Bab 50

2.5K 55 5
                                    

MUNDAR MANDIR Salfina di ruang tamu bilik hotel. Dia sudah mati akal nak menyelesaikan satu persatu masalah yang melanda. Sudahlah dia disingkir dari jawatan CEO, imejnya juga sudah tercalar gara-gara kecurangannya jadi muka depan tabloid tak guna tu! Semalam, dia baru saja terima dokumen penceraian dari suaminya.

Ini tak boleh jadi!

Salfina masuk ke dalam bilik. Beg tangannya dicapai lalu berjalan keluar. Dia kena bersemuka dengan bapa saudaranya. Hanya Tan Sri yang boleh selesaikan semua kekusutan ini.

Sebaik pintu dibuka, sekujur tubuh terlentang masuk ke dalam. Salfina menjerit terkejut. Tubuh anaknya, Kaira dengan berpakaian dres jarang rona hitam seperti tidak bernyawa. Namun, belum sempat Salfina membongkok untuk menyentuh tubuh itu, Kaira mengeluarkan suara.

"Waiter, gef mm 'other glass. Keep ef com." Kata yang keluar dari mulut Kaira seperti anak kecil baru belajar bercakap tapi gelagatnya langsung tak comel di mata Salfina. Wanita itu mendengus kuat.

"You've got to be kidding me! Mama punyalah pening kepala fikirkan masalah kita, you boleh balik mabuk macam ni. Ada anak pun tau menyusahkan je!" ujar Salfina sambil menarik kedua belah tangan Kaira dan mengheret tubuh itu masuk ke dalam bilik.

"Huh, penat!" getusnya. Tubuh Kaira dibiarkan terlentang di atas lantai. Tak kuasa dia nak baringkan atas katil.

Dia kembali ke pintu dan keluar. Langkahnya dihayun ke bahagian lif. Salfina lihat pintu lif sudah terbuka dari jauh. Dia mempercepatkan langkah namun sebaik matanya menangkap wajah-wajah yang keluar dari dalam lif, tubuhnya kaku. Dia kenal mereka. Tiga daripada mereka adalah pelabur dalam projeknya. Dua lagi adalah pengutip hutang.

Salfina mengundur langkah dan bergegas ke arah pintu kecemasan. Dia berlari menuruni tangga dari tingkat 7. Sesekali dia hampir terpelecok kerana berlari turun tangga dengan berkasut tumit tinggi. Sampai di tingkat 4, dia sudah keletihan. Langkahnya diperlahankan. Tak semena dia tersalah memijak anak tangga lalu terdengarlah jeritan yang kuat sambil tubuh itu bergolek jatuh tangga. Suara jeritan itu menarik perhatian Hafiz Aiman yang secara kebetulan lalu di situ.

"Puan. Puan tak apa-apa?" Hafiz bertanya sambil cuba menolong memapah tubuh Salfina.

Salfina hanya mengerang sakit.

"Saya bawa Puan pergi hospital."

"Tak payah. You bawa I pergi jumpa Tan Sri Muzaffar."

"Tan Sri Muzaffar?"

"Ye. Cepat sikit. Ada orang nak bunuh I!"

Hafiz agak terkejut namun hanya menurut. Dia memapah wanita itu sehingga ke keretanya.

Dalam keliru, dia memandu menuju kediaman datuknya. Sesekali dia menoleh pada Salfina. Akhirnya, barulah dia dapat mengenali wajah itu. Salfina anak saudara datuknya. Jadi, Salfina sepupu dengan ibu. Maksudnya, Salfina pangkat ibu saudara. Aneh pula rasa. Melihat wanita itu, dia yakin Salfina tidak tahu pertalian darah antara mereka. Patutkah dia buka mulut? Ah, tak perlulah. Biar atuk sendiri yang bagitahu. Mungkin itu lebih baik, putusnya.

Mereka tiba di kediaman pengasas Muzza Holdings lebih kurang 20 minit kemudian. Tanpa sebarang ucapan terima kasih, Salfina keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah tersebut. Hafiz yang diluar sedang mencongak fikiran sendiri.

Kalau tak salah, ibu saudaranya cakap ada orang nak bunuh dia. Ini dah kira hal keluarga. Perlu dia ambil tahu tapi ibu saudaranya itu belum tahu tentang kewujudannya. Lebih kurang 5 minit fikir itu ini, akhirnya Hafiz meneruskan panduan ke dalam kawasan banglo itu.

Di Bawah Payung CintaWhere stories live. Discover now