SHSN 24 - TRIAL SPM

2.4K 106 9
                                    

MEDIA - SHEILA ON 7 - PEMUJA RAHASIA

Aidin bangun seawal pukul 5.00 pagi. Hari ini hari pertama peperiksaan percubaan SPM. Kertas pertama adalah Bahasa Melayu. Dia berharap dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lancar.

Selepas mandi, dia kembali membaca nota yang cikgu berikan. Selepas 30 minit mengulang kaji. Aidin bangun dan menuju ke bilik Kayla. Terlihat Kayla sedang mengulang kaji juga. Aidin melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Lama lagi ke nak study, jom kita solat Rara," ajak Aidin.

"Dah pukul berapa ni?" soal Kayla sambil mengemas buku-buku dan alatan tulis yang berselerak atas meja.

"Dah pukul 6.00 pagi, lepas solat nanti boleh turun sarapan. Kita boleh pergi awal sekolah," jawab Aidin lalu bangun melangkah keluar dari bilik Kayla.

"Didi tunggu kat bilik sembahyang," kata Aidin lagi.

"Okey."

Selepas siap solat dan bersarapan, mereka berbual-bual sedikit dengan Puan Amirah dan Encik Hakim sebelum pergi ke sekolah.

" Along, Kayla dah sedia nak jawab soalan pemeriksaan percubaan ni?" soal Puan Amirah.

"Dah, ibu," jawab mereka serentak.

"Ayah doakan kamu berdua dapat results yang baik nanti," kata Encik Hakim yang sedang membaca surat khabar.

"Terima kasih, ayah."

"Kalau result kamu berdua okey, ayah rancang nak bawa kita sekeluarga bercuti di Langkawi. Kita pergi ssmasa cuti Hari Malaysia nanti, kan Dira cuti sekali."

"Betul ke bang? Kita nak pergi Langkawi. Ibu tahu kamu mesti dapat result yang baik punya," kata Puan Amirah dengan bergitu yakin.

"Inshaallah ibu, ayah kami akan buat yang terbaik," Aidin berkata sambil memandang Kayla.

"Okey ibu, ayah kami nak pergi sekolah ni." Aidin dan Kayla menyalami Puan Amirah dan Encik Hakim bergilir.

Semasa mereka berdua duduk di depan pintu untuk memakai kasut sekolah. Kayla merenung Aidin tanpa berkelip mata.

Aidin yang terperasan Kayla merenungnya, mengangkat kepalanya bertanya tanda kenapa.

"Em... nak tangan Didi," kata Kayla teragak-agak.

"Tangan Didi, nak buat apa?" soal Aidin sambil membelek-belek tangannya.

"Sini jelah tangan tu," rengus Kayla terus menarik tangan kanan Aidin.

"Didi, Rara nak mintak maaf kalau Rara ada salah silap dengan Didi. Doakan Rara selamat menjawab peperiksaan ya." Kayla terus menyalami dan mencium tangan Aidin.

"Ar... okey Didi doakan. Doakan Didi pun sama ya." Aidin terkedu tadi selepas Kayla menyalami dan mencium tangannya.

"Okey." Kayla terus bangun tanpa menoleh ke belakang menuju ke motorsikal untuk ke sekolah. Muka Kayla sudah kemerahan sedikit menahan malu yang menyerbu dirinya.

...........................................

Tiba di sekolah, pelajar tingkatan 5 sedang berkumpul di tepi dewan peperiksaaan. Ada beberapa kumpulan pelajar sedang mengulangkaji untuk kali terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Di satu sudut geng Farid sedang duduk berbual kosong. Kayla dan Aswin sedang membaca nota.

"Korang ni dah cukup ulangkaji ke? Aku tengok asyik berbual kosong je lagi tadi," tanya Kayla.

"Alah kita orang dah study kat rumah, sekarang ni nak relax-relax kan minda," jawab Joe.

Sedang dia berbual dengan mereka, mata Kayla terpandang Aidin berbual bersama dengan Raisya.

'Hish! Apa budak ni buat dengan Aidin pagi-pagi ni. Sibuk je kacau suami aku. Haha, baru kau sedar ke Kayla yang Aidin tu suami kau,' monolog Kayla.

"Kay pandang apa tu" tegur Malik kepada Kayla yang sedang leka melihat Aidin dan Raisya.

"Em... tak ada apalah," kata Kayla terus melihat buku nota.

'Adoi macam mana kalau Malik perasan aku asyik tenung Aidin dan Raisya tadi,' bisik hatinya.

Manakala di satu sudut lagi Aidin sedang berbual dengan Raisya.

"Abang Aidin, Raisya doakan abang dapat jawab soalan dengan betul," ucap Raisya memberi songkongan.

"Terima kasih, Raisya," kata Aidin sambil tersenyum.

"Ni Raisya ade belikan abang set alat tulis, abang gunakanlah semasa jawab kertas trial." Raisya menyerahkan satu bungkusan beg kertas berwarna biru kepada Aidin.

"Eh, kenapa pulak susah-susah nak bagi saya ni?" soal Aidin.

"Ala anggaplah ni hadiah untuk abang masa abang selamatkan Raisya hari itu," jawab Raisya.

"Okeylah, terima kasih Raisya."

"Sama-sama, Raisya masuk kelas dulu ya, bye abang Aidin." Raisya melangkah pergi sambil melambai kepada Aidin.

Aidin hanya menganggukkan kepala dan menghantar permergian Raisya dengan pandangan matanya. Di kala itu dia ternampak Kayla sedang berbual dengan Malik.

'Patutnya sekarang ni aku dengan Kayla ulangkaji bersama-sama. Adoi!cemburunya aku. Bilalah aku boleh bagi tahu kepada semua yang aku dan Kayla itu suami isteri' bisik hatinya.

.....................................

HAHA HARINI SIS UPDATE SIKIT JE... XSAMPAI 800W. HAHA.

UNTUK YG AMBIK UPSR NEXT WEEK GOOD LUCK. PT3 START 01 OCT NI PUN GOOD LUCK..

THANKS BACA , VOTE N KOMEN.

BYE... :)

SURI HATI SI NERD (Complete) Where stories live. Discover now