Goblin

2.8K 196 18
                                    

Mereka mulai masuk ke dalam Hutan Perak. Mula² tiada apa yang menarik, tetapi apabila sejauh satu kilometer, mereka terpegun memandang banyak sangat harta² perak yang melimpah.

Sedang mereka memandang dengan takjub semua barang² perak tersebut, Yui,Rine dan Rayyan menyedarkan mereka dengan ketukan kuat di kepala.

"Auch!" ngaduh mereka sambil memuncungkan mulut kerana Yui, Rine dan Rayyan mengganggu kegiatan 'mari melihat perak'.

"Jangan lalai sangat. Tujuan kita ke sini untuk cari rantai emas." pesan Rayyan dengan geram.

Mereka mengangguk faham. Alsya terpaku memandang sebuah rantai perak yang sangat bersinar.

Baru sahaha Aslya ingin mengambilnya, Yui menghalang Alsya dari menyentuh barang tersebut.

"Jangan sentuh. Kita tak tahu itu milik siapa." ujar Yui dengan tegas.

Alsya hanya memandang Yui dengan sengihan. Yui mula memandang ke hadapan semula. Bukan namanya kalau Alsya nak ikut cakap Yui.

Baru sahaja dia menyentuh rantai itu, seekor goblin terus muncul di hadapan Alsya.

Terkejut Alsya dibuatnya, malahan yang lain turut terkejut.

"Kan Yui dah cakap jangan sentuh benda itu Alsya!" marah Damien dengan geram.

Baru sahaja Alsya ingin membalas percakapan Damien, dia mula diserang oleh Goblin.

Tapi mujur la Alsya sempat mengelak.

"Kami minta maaf atas kelakuan dia. Tolong jangan apa² kami." mohon Edrina kepada Goblin tersebut apabila Goblin itu mula mengambil pedang perak.

"Penceroboh harus dibunuh!"

"Woahh..dibunuh..menakutkan." perli Rine.

Yang lain menepuk dahinya setelah mendengar perlian Rine. Dia tak tahu ke yang perlian dia tu menambahkan amarah dalam diri Goblin tu?

Goblin itu mula menyerang mereka, mereka hanya sempat menghindar dari terkena pedang perak yang sangat tajam itu.

Goblin itu mula menyerang Alsya semula, tetapi bukan Alsya yang terkena tetapi Michael.
Michael cuba selamatkan Alsya tetapi lengannya yang berdarah kerana terkena pedang itu semasa ingin melindungi Alsya.

Michael hampir terjatuh jika Alsya tidak membantunya dan memeluknya untuk berdiri lagi. Alsya menangis teresak esak kerana melihat muka pucat Michael.

"Kenapa awak lindungi saya Micha?!" marah Alsya dengan sedih + geram.

Michael hanya tersenyum lembut dan membawa Alsya pergi agak jauh dari situ. Alsya hanya mengikuti langkah Michael.

Tanpa mereka sedar, Damien dengan susah payah menghalang serangan dari Goblin.

Yui yang perasan Goblin ingin menyerang Damien yang letih terus menjerit.

"Damien!! Belakang awak!"

---

Adrian menggempal tangannya dengan erat dan memandang tajam ke arah Evy.

Evy hanya tersenyum sinis. Akira di tepi Evy hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah kacak Adrian.

"Kenapa marah² ni Adrian?" soal Evy dengan sinis.

"Kau tahu apa yang aku marahkan." balasnya dengan geram.

Ecy mengeluh berat dan pura pura simpati dengan Adrian.

"Ya. Aku tahu, jadi kenapa kau nak marah sangat? Mereka adalah musuh kita. Apa salahnya bunuh Rine?" soal Evy dengan nada yang masih lagi sinis.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now