Hann ♠ 03

696 64 2
                                    


...

"Eunhye dari mana?" soal Junho pada Eunhye.

"Dari... Seoul. Hahaha."

"Oh yeke tapi kenapa Eunhye nampak takut sangat tadi? Pakaian awak carik sana sini. Ada orang kejar awak ke?"

Dia menghela nafas.

"Ya, ada lelaki gatal yang ganggu saya. Jadi saya cuba lari sampailah saya jumpa tempat ni." beritahunya.

Wajah Junho berubah seakan bersimpati terhadap nasib Eunhye.

"Kalau macam tu, Eunhye nak tinggal kat sini?"

Eunhye tercengang. Biar betul? Takkanlah semudah tu!

"Err... takpe ke? Saya takut menyusahkan awak jer."

"Takpe, duduklah. Ada bilik saya kat tingkat atas. Awak tinggal kat situ. Saya tidur kat apartmen saya jer. Jadi, jangan risau tau? Selesakan diri awak."

Kata-kata hangat itu membuatkan Eunhye berasa terharu. Dia lain daripada apa yang Eunhye kenal.

"Ceria, banyak cakap dan... comel." bisiknya.

"Hah, apa dia?"

"Eh takde pape." nafi Eunhye lalu matanya memandang ke arah lain.

Mampus lah kalau dia dengar.

"Dah pukul 12 malam ni. Eunhye pergi tidur ya? Nah kunci kedai ni. Saya pergi dulu tau? Selamat malam." Junho menapak, mendekati Eunhye lalu kepalanya diusap penuh kelembutan.

Eunhye kaku. Pipinya bertukar kemerahan. Dia memerhatikan langkah Junho yang keluar dari kedai manisan. Wajahnya sangat tenang dan hangat. Itu yang Eunhye nampak apabila Junho berada di hadapannya.

"Hmm, jadi nilah rambut aku untuk musim ni?" gumam Eunhye sendirian di hadapan cermin.

Entah kenapa dia terasa ada perubahan yang berlaku pada wajahnya.

"Kenapa aku nampak muda eh? Ke aku mengelamun? Kenapa aku nampak macam budak sekolah menengah? Tubuh aku pun macam kecil sedikit berbanding di dunia aku. Aish, kau banyak fikir ni. Dah dah aku nak tidur!"

Dengan pantas, dia melambungkan dirinya ke atas katil Junho.

Lepas tu dah mula la dia nak berguling, berjimba atas katil sebab bau haruman coklat yang melekat pada cadar dan selimut bilik tu.

"Bau Junho. Hahaha, asal aku ni macam stalker duh? Creepy pula."

Sedang asyik dia berguling di atas katil milik Junho yang empuk itu, tiba-tiba kepalanya terhantuk dengan lantai.

Satu kad pengenalan jatuh ke atas lantai. Eunhye memandang kad tersebut dengan perasaan ingin tahu yang kuat.

"Hmm, kad siapa ni?"

Diambilnya kad itu tanpa ragu. Matanya membulat apabila mendapati bahawa wajah pada kad pengenalan itu merupakan wajahnya.

"Chung Eunye, 18 tahun?! What the fish bro! Aku 18 tahun ni? Kenapa aku jadi muda? Bukan ke aku sepatutnya 28? Kenapa dia tolak 10 tahun umur aku? Habis tu Junho? Dia umur 29 kan? Apa ni beza umur 11 tahun! Weh tak aci xwxsxxwxwxwxxwxw!" Eunhye menyepak bantal-bantal yang ada di atas katil.

Ei, ini yang nak marah ni! Memang cari nahas betul!

"Takpe lah aku dah penat ni. Masalah tu bawa ke hari esok jer lah. Aku nak tidur!"

Comforter ditarik hingga ke paras dada. Entah bila, dia sudah terlelap.

Keesokan paginya ...

"Eunhye, selamat pagi~"

Pagi-pagi hari lagi Junho sudah terpacak di hadapan pintu biliknya bersama senyuman yang menawan.

"Eunhye, saya dah siapkan pakaian awak."

"H-hah? Pakaian apa?"

"Pakaian sekolah la. Hari ni hari pertama persekolah awak. Jangan risau, saya dah bagitahu Ji An untuk daftarkan awak kat Sekolah Menengah Hankwang." ujar Junho dengan wajah yang berseri.

Mulut Eunhye melopong.

Apakah yini?


"Ar... ar... arterima kasih Junho." ucapnya separuh ikhlas.

Aduh, apa ni?

Kenapa dia kena masuk sekolah menengah lagi? Dia benci duduk dalam penjara! Ha kan dah mention penjara.

"Sama-sama. Eunhye, boleh saya panggil awak adik tak?"

Eunhye tercengang lagi.

Life is full of suprise kan?

"Sebab, saya takde adik perempuan. Ah~ dah lama saya nak ada adik secomel awak!"

APA YANG DAH JADI?

KENAPA?

KENAPA ADIK?

"Oh, macam tu. Terima kasih Oppa~" wajahnya cuba mengukir senyuman manis.

"Munafik betul kau ni Eunhye." desis hatinya perlahan.

"Turun sarapan ya dik? Oppa dah masakkan untuk kamu sarapan pagi yang paling bernutrisi untuk memulakan hari persekolahan dengan penuh tenaga. Pasti bertenaga, pasti mahu lagi!"

Oit, ini iklan ke apa?

-_-

TBC

[ C ] Salah Chat + HANNWhere stories live. Discover now