Cikgu Tania.

Nura hanya mengangguk. "Nanti saya inform cikgu." kata Nura. Cikgu Tania mengangguk. Nura terus meminta diri untuk keluar. Sampul surat tadi turut dibawanya bersama.

Nura melangkah ke arah kelas 5A. Dia memandang Zarif dan Nuha yang bergelak ketawa. Bibirnya dicebikkan. Dia hanya melintasi pasangan itu dengan muka selamba. Zarif yang menyedari kehadiran Nura terus tersenyum. Dia melangkah ke arah Nura.

"Nura."

Nura mengangkat muka memandang Zarif. "What?"

"Our deal yesterday."

Nura menghelakan nafasnya. "Aku tak nak tolong." kata Nura. Zarif dah mengerutkan dahinya.

"Asal? Weyh Nura. Semalam kau dah janji!"

"Bila masa aku cakap aku bersetuju dengan deal kau?" soal Nura kembali. Zarif mengetap bibir geram. Dia menarik lengan Nura keluar dari situ. Zarif membawa Nura naik ke rooftop sekolah.

"Kau ni dah kenapa lah Zarif?" Nura memandang Zarif tajam. Zarif merenungnya tajam.

"Semalam dah janji kan yang kau akan tolong aku dapatkan Nuha!"

"Aku tak pernah janji that silly things lah!"

Zarif menghelakan nafasnya. "Please Nura. Help me."

"No means no Syed Zarif Izzhan. Kalau kau suka dia, go and get her by yourself. Aku tak nak masuk campur between you and her. Besides, aku rasa kau tahu what happen between me and her. She's my twin, yes, but unfortunately aku tak anggap dia sebagai kembar aku. She's just a stranger yang tiba-tiba hadir dalam life aku. Menyusahkan aku. Get my point?"

Nura memandang Zarif yang dah terdiam. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Zarif.

Zarif menghelakan nafasnya. Dia membuka butang blazernya. Necktie dilonggarkan. Panas!

••••••••••

Airil melangkah ke arah Zarif yang termenung di luar gelanggang bola keranjang. "Woi bro." Sapa Airil sambil menolak bahu Zarif.

Zarif tersentak. Dia memandang Airil yang sudah duduk di sebelahnya sambil meneguk air kosong. "Kenapa kau?" soal Zarif. Airil menutup kembali botol air.

"Kau tu yang kenapa. Apa masalah kau sampai termenung tak ingat dunia ni?" soal Airil.

"Mana ada masalah apa-apa." balas Zarif tenang. Airil mencebik.

"Kau nak tipu aku agak-agaklah Zarif. Aku kenal kau berapa lama dah? More than 5 years. Nak menipu lagi?" sindir Airil. Zarif senyum kecil.

"Ye aku tahu kau kenal aku. So, kalau kau kenal aku, aku rasa kau tahukan aku boleh buat apa kalau orang kacau aku?" soal Zarif, sinis. Airil mencebik.

"Apa? Kau nak tumbuk aku?"

"Kalau kau tak blah sekarang, maybe yes." kata Zarif. Airil mencebik buat kesekian kalinya. Zarif hanya tersenyum.

"Kau termenung ni sebab Nura ke?" tebak Airil. Zarif mengerutkan dahinya.

"Asal kau cakap macam tu?"

Airil tersenyum kecil. "Well, kebelakangan ni aku tengok kau dengan Nura makin jauh. Seorang ke selatan, seorang ke utara. Apa masalah korang sebenarnya?"

"Mana ada masalah apa-apa."

"Zarif!"

Zarif dan Airil memandang ke arah Anissa yang berlari pantas ke arah mereka.

"Apa hal kau?" soal Airil.

"Nura mengamuk!"

Airil dan Zarif menjongketkan kening mereka. "Kenapa?" soal Zarif. Anissa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eii! Pergilah tolong tenangkan dia dulu. Mahu mati si Rafiq tu dikerjakan Nura nanti!" kata Anissa. Zarif mengerutkan dahinya sebelum bangun. Mereka bertiga terus berlari ke Prefect Room.

Zarif merempuh terus pintu. Dan dia disajikan dengan suasana Nura mengganas dengan Rafiq.

"Nura!"

Zarif menarik tangan Nura tapi lain jadinya bila Nura menepis kuat tangannya. Zarif mengetap bibir geram. Dia menarik kuat tangan Nura menjauhi Rafiq.

"Kau memang tak guna Rafiq!"

"Nura, sabarlah! Kau ni kenapa?!" Zarif memegang bahu Nura untuk memandangnya. Nura memandangnya tajam.

"Kenapa?! Mamat ni dah bawa dadah dalam sekolah kita, kau still tanya kenapa?!"

Nura menepis tangan Zarif. Jarinya menuding terus pada Rafiq yang lemah di sudut bilik itu. "Listen here carefully Tengku Rafiq! Mulai daripada hari ni, aku tak nak tengok muka kau dah! Yes! You're right! Kau dibuang sekolah! Sekolah ni tak perlukan pengedar dadah! Kau edarlah dadah kau tu kat luar!"

"Nura!"

Nura tidak mempedulikan jeritan Zarif, malah dia terus keluar. Kemarahan masih tersisa di hatinya. Dan dia tahu, esok dia akan dipanggil ke bilik pengetua untuk penjelasan.

••••••••••






































Asal saya rasa chapter kali ni over sangat? 😂

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now