"KAU MASIH marah dengan aku lagi tak?",tanya Hariz apabila Arfa masih lagi tak bercakap dengannya. Nasib baik dia tak mengelak macam hari tu. Kalau tak jenuh tunggu.
"Umm.. ". Arfa masih dengan wajah seriusnya.
"Janganlah marah",pujuk Hariz menolak lembut bahu sisi Arfa berulang kali. Tiap kali tu jugaklah Arfa menepis. Tak sudi.
"Kau cakap masa tu nak aku sesuaikan suasana luarkan? Apa kata kita pergi jalan-jalan nak?" Hariz cuba merencanakan aktiviti mereka supaya Arfa tak dingin lagi dengannya.
"Arfa kau dengar tak?"
"Dengar"
"Dah tu kenapa kau tak respon pun",tanya Hariz masih lagi memujuk.
"Tunggu sambungan cakap awak lagilah",jawap Arfa selamba.
"Bongoklah kau!" Kepala Arfa di tolak perlahan dan disambut ketawa kecil oleh Arfa.
"Kau marah lagi tak?",soal Hariz lagi.
"Tak, tapi awak kena janji dengan saya tak boleh sentuh-sentuh melainkan awak tersengaja."
"Ye, ye.. aku janji",ujar Hariz menunjukkan tangan kelingkingnya macam pinky promise. Arfa menaikkan keningnya.
"Kan saya dah cakap 'no skinship',balas Arfa. Hariz menjulingkan matanya.
"Dah bersiaplah cepat kata nak jalan-jalan",arah ku mengingatinya tentang rancangannya tadi.
"Erk.. tak payahlah",pinta Hariz. Dia tak mahu sebenarnya saja aje cakap. Tak tahu Arfa boleh setuju, bab-bab bejalan ni selalunya dia takut kalau kedapatan aku diketahui berjalan oleh Datok dan Datin. Mana mungkin aku keluar keadaan ku begini. Takut dan malu bergabung dalam dirinya.
"Awak dah cakap Hariz. Tak boleh tak jadi"
"Tunggu sekejap". Hariz beredar masuk ke dalam bilik pakaian.
Hariz mengelus rambutnya. Lama dia berdiri di dalam bilik pakaian. Merenung dirinya ke dalam cermin. Dia telah lama bersiap tapi kakinya berat hendak melangkah keluar. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya. Suasana luar yang masih belum biasa dan tanggapan orang lain kepadanya nanti.
"Hariz belum siap lagi ke? Nanti kita lambat pula",ujar Arfa sambil termangu-mangu menonton TV. Jam di dinding menunjukkan sepuluh pagi. Nak tak nak kenalah awal jalan supaya lama sikit tempoh mereka berjalan sebelum Datok dan Datin balik. Dah dua puluh minit dia menunggu Hariz bersiap. Bersiap dia mengalahkan perempuan. Bersolek ke apa? Lambat betul!
"Kau tak nak tukar fikiran?",tanya setelah keluar bersiap pakai baju baru.
"Eh takde, takde kita kena keluar jugak. Sampai bila awak nak stay kat rumah aje." Arfa mendesak Hariz agar lebih berani menghadapi suasana luar. Ini jugaklah salah satu trapi untuk Hariz lakukan.
"Jom kita gerak sekarang", Arfa berdiri tegak dan melihat sekilas kepada Hariz. Suis TV dimatikan. Dia mengambil beg galasnya dan mula melangkah keluar bilik. Hariz hanya mengekori dari belakang. Sampai saja tangga terakhir.
"Kenapa berhenti?",tanya Hariz turut berhenti jugak. Dia sambung melangkah menuruni. Arfa segera memegang bahu Hariz membuatkan langkahnya terhenti.
"Ada bibiklah". Risau Arfa. Bila terserempak dengan bibik mesti tanya nak pergi ke mana. Tak kan jawap pergi jalan-jalan.
"Hish kau ni penakut. Pandai-pandailah aku jawap apa dia tanya nanti",ucap Hariz. Arfa mengekori langkah lelaki itu. Saat bertembung dengan bibik seri, Arfa hanya tayang senyum kecil biar lelaki depannya ini saja yang menerangkan.
"Tuan Hariz nak pergi mana?",ujar bibik seri berdiri di hadapan mereka bagi menghentikan langkah kami.
"Nak keluar",balas Hariz ringkas. Lalu berjalan hadapan lagi.
"Habis saya nak bilang apa dengan Datok dan Datin. Bagaimana mereka tanya deh?",tanya bibik seri sekali lagi berdiri hadapan kami.
"Kalau Datok dan Datin bertanya cakap saja aku pergi dating dengan Doktor Arfa. Faham?",ujarnya memaut bahu Arfa lalu bergerak keluar rumah. Arfa yang terkejut terus menolak tangan lelaki itu.
Saat di luar rumah terus saja Arfa menepis tangan Hariz. Tak suka menjadi watak tu. Walaupun dia tahu Hariz hanya berlakon untuk menipu bibik seri.
"Pakai kereta aku. Kereta kau apa class?". Poket belah kiri di saluk lalu di serahkan kunci itu kepada Arfa.
"Awaklah yang bawa. Saya takut nak pakai kereta awak mahal tu",balas Arfa melihat sekilas kereta BMW 7 Series. Kalu terjadi apa-apa memang tak boleh dibayangkan.
"Kau yang pandu. Aku still tak biasa". Arfa tercengang. Dia tak nak, walaupun nak ada macam kereta begini. Gajinya belum cukup lagi nak beli kereta semahal ni, kalau nak beli pun kena tunggu tiga kali gaji.
"Awaklah.. kalau tak pakai kereta saya. Saya taklah sengkek sangat tak terbeli kereta yang penting dapat guna".
"Aku malu faham tak? Lain kali janganlah pilih warna macam ni. Okey fine aku pandu.",katanya beralah. Pintu kereta dibuka dan enjin di hidupkan. Nasib baik keretanya ini dijaga rapi oleh pemandu Datok, Badri.
"Aku tak boleh.. ",kata Hariz melepaskan balik stereng. Saat itu tangannya mengigil. Dah lama dia tak pandu kereta paling last pun sebelum dia pergi belajar lagi. Sekarang dia perlu memandu. 'Yes! aku pasti boleh',ucapnya bersungguh.
"Kalau tak boleh, tak payahlah pakai aje kereta saya",ucap Arfa. Risau melihat keadaan Hariz. Hariz ketawa sendiri, dia fikir Arfa akan menawarkan dirinya untuk memandu kereta ini. Hariz menyandarkan kepalanya seketika.Menarik nafas panjang dan menutup mata.
"Okey aku boleh buat."Dia menukar gear Reverse dan memusing stereng ke kanan. Pintu pagar terbuka luas secara automatik. Lalu gear ditukar kemudian keretanya memacu jalan keluar rumah.
"Aku boleh!",jawap Hariz dengan gembira. Namun dia kena fokos takut tersilap langkah.
"Awak dah banyak berubah Hariz. Semakin hari awak dah boleh handle sendiri" Arfa memulakan perbualan. Dia tersenyum nipis melihat Hariz yang begitu tekun memandu.
"Tak boleh kalau tak tanpa kau"
"Awak tak boleh nak bergantung sangat kat saya Hariz. Tak selamanya saya di sini tapi diri awak sendiri yang akan mendorong awak",sahut Arfa. Dia tak tahu berapa lama dia akan berkerja dengan Hariz sebagai doktor private. Sementara Hariz pula dah sembuh macam khidmatnya tak diperlukan lagi.
#####
Stay tuned dengan book ni. Vote.
YOU ARE READING
© Arfa Eshal
ChickLit[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undan...