BAB 12

23.3K 892 57
                                    

Fikirannya asyik sahaja terimbau perbualan pagi tadi. Perbualan antara dia dengan papa kandungnya sewaktu mereka sekeluarga sedang bersarapan pagi. Setiap kali teringat kan perkara itu, Adrian mulai dibelit rasa belah bahagi.

Betulkah dengan cara mengahwini Huraifah, kehidupannya akan menjadi lebih baik?

"Ad, papa nak tanya sesuatu pada kamu. Boleh tak?" tanya Engku Maulud sambil mengunyah nasi goreng buatan isterinya itu.

Adrian yang baru sahaja selesai menghabiskan sarapannya memandang ke arah papa kandungnya itu. Air putih dihirupnya sebagai penghabisan.

"Apa pa?" soalan berbalas soalan. Adrian masih menanti bicara Engku Maulud yang selanjutnya.

Kali ini, Engku Maulud memandang ke arah isterinya yang duduk berhadapan dengan Adrian. Mereka saling berpandangan sebelum senyum penuh makna terukir di birai bibir Engku Liana. Adrian sudah dapat menghidu sesuatu.

"Semalam, mama beritahu papa fasal Iffah. Hmm.. kamu yakin ke yang kamu masih taknak melamar Iffah jadi isteri kamu?" akhirnya soalan itu terpacul keluar dari mulutnya.

Terbatuk Adrian dibuatnya bila mendengar soalan cepumas yang keluar dari mulut papanya itu. Huh?! Argh, sudah.. sekarang papa pun nak buat pakatan dengan mama nya pula. Kalau boleh, Adrian mahu garu kepala di situ juga!

"Ma, kenapa mama cerita benda itu pada papa? Ad ingat mama tak serius!" dia sudah bersuara.

Senyuman Engku Liana terukir. "I'm always serious with my speech, Ad. Bagus juga kalau kamu ambil, Iffah jadi isteri kamu. Kamu pun sedang bercinta dengan dia kan sekarang?"

"Tapi.. kitorang baru tiga tahun bercinta."alasan yang sama masih dia berikan.

"Papa dengan mama kamu pun singkat juga kenalnya. Kahwin dan bahagia aje. Kenapa? Kamu nak bercinta berapa tahun lagi?!" Engku Maulud sudah mencelah. Dia sudah mulai masuk dalam perdebatan keluarga itu.

Adrian sudah mengetap giginya. Huh?! Papa takkan faham! Ad cintakan Amirah bukannya Huraifah!! Ad cinta kan orang lain, pa!! Mahu sahaja Adrian bongkarkan semua itu tapi dia takut.. dia takut yang kedua orang tua nya takkan berpihak padanya.

"Habis, kerja Ad macam mana?" Adrian masih memberi alasan.

Senyuman Engku Liana terukir. "Kamu bertunang aje dulu. Bila dah sedia, kamu kahwin lah. Lagi awal, lagi bagus."

"Ma, tapi Ad tak ready lagi nak jadi suami. Ad tak sedia lagi nak pikul tanggungjawab itu."kini alasan cliche pula yang dia bagi.

"Ad, umur kamu itu bukannya muda. Umur kamu itu dah 28 tahun. Dua tahun lagi.. umur kamu dah masuk 30 tahun. Dan, sekarang kamu kata kamu tak ready lagi nak jadi suami?!" ujar Engku Liana sudah mula bahaskan fasal umur Adrian.

"Betul apa yang mama kamu tu kata, Ad. Kami inipun makin lama makin berusia. Kalau boleh, sebelum papa tutup mata.. papa nak tengok kamu dah ada keluarga. Dah ada anak dah ada isteri." Engku Maulud beri statement yang menyokong isi isteri nya itu.

Adrian sudah membisu. Dia pun sedar akan hal itu. Umurnya tak lama lagi bakal mencecah 30 tahun. Tipulah kalau dia taknak ada keluarga. Setiap lelaki mahukan isteri dalam hidup nya.

Kebanyakan kawannya kini sudah berumah tangga. Jealous jugalah Adrian melihatnya. Siap ada dua tiga orang anak lagi. Cuma.. Adrian tak pasti adakah Huraifah orangnya. Huh! Amirah.. yurp, dia yakin orang yang layak ada di sisinya adalah Amirah.

"Ad, kalau kamu ambil Iffah jadi isteri kamu, dia boleh tolong kamu uruskan business kamu. Kalau betullah syarikat itu akan jatuh ke tangan kamu, papa yakin yang Iffah dapat tolong kamu. Hmm.. kamu pun tahukan yang Iffah itu banyak kenal dengan orang business yang hebat-hebat? Papa taknak kamu lepaskan dia."Engku Maulud masih mempertahankan nama Huraifah sebagai calon.

Satu keluhan nipis Adrian lepaskan. Pelipis matanya sudah diurut perlahan. Dia sudah berbelah bahagi.
Antara Huraifah dan juga Amirah, mana calon yang terbaik untuknya?

Adrian ketap bibir. Serta-merta telefon pintarnya dibelek lalu nombor telefon seseorang dihubunginya.

Beberapa kali bunyi beep-beep kedengaran. Kali pertama, panggilan nya langsung tak menjawab. Adrian sudah mendengus. Takkan lah benda dua hari lepas pun masih nak jadi isu.

Pleaselah, be matured! Adrian menggertak dalam hati. Sekali lagi, nombor telefon gadis itu dihubungi nya.

"Tolonglah, angkat.." dia merayu sendirian.

Telefon pintarnya didail sekali lagi lalu ditekapkan ke telinganya. Beberapa kali bunyi beep-beep kedengaran. Senyuman Adrian terukir tatkala gerangan yang dihubunginya itu mengangkat panggilannya.

"Sayang.."
"I nak jumpa you."ucap Adrian dalam nada lembut dan memujuk.
...
Langkahku aku susun menuju masuk ke dalam restoran makanan seafood yang terletak berdekatan dengan kawasan pejabatku. Sesekali mataku meliar mencari kelibat orang yang ingin aku jumpa.

Satu keluhan aku lepaskan tatkala aku melihat sosok tubuh yang amat aku kenali duduk berdekatan dengan tingkap restoran. Dia kelihatan sedang termenung memandang luar restoran.

Terus aku berjalan ke arahnya. Muka tanpa perasaan aku tayangkan. Tiba sahaja di meja makan lelaki itu, aku terus mengambil tempat di hadapan nya.

Dia juga nampak terkejut melihat tindakan aku yang agak kurang sopan itu.

"Iffah.." sapa lelaki itu dalam nada macam teruja. Macam?

Aku sekadar buat muka acuh tak acuh. "You cakap you nak beritahu something kan? Then, tell me what it is. I banyak lagi kerja nak kena buat sekarang ni." tegas sahaja nada ku. Tak ada nak bermanja, tak adanya nak bergurau senda.

Satu keluhan berat Adrian lepaskan. Matanya layu. Itulah aset penting yang dia ada ketika ini untuk memujuk aku. Namun untuk sekarang ni, aku takkan peduli kan semua itu.

"You masih marahkan I lagi fasal benda itu ke, Iffah?"

"Siapa aje yang tak marah kalau someone yang special dalam hidup dia lupa hari yang paling bermakna? Hmm.. nampak macam you tak kisah pun pasal hari ulangtahun kita itu." nadaku mendatar. Wajah kesalku terpapar.

Untuk seketika Adrian terdiam. Dia seakan-akan mahu menyusun kata. Aku pula di hadapannya sudah mula menanti bicaranya.

"Iffah, I.. I tak sangka apa yang I rancangkan akan rosakkan hubungan kita." ujarnya mulai menimbulkan persoalan dalam benak fikiranku.

Aku yang tadinya bertekad tak mahu melihat wajahnya terus tertarik untuk memandang Adrian. Entah kenapa, aku mulai tertanya pada bicara yang dia katakan tadi. Rancangan?

"Maksud you? Rancangan? You rancang apa?"

"Malam itu, I ingat.. I nak melamar you jadi isteri I but then I takut yang you akan tolak lamaran I. I nervous sampai I rasa macam depress. Then, I take a time untuk cuba kawal nervous I sampai I tak sedar yang I dah terlepas our anniversary." tutur nya dalam nada sebak dan sayu.

Aku yang mendengar apa yang Adrian katakan sudah tergamam. Entah kenapa, aku rasa terharu dengan apa yang dia katakan tadi. D-Dia nak melamar aku malam itu?!

Wajah bersalahnya aku pandang. Terbit senyuman di birai bibirku. Senyuman teruja bahawa aku suka dengar berita itu.

"Kenapa you ingat yang I akan tolak lamaran you, Ad?"soalku ingin tahu.

Adrian pandang aku. Senyuman nipis nya menyinggah. "Sebab umur you masih muda lagi. You sendiri kan cakap banyak lagi benda yang you nak buat sekarang ni? Kalau I kacau daun nak kahwin dengan you.. mesti you reject I kan?"

Kali ini tawa kecilku terhambur. Kelakar juga, Adrian ni. Haha.. dia tak tahu ke yang aku memang nak sangat dia melamar aku..?!

"Ad.. I sudi jadi isteri you. I tak kisah lah, I muda ke I tua ke. Apa yang I nak adalah kita bahagia." ujarku tulus.

Reaksi Adrian berubah. Senyum nya terukir namun dalam pada masa yang sama terselit riak risau bermain di wajahnya.

"Jadi, you terima kalau I melamar you.. jadi isteri I?"

Sebuah anggukan aku berikan.

"Yes, I sudi." jawabku lalu memberikan senyuman yang menunjukkan barisan gigiku yang tersusun kemas.
...





Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Место, где живут истории. Откройте их для себя