BAB 6

54 3 0
                                    

"Weh, Samuel. Jom, ikut aku kejap."

Terus Nice menarik tangan lelaki itu. Dengan terpaksa, dia mengikut juga langkah Nice.

Mereka menuju ke sebuah bilik. Tombol pintu dipulas dan mereka melangkah masuk. Samuel melihat seorang lelaki sedang terbaring lemah di atas katil. Kaki dia dibalut. Banyak kesan luka yang dijahit.

"Jadi, macam mana keadaan kau? Okey?" soal Nice sambil duduk di tepi katil.

Lelaki itu mengangguk perlahan. Rupanya lelaki itu adalah orang yang dia jumpa semalam. Nampaknya luka dia dah ditutup dan lebamnya semakin surut.

"Aku ada bayak kerja yang nak disiapkan. Jadi Samuel, aku nak kau jaga dia. Aku akan biarkan korang berbual dulu."

Nice bangkit dan menepuk bahu Samuel. Sempat lagi dia tersenyum sinis. Samuel hanya terdiam.

Lepas Nice pergi, keadaan menjadi canggung. Samuel berasa segan namun dia membuang perasaan itu. Dia bersuara perlahan memanggil lelaki itu.

"Assalamualaikum, nama saya Samuel. Siapa nama awak?" soal Samuel sopan.

Lelaki itu tidak terus menjawab. Dia hanya memandang ke luar tingkap. Samuel sedikit kecewa.

"Nazim," balas Nazim. Samuel kembali tersenyum.

"Sedap nama tu," puji Samuel, cuba mengambil hati lelaki itu.

"Apa gunanya ada nama yang sedap kalau hidup aku pun macam ni."

Samuel tersentak.

"Apa maksud awak? Boleh awak cuba ceritakan?"

Wajahnya berubah. Nazim melepaskan keluhan besar. Tak rugi apa pun kalau aku ceritakan dekat dia. Lagipun aku akan mati, sekurang-sekurangnya aku dapat luahkan perasaan aku ni.

Kemudian dia kembali memandang ke arah Samuel. Akhirnya dia ceritakan juga.

"Dulu, aku ada keluarga. Ayah aku kaki judi. Emak aku pula seorang yang panas baran. Dan aku seorang anak tunggal. Dekat sekolah, aku selalu diejek sebab keadaan keluarga aku.

Sampai satu hari, aku dah tak tahan dah sebab mereka ejek aku anak luar nikah. Hari tu kami bergaduh besar dan kami ditangkap pihak sekolah. Aku dihukum buang sekolah manakala mereka hanya digantung sekolah. Bagi aku, mereka tidak adil. Mereka tiada bukti yang kukuh.

Balik sekolah, ayah pula seksa aku. Dilibas badan aku sampai berdarah. Emak pun buat tak peduli dengan aku. Seminggu aku menderita, kau tau tak?!"

Nazim membentak dengan penuh emosi. Kemudian dia menarik nafas panjang, cuba untuk bertenang.

"Satu hari, tiba-tiba ayah aku suruh kemas semua pakaian. Aku pelik tapi takut nak lawan. Aku hanya ikut cakap dia. Lepastu dia bawa aku jumpa Huai Xie, dialah si tak guna tu. Dia jual aku pada si bedebah tu hanya kerana dia tak mampu bayar hutang orang tu

Lepastu aku disuruh macam-macam. Minum arak, dadah dan seks. Aku benci semua tu tapi, apa aku boleh buat? Tak ikut, dia akan seksa aku. Dia cakap supaya aku tak lembik dan lemah! Sekarang, aku rasa lebih baik kalau aku mati je."

Nazim mula menangis teresak-esak. Sungguh dia benci dengan semua perkara itu.

"Jangan kata macam tu, Nazim. Awak dah selamat sekarang. Awak dah tak perlu lakukan semua tu lagi."

Samuel  memujuk sambil menggosok-gosok belakang badan  Nazim. Dia terkesan dengan nasib malang lelaki ni.

"Selamat? Yalah tu! Lambat-laun aku akan diseksa juga. Mungkin Nice pun akan seksa aku lepas aku sembuh."

The Nice DevilWhere stories live. Discover now