-20-

512 20 0
                                    


Aku bersorak laju.  Game kali ini memang aku tak salah pilih orang! Kesian kumpulan lain sebab ada perempuan!  Hahahha.

Mereka perlu masuk dalam gelung rotan dan berpusing sampai ke garisan penamat.  Bijak aku pilih!  Buatnya aku pilih Husna ke Sara, tak pasal-pasal lain jadinya.

Agak jauh jugak mereka kena berpusing.  Hampir 100 meter jugak!  Tapi tak apa, aku tahu Dayyan, Haqi dan Fir boleh buat!  Chaiyok!

"Go go go!!!! "aku jerit bersemangat.

****

"Yan, are you okey? " Soal Firdaus.  Bukan dia tak tahu yang Dayyan ni kurang sihat.  Sejak malam tadi mengaduh pening. Itu yang dia menolak untuk menyertai.

"Okey je.  Aku lelaki kot!  Rileks lah. ".Kata Dayyan angkuh.

Ceh, dah tak sihat nak berlagak. Kalau kau pengsan aku jugak yang susah.

"Kau jangan mengada nak buat drama mati-mati kejap lagi ye!  Kau tahu kan game apa kita nak main ni? " Baihaqi menyampuk pulak. 

Dia juga tahu yang Dayyan tak sihat.  Tengok muka pun dah dapat kesan tahap kesihatan Mamat ni.  Tapi mungkin Dhiyyan tak perasan kot!

"Mati-mati jangan mainlah bro.  I'm okeylah.  Chill. " Dayyan masukkan dirinya kedalam gelung rotan.

Entah siapa punya cadanganlah main game macam ni? 

"Okey!  Jangan nak mati time tengah game!  Dah abis game tak apa. " Firdaus berkata. 

"Hanat punya sepupu!  Kau memang nak aku mati ke macam mana? " Dayyan tak puas hati.  Tak habis-habis cakap pasal mati.  Buatnya masin mulut Firdaus tu macam mana?!

"Yelah. Jom, mama kau tu dah nak bunyikan wisel whit whit"

Mereka dah bersedia di garisan permulaan. 

Dayyan hanya menahan sakit kepala yang sedang menyerang.  Kalau ikut hati, sekarang jugak dia nak balik bilik.  Tetapi nak jaga hati semua orang, terpaksalan berkorban biarpun kesakitan.  Ceh, poyonya Dayyan!

Wisel ditiup menandakan pertandingan telah bermula.

Dayyan, Baihaqi dan Firdaus berpusing laju mengatasi kumpulan lain.  Mereka tahu yang Dhiyyan nak kan kemenangan.

"Are you okey? " Soal Baihaqi apabila melihat kerutan didahi Dayyan.

"Kita slow sikit. Biarlah kalah pun. " Ujar Firdaus. Mereka memperlahankan pergerakan.

"Yan, tahan sikit lagi. Dah nak sampai dah. "

Kumpulan mereka kini tinggal di belakang. Laju sahaja kumpulan lain memecut. Eleh, bagi chance aje lah.  Kalau tak sebab Dayyan sakit, dah lama korang kalah!  Kata hati Firdaus.
Dan akhirnya mereka sampai ke garisan penamat. Dayyan terus berlari meninggalkan ahli kumpulannya.

****

"Alah, lambatnya dorang ni!! " Aku hanya dengar Sara mendengus. 

JAUH [C]Where stories live. Discover now