Bab36

5.8K 119 13
                                    

Iezwan daniel lee masih dirawat didalam kecemasan Hospital kuala lumpur tempat raudhah izzarah bertugas. Doktor dan jururawat menjalankan tugas merawat iezwan daniel lee.

Ya allah. Ampunkan dosa ku ya allah aku derhaka pada suami ku ya allah. Sejujurnya aku sudah mencintai dia ya allah...” Raudhah izzarah menangis sepuasnya di bangku ruang menunggu.

20minit kemudian.......

Raudhah izzarah dengan sarat mengandung tertidur diruang menunggu. Seorang Doktor wanita mendekati raudhah izzarah.

Puan....” Doktor tersebut mengejutkan raudhah izzarah. Dan akhirnya raudhah izzarah terbangun dan mengosok matanya kerana pandangannya sedikit samar samar.

Ye Doc macam mana keadaan suami saya? dia ok, dia dah sedar?” bertubi-tubi pertanyaan raudhah izzarah.

Puan. Suami puan dah sedar tapi dia perlukan rehat yang secukupnya dan luka dikepalanya sedikit parah tapi tidak apa saya sudah keluarkan serpihan keca tersebut. So far suami puan boleh keluar sebab suami puan yang hendak keluar.” Doktor tersebut memberikan keterangan.

Raudhah izzarah sedikit lega. Tapi dia pelik kenapa iezwan daniel lee mahu keluar sedangkan dia masih sakit. Dan akhirnya raudhah izzarah rasa bersalah tidak akan jadi semua perkara tersebut kalau dia tidak melakukannya.

“Doc boleh saya lawat suami saya?” Raudhah izzarah meminta kebenaran.

Yes Sure” Doktor tersebut senyum dan berlalu pergi.

Perlahan-lahan raudhah izzarah bergerak kekatil tempat iezwan daniel dirawat dan iezwan daniel saat itu tertidur kerana kesan ubat yang diberikan. Raudhah izzarah duduk di bangku dan memegang tangan iezwan daniel dan mencium.

Awak maafkan saya. Saya buat awak macam ni, saya terlalu ikutkan perasaan. Saya dah jatuh cinta dekat awak.” Raudhah izzarah mengangis sepuasnya dan meluahkan isi hatinya disebelah iezwan daniel. Dia menyesal dengan perbuatannya.

Perlahan-lahan jari iezwan daniel bergerak dan matanya terbuka.  Dengan segera raudhah izzarah mengesat air matanya.

Awak. Awak saya minta maaf. Maafkan saya” raudhah izzarah memohon maaf. Mahalahan renungan tajam iezwan daniel  menusuk dihati raudhah izzarah.

Keluar!!!! Aku benci pembunuh!!!! ” Iezwan daniel menghalau raudhah izzarah. Saat itu iezwan daniel marah dan sakit hati melihat wajah isterinya.

Raudhah izzarah berlari keluar dengan air matanya yang mengalir.

Dia benci kau raudhah semuanya tiada guna lagi. Kau dah banyak sakitkan hati dia” Hati raudhah izzarah berkata. Dan dia masuk kedalam keretanya dia menangis saat itu. Kerana semasa iezwan daniel dibawah ke hospital raudhah izzarah membawa keretanya.

Tiba-tiba pintu keretanya dibuka.

Kunci bak sini!” Iezwan daniel meminta kunci kereta dengan kepala yang berbalut serta menahan sakit. Tetapi raudhah izzarah berdua hati untuk memberikan kunci tersebut.

Aku cakap sekali lagi. Aku nak kunci faham tak?!!!” Keras nada suara iezwan daniel dan akhirnya raudhah izzarah memberikan kunci keretanya. Raudhah izzarah kecewa kerana iezwan daniel seperti membencikan dirinya.

Semasa dalam perjalan balik ke rumah mereka sunyi sahaja. Masing-masing tidak bersuara.

Awak saya nak minta......” belum sempat raudhah izzarah meneruskan ayatnya iezwan daniel terus mencelah.

“Baik kau diam. Kau dah puas sekarang? Kau dah hampir  berjaya bunuh aku. Kau dah puas benci aku?. Kau tak nak dengar penjelasan aku. Aku dah cukup sabar raudhah dengan perangai kau, kau buat aku macam orang luar dalam hidup kau tapi hakikatnya aku cinta kau, aku cuba untuk untuk halangan semua tu tapi aku gagal. Tapi sekarang hati aku dah pudar untuk semua tu. Jangan risau aku akan tunaikan janji yang kau mahu selepas kau melahirkan.” panjang lebar iezwan daniel berbicara sampaikan raudhah izzarah tidak mampu berkata apa apa dan hanya ada air mata dan penyesalan.

Awak saya dah mula cin....”

Dah la raudhah. Baik kau diam sebelum aku bertindak luar fikiran aku.” iezwan daniel mengalang raudhah untuk bersuara iezwan daniel amat sakit hati dengan perbuatan raudhah izzarah dia kesal kecewa. Dan akhirnya raudhah izzarah berdiam hanya air matanya sahaja yang mengalir.

Kau sudah dapat jawapan raudhah” rintihan hati raudhah izzarah dia sudah terlambat.

_____________________________

Bersambung...

Suami Tanpa Setitik Cinta  ✅ (Complete)Where stories live. Discover now