DIARI 1

75 7 0
                                    

12 JUN 2016, AHAD

Cuaca : Malam

Kepada : Diariku

Daripada : Rash


Aku sangat bosan. Aku tak tahu nak buat apa pada hari ini tetapi sejak akhir-akhir ini aku sering mendengar suara suara seorang lelaki dalam minda aku. Entah suara siapa. Aku tidak pernah dengar suara itu sebelum ini. Semua ini berlaku selepas kejadian di sebuah hutan ketika waktu perkhemahan seminggu yang lalu.

Tepat jam 9:00 malam, aku dan sekumpulan pelajar tingkatan enam atas bersama-sama lima orang guru menjalankan aktiviti pada waktu malam iaitu mencari pasangan yang hilang. Semamangnya mereka disorok oleh beberapa orang guru yang terlibat. Setiap orang mempunyai tali yang berbeza warna. Setiap pelajar perlu mencari pasangan yang hilang mengikut warna tali mereka miliki.

Aku berjalan sendirian di dalam hutan selepas ditinggalkan oleh ahli kumpulan sendiri. Setiap kumpulan memiliki lima orang ahli yang terdiri daripada warna tali merah, biru, hijau, kuning dan putih. Namun, hanya aku yang ketinggalan di belakang.

Siapalah diri ini. Hanya manusia yang lemah dan sering dipulaukan. Aku tiada kawan.

Aku meneruskan misi aku untuk mencari pasangan yang hilang. Aku berjalan sendirian berbekalkan lampu suluh dan air mineral pada tangan. Aku sendiri tidak tahu ke mana hala tuju aku kerana hutan ini sangat gelap.

Tanpa aku jangka, seseorang memegang bahu aku. Aku terkaku kerana terkejut. Dia sedang menghidu-hidu aku. Kemudiannya, dia peluk tubuh aku. Aku mahu menjerit tetapi mulut aku ditutup. Aku memijak kakinya sekuat hati. Pelukan pada tubuh aku terlepas. Aku segera melarikan diri sepantas yang boleh.

"Jangan lari!" Lelaki itu menjerit sambil mengejar aku.

Aku pula jatuh terterap akibat tersepak akar pokok yang timbul dari dalam tanah. Aku paksa kaki aku untuk berdiri tetapi tidak berkesempatan kerana lelaki itu menerkam aku terlebih dahulu. Dia menggenggam kedua-dua tangan aku kuat-kuat. Aku menjerit dan meronta-ronta.

Dia sangat kuat. Aku tidak mampu untuk melawannya. Aku hanya manusia yang lemah. Kenapa aku lemah? Aku tak nak diri aku hancur di sini. Aku tak mahu maruah aku rosak.

"Sesiapa, tolonglah aku. Aku tak kuat."

Aku panik. Ketakutan. Pakaian aku juga sedang dibuka ketika itu. Aku tidak mampu lagi untuk menjerit. Suara aku bagaikan sudah hilang. Pandangan aku juga semakin kabur. Nafas aku bagaikan terhenti. Perlahan-lahan mata aku terpejam.

"Aku tak akan benarkan manusia haiwan seperti ibu ambil kehidupan kau. Aku akan lindungi kau."

Suara itu pertama kali aku dengar sejak hari itu. Selepas aku dengar suara itu. Aku tidak tahu apa yang sudah terjadi. Perkara yang aku pasti ialah aku berada di hospital. Pada masa itu pihak polis juga berada di wad di mana aku berada. Dia tanya banyak soalan. Aku menjelaskan segalanya.

Perkara yang mengejutkan aku ialah polis mengatakan bahawa aku telah membunuhnya di dalam hutan. Namun, mereka tidak menyalahkan aku kerana melawan untuk mempertahankan diri. Lelaki itu juga dikenali sebagai seorang banduan yang terlepaas beberapa hari sebelum kejadian ketika pihak polis mahu membawanya ke balai.

Tetapi benarkah aku yang membunuhnya? Aku tak rasa aku yang lakukannya kerana ketika itu aku sudah pengsan. Aku lemah. Aku bunuh dia? Mustahil.

Entah kenapa kata-kata seorang lelaki yang aku dengar pada malam ini bermain dalam minda aku. "Aku tak akan benarkan manusia haiwan seperti ibu ambil kehidupan kau. Aku akan lindungi kau."

Siapakah dia?




PERSONALITI : AKU BUKAN DIRIKUWhere stories live. Discover now