bab 18

187 11 0
                                    

Sebaik sahaja mereka tiba, mereka agak terkejut. Hal ini kerana kawasan itu dipenuhi dengan mayat yang telah hancur. Mereka diseksa dengan agak teruk sehingga mati. Mereka ternampak Qairana yang berada dalam perisai ais nya. Dibawahnya terdapat medan kuasa penyerap sihir. Disebelah Qairana ialah Hyunri yang kelihatan lemah. Dibawah Hyunri juga terdapat medan kuasa yang sama.

"Wau! Ramai yang masih hidup lagi. Korang cari dia ke?" kata Jang Hanna, sinis. Dia menunjuk ke arah Qairana. Kini Qairana telah menjadi dirinya semula dan tidak dikawal oleh emosinya lagi.

"Qairana! Kau! Apa yang kau mahu lakukan?!" soal Ciel dengan marah. Dia benci melihat rakannya diseksa.

"Aku cuma mahukan kuasa kegelapan. Hiyarghhh!" katanya lalu menyerap kuasa Hyunri.

"Tak!!!! Hyunri!!!!" Heegun terkedu melihat kembarnya dalam kesakitan. Rasanya seperti roh ditarik keluar.

"Arghhhhhhh!!!!" jerit Hyunri. Dia meraung kesakitan.

"Fufufu. Kuasa bayang kegelapan. Mungkin ada gunanya. Baik kau serahkan sahaja kuasa kau kepada aku. Tiada guna perisai ais kau." kata Jang Hanna setelah menyerap kuasa Hyunri.

"Hyunri... Maafkan aku.. Aku tak dapat lindungi kau..." kata Qairana, kesal dengan nasib yang dialami mereka.

"Tak mengapa Qairana. Jangan serahkan kuasa kau. Itu... Yang saya harapkan.." kata Hyunri perlahan sebelum pengsan setelah menahan sakit yang dialaminya.

"Aku tak berguna! Aku langsung tidak dapat membantu mereka berdua." kata Kurota, kesal dengan dirinya sendiri.

"Aku bagi amaran awal-awal. Jangan ganggu urusan kami. Kanata, pastikan mereka tak ganggu aku." arah Jang Hanna kepada Kanata. Dia masih lagi di bawah kawalan Jang Hanna.

"Baik, cik Jang Hanna." Kanata akur dengan arahan Jang Hanna. Yang lain tidak berani membuat apa-apa kerana tidak mahu mencederakan Kanata.

"Aku pasti... Kau akan kalah.. Kau.. Fikir aku tak buat persediaan. Tak.. Tak semudah itu... PEMBANGKITAN MAKHLUK KEGELAPAN!!!!! BUNUH DIA!!!" jerit Qairana. Dia membangkitkan makhluk purba untuk mengalahkan Jang Hanna.

"Apakah! Pedang tenaga!" Jang Hanna mula menyeru senjatanya. Dia berlawan dengan makhluk itu untuk lindungi dirinya.

"Bebas pun. Huh.. Huh.. Kuasa aku semakin berkurangan.." kata Qairana perlahan. Dia tercungap-cungap. Membangkitkan makhluk itu telah menggunakan banyak tenaga miliknya.

"Qairana... Kuasa itu.. Memerlukan separuh daripada nyawa kita untuk menghidupkannya." kata Ciel. Dia tidak menyangka bahawa Qairana sanggup membangkitkan makhluk itu untuk melawan Jang Hanna.

"Kita tidak boleh mendekati mereka... Kalau kita cuba Kanata pasti akan bunuh kita..." kata Auni.

"Maafkan Qai abang.. Qai terpaksa buat ni... KUASA KAWALAN BADAN.." kata Qairana lalu mengawal badan abangnya.

"Apa.. Apa kau buat... Aku tak dapat bergerak!"

"Erghhh.... Korang.. Korang bebaskan yang lain... Kurota.. Kenakan renjatan elektrik pada Kanata.. Biar dia pengsan.." arah Qairana. Dia kelihatan sangat penat.

"Ta.. Tapi."

"Buat cepat!!"

"Qairana.... Aku... Aku akan tolong kau..." kata Ciel. Dia nekad untuk membantu sahabatnya.

Setelah itu, Kurota mengenakan renjatan yang tinggi pada Kanata. Qairana juga merasa kesannya kerana dia mengawal pergerakan badan abangnya. Ciel dan yang lain-lain membebaskan rakan mereka yang terkurung. Makhluk jelmaan itu masih melawan Jang Hanna. Jang Hanna telah mengalami kecederaan yang parah namun masih mampu melawan makhluk itu.

Qairana sudah kehilangan banyak tenaga. Penglihatannya mula kabur. Abangnya pula tidak sedarkan diri. Tiba-tiba segerombolan manusia berpakaian hitam putih datang membantu mereka. Jang Hanna pula telah berhenti berlawan kerana makhluk itu hilang kerana kuasa Qairana telah habis digunakan. Namun Jang Hanna cedera parah. Itulah matlamat Qairana membangkitkan makhluk itu.

"Siapa mereka semua? Kita dah menang peperangan! Kita telah menerima bantuan!" kata Ciel dengan gembira. Akhirnya perang akan tamat.

"Akhirnya.." kata Kurota lalu terduduk. Dia tercedera namun tidak parah.

Qairana yang berada jauh daripada mereka mendekati Jang Hanna.

"Kau.. Kau dah kalah Jang Hanna.." kata Qairana.

"Tak.. Belum lagi.. Aku akan kembali menuntut kematian orang-orang aku.. Dan masa tu nyawa adik kau juga dalam bahaya. Hahahaha.." kata Jang Hanna sebelum hilang dari pandangannya. Dia berjaya meloloskan diri.

"Tak guna.."

"Cik Qairana perlu menepati janji. Sekiranya kuasa pendam cik Qairana telah muncul, cik perlu ikut kami." kata salah seorang ahli itu, ahli hatred witch!

"Ya saya ingat. Sebentar.."

Qairana pergi mendekati rakan-rakannya yang lain. Ciel pula... Err..

"Cik Camira perlu mengikuti kami untuk memperkembangkan ilmu Hatred Witch cik. Cik telah berjanji sekiranya telah tamat semesta kedua tetapi masih
tidak menguasai sihir Hatred witch, cik akan ikut kami..." kata ahli hatred witch yang lain. Ehh..

"Ya saya tahu.."

"Nampaknya sekolah kita dah musnah. Guru-guru semua terkorban. Jadi kita kena pindah sekolah lah kan?" kata Qairana.

"Haah.." jawab Kurota.

"Abang... Ciel kena.."

"Pergilah.. Jaga diri kamu."

"Baik.."

"Ehh Ciel, awak pun..." Qairana terkedu. Ciel sama sepertinya!

"Seperti awak. Walaupun sebenarnya berbeza. Hihihi."

"Kita pergi bersama. Yay! Ouh... Abang Kurota, nanti beritahu Kanata tau. Janji?" kata Qairana

"Ya abang janji."

"Jumpa nanti bila nak sekolah nanti! Bye!!" kata Qairana dan Ciel serentak. Mereka akan mengikuti salah seorang ahli hatred witch. Ciel mengikut salah seorang ahli itu dahulu manakala Qairana pula berjumpa dengan Auni di bawah pokok redang. Auni sedang merehatkan dirinya setelah beberapa hari berjuang tanpa henti.

"Mungkin ini kali terakhir kita jumpa. Sebab mak saya mahu saya tinggal dengan mereka. Mungkin di dunia manusia.." kata Auni.

"Saya akan rindukan awak... Nanti jumpa lagi kat sana." kata Qairana. Dia tersenyum sinis.

"Kenapa.. Ouh.. 'Kerja' kat sana ehh..." Auni memahami makna kata-kata Qairana.

"Haah. Ok bye semua." jawab Qairana sebelum pergi meninggalkan mereka semua. Dia mengejar Ciel yang jauh di hadapan.

"Byeee...."

Qairana dan Ciel pun pergi meninggalkan mereka semua. Mereka pergi ke dunia manusia.. Yang lain akan dibawa ke hospital meta-human untuk dirawat dan memulihkan kuasa dan tenaga mereka.

Tamat















Dah tamattt. Terima kasih sebab vote dan baca cerita saya. Thankssss... 😁😁

HIGH SCHOOL OF WIZARD (Rewrite)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang