6

63 9 0
                                    

"Kenapalah cuai sangat ?! Aduhai~" Syaira menggelengkan kepala dan memicit-micit kepalanya yang hampir mahu meletop.

Syaira letak iPhone miliknya atas meja sambil berdiri di tepi meja ruangan utama butiknya. Dia mendengus geram. Sangat-sangat !

Mana tidak marahnya. Dia baru sahaja dapat panggilan telefon daripada pembantunya, Mya. Kata Maya, dia on the way balik ke AS Boutique untuk mengambil reben tangan dan tali pinggan. Sudahlah barang yang paling penting untuk pakaian pengantin untuk sesi fotografi, bergambar.

'Aksesori penting seperti itu Mya boleh lupa ? Apa nak jadi kalau semua aksesori tidak lengkap pada pakaian pengantin nanti ? Bukannya tidak pernah buat kerja sebigini, malah selalu !' bebel Syaira di dalam hati. Tapi dia memaafkan kesalahan Maya yang cuai itu kerana ini first time. Selepas ini, berlaku kes yang sama, potong gaji !

Syaira bukan apa. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain atas kecuaian pihaknya sendiri. Dia juga tidak mahu agensi fotografi terpaksa menunggu lama untuk sesi bergambar pre-wedding ini. Mesti orang dekat sana sudah mengamuk ! Habislah !

"Ish aku tak mahu diaorang mengamuk ! Habis reputasi butik aku." Lantas iPhone miliknya diambil dan mendail nombor telefon Mya. Lambat sangat ! Bukannya suruh jalan kaki pun.

"Hello Mya ! Awak balik ke butik terus. Tidak perlu ulang-alik dari butik ke sana. Buat orang di sana menunggu lama sahaja. Biar saya yang hantar sendiri ke sana ya. Okay, bye !" terus dia mematikan panggilan tanpa menunggu balasan daripada Mya. Walaupun sepatah perkataan.

Tanpa melengahkan masa, Syaira mengangkat kotak sederhana besar yang mengandungi aksesori-aksesori tersebut. Dia tidak mengambil handbagnya sekali kerana tidak terfikir di kepala otaknya untuk mengambil handbagnya. iPhone dan duitnya sahaja yang dibawa. dia bergegas ke kereta Mini Cooper miliknya kerana mahu cepat sampai ke sana !

**🌸**

Syaira tidak kisah tentang mahu kena saman ke apa. Dia nak cepat punya pasal, semua lampu isyarat dilanggarnya. Tunggu sajalah surat saman depan rumah ya ! Selepas 20 minit pemanduan tidak berhemahnya, akhirnya dia sampai di Taman Tasik Perdana. Alhamdulillah !

Syaira melangkah dengan cepat. Sempat juga dia melihat beberapa orang kru fotografi sedang menyediakan kelengkapan untuk sesi bergambar sebentar lagi. Ada juga yang sedang baring-baring di bawah pohon yang renek. Letih agaknya menunggu.

Tanpa mempedulikan lagi kerja-kerja yang dilakukan, dia terus bergegas menuju ke arah pengantin yang sudah siap dengan gaun pengantin miliknya. Jelas sekali riak mukanya yang resah gelisah. Mana tidaknya, menunggu hampir 1 jam.

"Alhamdulillah. Finally you're here ! I'll crying dho if photoshoot ini tidak jadi !" Reena, pengantin perempuan itu berasa amat lega melihat kemunculan Syaira. Begitu juga dengan suaminya, Danish. Jelas air muka kelegaan terpancar di wajah pasangan pengantin.

"I'm really, really, really sorry ! I'm sorry for this stupid mistake ! I'll make sure you look so gorgous in this dress." Syaira benar menunjukkan rasa serba salahnya. "Harap-harap. Ok cepat, Aira. I can't wait anymore !" Reena menarik nafas dan menghembus nafas lega.

Syaira terus memakaikan tali pinggang pada pinggang gaun merah jambu kembang itu. Riben tangan juga dipakaikan di pergelangan tangan Reena dan beberapa aksesori yang menarik ditambahkan di rambut Reena. Syaira memperbetulkan lapisan gaun pengantin tersebut agar nampak lebih beralun. Pakaian yang tersarung pada Danish juga turut diperkemas.

Me Love You Where stories live. Discover now