EMMA DYLINE

339 7 2
                                    

Wajah lelaki itu sentiasa menjadi pujaan hatinya. Hari harinya memang tak akan pernah lengkap tanpa senyuman lelaki itu. Baginya pemuda itu ibarat nyawa dalam hidupnya.

" idham luthfi. "  senyum emma sehingga menampakkan lesung pipit sebelahnya pipi kiri. Emma sering mengungkapkan nama pemuda itu setiap kali wajah pemuda itu bermain di benak fikirannya. Dalam hidup, dalam kepala hanya Luthfi seorang pemuda yang dicintainya dari sejak bangku sekolah rendah.

Gambar yang berada di tangannya itu dicium dan dipeluk. Kakinya menggedik gedik menghentak tilam tanda teruja dengan sekeping gambar tersebut. Senyuman tak pernah lekang dari bibir gadis tersebut.

__________

" morning atok." ucap emma seraya mencium pipi atoknya. Dari kecil memang dia dibesarkan oleh atuknya sendiri. Dalam dunianya cuma ada atuknya sahaja. 

" morning, come sit here emma, " panggil atuknya perlahan menuju ke meja makan.

Emma akur lalu melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan atuknya. Senyuman tak pernah lokek dari gadis periang tersebut. Baginya, hari ini bakal menjadi hari yang paling bahagia dalam hidupnya kerana dia bakal bertemu dengan sang pujaan.

Berkerut dahi Tan Sri Malik melihat teletah cucunya yang senyumanya tak lekang dari bibir seperti ada sesuatu yang disembunyikannya.

"  I smell something fishy here." ujar Tan Sri Malik secara tiba tiba. Kening sebelah dijongketkan.

" what... takda apa la." bohong emma.

" cuba cerita dekat atuk... apa yang membuatkan emma happy sangat pagi ni." pancing Tan Sri Malik.

" nothing la atuk, emma just happy sebab harini emma tak terperap dalam rumah. Harini kan emma masuk office balik. So that's why I'm so happy." ujar emma bersungguh sungguh. Bukannya dia tak bosan duduk dalam rumah asyik dipaksa makan ubat ikut jam. Tak boleh bergaul. Boring.

" oh really, kalau macam tu atuk pun tumpang gembira dengan emma. So sekarang ni atuk nak bagitau emma yang lepas ni apa apa urusan dengan client, emma kena settle dengan baik. Jaga company tu baik baik. Atuk taknak tanggungjawab ni diabaikan ok, kalau emma tak faham emma just tanya amri, my P.A. Boleh buatkan semua tu untuk atuk ?" pinta atuknya. Tan Sri Malik bukannya tak percayakan emma tapi setelah penyakit dia datang semula, dia berasa ragu ragu untuk melepaskan cucunya pergi.

" ai ai chip bos, emma got to go now." tangan atuknya dicium penuh kasih dan lambaian flying kiss diberi sebelum pergi. Sayu wajah Tan Sri Malik memandang cucunya yang kini sudah hilang dari pandangannya.

Telefon dikeluarkan. Nombor didail. " Hello, saya nak awak pastikan emma sentiasa ambil ubat dia ikut jam yang ditetapkan. Kalau ada apa apa masalah yang berkaitan dengan cucu saya sila call saya secepat mungkin." nafas lega dihembuskan perlahan sebelum fikirannya jauh menerawang memikirkan sesuatu.

__________

Nafas ditarik dalam dalam sebelum dihembuskannya perlahan. Kaki melangkah perlahan tanpa dia sedari ramai mata yang memandangnya dan ada yang berbisik sesama sendiri. Sampai di permukaan pintu masuk emma melangkah masuk dengan hati yang sedikit gementar walaupun dia telah memegang jawatan C.E.O selama 3 tahun.

" selamat pagi bos." ucap seorang gadis.  Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

Mod bekerja diaktifkan. Tiada lagi senyuman yang terhasildi bibir gadis tersebut. Sapaan demi sapaan diterima.

Sampai sahaja di dalam pejabat. Punggung dilabuhkan. Tersenyum sendirian seperti berada di awangan. Sekeping gambar itu tidak pernah jauh dengannya kemana sahaja pasti akan dibawa.

__________

" Aina ooo aina, mana kau nak lari hah ?!" pisau lipat yang berada di tangannya itu dipusing pusing beberapa kali. Wajahnya yang sentiasa tersenyum manis membuatkan orang disekelilingnya sentiasa jatuh hati dengannya. Satu persatu pintu bilik darjah kosong tersebut ditendang.

Tiada siapa boleh cabar dia, cari pasal dengannya. Sabar dia ada juga batasnya tapi bila dihina dan dimaki sebegitu rupa dihadapan khalayak ramai. Maruahnya terasa dipijak pijak.

" kau tu junior mentah tak sedar diri, ada hati nak mengorat boyfriend aku ?! hey kau dengar sini eh ! lepasni aku taknak tengok kau hantar surat or mengorat dia whatever, kau tu tak setanding dengan luthfi !! tak sedar diri !!! "

makin membuak buak marahnya apabila dihina sebegitu rupa. Meja yang berada disebelahnya itu ditumbuk sehingga membuatkan jari jemari manisnya berdarah. 

" mana kau nak lari hah sial !!! ouh...kau pandai, dah hina aku lepastu kau lari ! HOI keluarlah mana kau menyorok bangsat !!!! "

Baru kaki hendak melangkah pergi, telinganya menangkap esakan halus seorang gadis di hujung bilik darjah yang terakhir. Senyuman sinisnya terukir sebelum bergerak menuju ke bilik terakhir itu.

" kat sini rupanya kau menyorok, meh la sini, akak, jangan lah menyorok." suaranya yang telah berubah membuatkan gadis itu menggigil ketakutan.

" aku kata keluar, keluar lah bodoh ! kau pekak ke ?" tudung aina direntap sehingga terkoyak, esakkannya semakin kuat apabila pisau yang berada di pipinya digores perlahan sehingga mengeluarkan darah. Darah yang mengalir di pipinya membuatkan aina hampir pitam.

" emma, a-ku min-ta maaf !!! tolo-ng la ! " rayu aina sambila merapatkan tapak tangannya.

Emma menggeleng perlahan sambil tersenyum sinis apabila gadis dihadapannya itu merayu dengannya.

" thanks, sweet candy sebab dah jatuhkan maruah aku ." baru ura ura emma hendak mengangkat pisau menikam gadis dihadapnnya itu.

" EMMA !!!! " satu suara yang membuatkan pisau ditanngannya itu jatuh. Wajah dipalingkan mengadap tuan empunya suara. Jari jemarinya yang menggigil diusap perlahan.

" Atuk ? " emma jatuh terjelopok di atas lantai sambil badannya menggigil melihat sekeliling sebelum seseorang datang memeluknya.

Rambut gadis itu diusap perlahan dan diciumnya dahi gadis tersebut.

" atuk, atuk, emma takut, bukan salah emma ! dia yang paksa emma buat semua benda ni ! "Tan Sri Malik seakan memahami apa yang diluahkan oleh cucunya itu.

Semenjak dari kejadian tersebut Tan Sri Malik hanya mengadakan HOME TUTOR untuk cucunya. Tidak dibenarkan keluar rumah. Tidak dibenarkan untuk bergaul dengan sesiapa kecuali orang di dalam rumahnya sahaja.

little psychoWhere stories live. Discover now