Bayangan

23 1 0
                                    

(dalam cerita ni, ada satu rules, korang tak boleh tekan butang play ▶️ youtube video tu selagi aku tak suruh. deal? okay start)

Ali memusingkan badan ke kiri dan kemudian ke kanan, tak selesa. Bahang.

"The weather here in Malaysia is so humid", perkataan humid disebut seperti mengejek, tapi betul lah. Cuaca terlalu "lembab", lembab disebabkan peluh-peluh yang berjurai-jurai.

Ali berpaling ke arah bucu meja yang bersebelahan dengan katil dia baring dan mencapai telefon, disentuhnya permukaan imbasan cap jari di belakang telefon dan biliknya mulai terang sedikit.

"Let's see..." Ali membuka aplikasi penstriman muzik di telefonnya dan memainkan sebuah lagu.

Bayangan // Kuala Lumpur
(tekan butang play sekarang ▶️)

Ali melelapkan mata seolah sedang ketagih dadah, kakinya bergerak-gerak mengikut rentak gitar yang bermain di permulaan lagu tersebut.

"Emas...suasa...ditenggelam air mata..." mulutnya menyanyikan lirik lagu tersebut sambil jari bergerak seolah-olah sedang bermain gitar.

Irama muzik folk itu bergema di biliknya kerana telefonnya disambungkan dengan pembesar suara bluetooth Marshall yang baru dibeli dari seseorang di dalam internet, barangan terpakai. Murah tapi masih berfungsi seperti baru.

Dari posisi berbaring, Ali duduk di sudut katil dan mencapai gitar akustik yang berada di bawah katil. Dia mencapai sehelai kertas kosong berbentuk segi empat dan sebatang pen. Kakinya berselang-seli turun naik bersama rentak irama lagu dari Bayangan.

"Di dalam limbo.." monolognya sendirian sambil menulis perkataan yang dia sebut ke atas kertas.

"kita..", perkataan seterusnya ditulis.
"Berpuisi dengan Dia" tulisan seterusnya tertulis setelah sesaat dua berfikir.

Ali merapatkan semula gitar yang berehat di pehanya sedari tadi dan mula memainkan kod lagu yang bernot sama dengan irama pertama yang terpacul dalam minda.

Tak pasti samada bunyinya mampu membuat telinga orang lain cair menjadi jeli atau menggegarkan gegendang yang selama ini tidak pernah bergetar sebesar magnitude itu. Apapun, kedua-duanya bukannya sesuatu yang bagus bila difikirkan semula.

lagu bayangan tersebut tamat dan Ali sudahkan menyiapkan hampir separuh dari lagu yang dikomposnya secara freestyle.

Dia sambungkan kertas-kertas segi empat yang lain bersama-sama kertas tadi mengikut urutan.

"Yes.", Ali tersenyum melihat kertas-kertas tadi.
"Siap pun hehehe", dia tersengih macam budak-budak.

"I need someone to hear it."

sekali lagi telefon bimbit dicapai dan dia mencari seseorang di dalam senarai kenalan.

"El...", Ali termenung seketika memandang nama itu di skrin telefon.
Mungkin.
Mungkin El mahu dengar.
"She's gonna like it.", Ali tersenyum dan terus menekan butang hijau.

"Err, assalamualaikum, El?"

El.Where stories live. Discover now