Diana's P.O.V.
Nama aku Diana Xiang, seorang gadis berdarah kacukan Amerika-Malaysia berketurunan Cina. Semasa kecil, aku mempunyai seorang abang. Namun, dia telah meninggal dunia akibat neuroblastoma. Hidupku agak sunyi tanpa abangku, hinggalah pada suatu hari...
~2007~
Ketika aku berusia 7 tahun...
"No! Jangan apa²kan aku! Apa yang kau nak daripada aku?" Aku menjerit ketakutan. Aku tak faham, dia nak apa dengan aku sampai sekarang?
"Hei! Kau ingat kau boleh terlepas dari halangan aku? Dahlah tolak tawaran aku to be my girlfriend, tanpa sebarang alasan yang kukuh!" Lelaki yang bernama Marco mula mendekatiku dengan muka yang sinis. Aku mula menggeletar ketakutan.
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang menjerit.
"Hei!" Rupa-rupanya muncul seorang pengawas lelaki yang seusia dengan Marco muncul dari belakang. "Apa yang kau nak buat dengan budak tu? Kau nak kena tulis nama ke?" Katanya sambil mengeluarkan pen merah bersama sticky-note di tangan.
Marco mula panas baran, lalu dia arahkan dua orang pembantunya untuk kerjakan pengawas lelaki tersebut. Namun, lelaki itu pantas bertindak. Dia menggunakan kemahiran taekwondo-nya untuk mengelak serta menahan tiga orang pembuli itu. Kemudian, nama yang ditulis olehnya diberikan kepada rakan setugasnya untuk diserahkan kepada guru yang bertugas.
Setelah berbuat demikian, lelaki itu terus menghampiriku lalu bertanya, "Adik tak apa² ke?" Aku mengangguk, lalu dia menghantarku ke bilik rawatan.
~Di bilik rawatan~
Aku telah diberikan ubat luka. Maklumlah, luka aku kecil sahaja. Apabila aku mahu kembali ke kelasku, lelaki itu terus menahanku dengan menarik tanganku.
"Tunggu!" Katanya. "Can we talk?"
Aku bingung, namun aku tetap akur akan arahannya.
"Nama adik siapa?" Lelaki itu memulakan bicara.
"Nama saya Diana. Abang?" Kataku. Aku tidak berasa janggal apabila aku memanggilnya 'abang'.
Kemudian, dia menjawab, "Nama saya Jungkook. Panggil sahaja Jungkook oppa, sebab saya berasal dari Korea."
Wah! Orang Korea? Dalam hatiku, aku berasa teruja. Tiba-tiba, dia bertanya lagi, "Adik ada adik-beradik tak?"
Aku berasa kaku. Macam mana aku nak jawab soalan oppa? Sebabnya, aku tidak ada sesiapa lagi. Namun, aku kena juga menjawabnya.
"Ada. Saya ada seorang abang, tapi dia dah meninggal dunia", jawabku dengan sedih.
Jungkook oppa terus terkejut, "Hah!? Kenapa dengan dia? Apa yang dah berlaku?" Dia bertanya.
Aku mula menghela nafas panjang. Sebenarnya, aku berasa sebak apabila terkenangkan abangku. Akhirnya, aku berkata, "Abang saya meninggal akibat neuroblastoma. Dia baru je berusia 9 tahun, oppa." Tiba-tiba, air mataku jatuh.
Jungkook oppa dapat merasai apa yang aku rasa sekarang. Baru dia tahu, aku sudah kehilangan kasih sayang seorang abang.
Jungkook oppa mula berfikir, sehinggalah dia mula mengesat air mataku lalu berkata, "Tak apa, macam nilah. Apa kata kalau oppa ambil adik jadi adik angkat oppa? Setuju tak? Oppa janji akan jaga adik dengan baik."
Aku berasa gembira tak terkata. Akhirnya, aku tidak lagi sunyi apabila ada seorang abang angkat.
Normal P.O.V.
~2009~
Diana terlibat dalam kes terjun bangunan di sekolahnya, SUNWAY International School. Apabila Jungkook keluar dari kelasnya ke tempat kejadian, dia terus menangis kerana sedih serta berasa menyesal atas sebab tidak menjaga Diana dengan baik. Tanpa menunggu berita seterusnya, dia berhasrat untuk terus pulang ke Korea semula bersama keluarganya.
YOU ARE READING
BTS X Diana One-Shot Stories Compilation (Malay Ver.)
FanfictionBuku ini merupakan koleksi cerita fiksyen peminat BTS secara one-shot oleh penulis sendiri. Antara cerita yang ditulis ialah: - Adoptive Siblings Reunite - Forgive Me, Oppa! - For You (Valentine's Day Special) - Don't Leave Me, Hyung