PROLOG

111 7 4
                                    

Hidupku sendirian biarpun ada rakan-rakan. Hanya rakan sementara. Apa bila aku senang. Meraka datang kepadaku. Apabila aku susah. Mereka pergi meninggalkan aku. Aku rasa diri ini tidak diperlukan di dalam dunia ini. Mungkin. Tetapi ada banyak benda yang aku mahu lakukan. Aku mahu menjadi 'Seseorang yang berguna'.

Jam menunjukkan detik 10:30 pagi. Seorang pelajar perempuan sedang duduk di taman sekolah sendirian. Dia berbual-bual dengan sekumpulan ikan di dalam kolam. Pada tangannya terdapat sebatang pen biru dan sebuah buku berwarna hitam. Dia sentiasa bersendirian di kawasan ini pada waktu rehat. Makanannya pula hanya sebungkus roti perisa coklat dan air botol yang dibawanya dari rumah.

Tidak lama kemudian, lima orang pelajar perempuan darjah satu sekolah rendah itu menghampirinya. Mereka berdiri di belakangnya. Dia berhenti berbual dengan ikan-ikan di dalam kolam itu. Dia alihkan pandangan ke arah pantulan bayang-bayang wajah mereka di dalam air kolam.

"Duit." Hanya satu perkataan sahaja disebut oleh salah seorang daripada mereka.

Tanpa menunggu lama. Dia mengeluarkan sejumlah wang RM5 dan serahkan kepada mereka tanpa banyak tanya kerana semua itu perkara biasa bagi dirinya. Pelajar perempuan yang berlagak seperti ketua dalam kumpulan itu terus merampas wang tersebut dan simpan dalam poket baju kurungnya. Mereka kemudiannya pergi dari situ.

Pada masa yang sama, seorang lelaki sedang memerhati kejadian itu sejak awal lagi di sebalik dinding koperasi sekolah. Dia ialah seorang pengawas koperasi yang berusia lima tahun lagi tua dari pelajar perempuan di kolam itu.

"Kenapa dia hari-hari macam tu? Dia sepatutnya mengadu kepada cikgu. Aku pula... Sampai bila nak berdiam diri. Aku patut beritahu cikgu." Katanya perlahan.

"Beritahu apa?" Soal seseorang bersuara garau di sebelahnya.

Dia terkejut. "Cikgu Disiplin?"

"Ya, saya."

"Apa cikgu buat di sini?"

"Saya cari Cikgu Koperasi tadi. Cepat betul dia hilang lepas akan dekat kantin. Ni nak pulangkan duit baki makanan yang dia belanja dekat kantin tadi." Wang tersebut dimasukkan ke dalam poket baju kemeja pelajar lelaki itu.

"Nanti beri kepada dia. Haih, susah betul nak jumpa dia. Cepat betul lesap. Ninja."

Pelajar lelaki itu ketawa perlahan. "Cikgu fikir apa yang saya fikir."

Cikgu Disiplin turut ketawa. "Jangan lupa pula. Amanah tu."

"Ya, cikgu."

"Luqman, tadi apa yang kamu maksudkan?"

"Eh?"

"Yang tadi la. Yang kamu membebel tu. Nak mengadu dekat cikgu." Cikgu Disiplin tenung mata pelajar lelaki itu.

"Itu... Sebenarnya..."


*****

Lima orang pelajar perempuan yang selalu memintang wang kepada pelajar perempuan yang sering berada di kolam telah dijatuhkan hukuman gantung persekolahan kerana terlibat dalam kes buli. Mereka berlima mengesyaki bahawa mangsa yang mengadu kepada cikgu.

Pada waktu petang, lima orang pelajar perempuan itu pergi ke rumah mangsa mereka. Mereka tahu, dia sentiasa sendirian di dalam rumahnya. Selepas pulang dari sekolah kerana ibu bapanya bekerja sehingga petang.

"Assalammualaikum. Rasyidah~ Ooo~ Rasyidah. Kami datang nak ajak bermain." Kata mereka serentak di hadapan pintu.

Rasyidah segera membuka pintu rumahnya. Dia berdiri di hadapan pintu tanpa menunjukkan perasaan. Ini juga pertama kali dia menerima kunjungan daripada rakan satu sekolah dengannya.

Tanpa menunggu lama. Mereka menyerbu masuk ke dalam rumah Rasyidah dan menolakknya masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dikunci. Salah seorang daripada mereka yang kelihatan seperti ketua kumpulan itu menarik rambut Rasyidah. Rasyidah menjerit.

"Kau yang mengadu dekat cikgu semua ni kan?"

"Tak. Bukan saya."

"Tipu!"Kata seorang lagi seraya menumbuk perut Rasyidah.


*****

Aku benci manusia. Aku benci manusia yang tiada perasaan kemanusiaan. Semua sama sahaja dengan binatang. Hati aku sakit. Sangat sakit. Hati aku terluka. Jiwa aku sakit semuanya kerana mereka. Aku bukan seperti mereka. Aku ialah diriku. Diri yang tidak sukakan manusia yang durjana.

I can love someone I love but I can't love someone I hate. I have no name but I have a pure heart. I have no feeling but I like to storytelling. I like black colour but I very love blood colour. WHO AM I?


KOD NAMA DAN NAMA

Black Knight - Zain

King - Auz

Zero - Zaki

Bear - Ray

Hacker - Kamal

Rose - Puteri

Unwanted - Louis

Jocker - Danish

Fate - Irsyad

Hyper - Jack

Frozen - Khan

Nature - Raihana

Stone - Sherry




PERSONALITI : AKU BUKAN DIRIKUWhere stories live. Discover now