Telinga Jinyoung menangkap bunyi yang bising dari luar biliknya membuatkan dia marah. Dia cuba menutup telinganya semahunya supaya dia tak dengar lagi bunyi itu. Dia perlukan tidur lagi. Pintu biliknya dibuka membuatkan dia semakin marah.
" Korang boleh senya– "
Belum sempat dia memarahi orang yang mengganggunya itu, Sehun terlebih dahulu menampar pipinya membuatkan dia terdiam. Dia baru bangun dan dia terus ditampar ? Dia keliru sekarang ni. Rasa marah lebih besar daripada rasa sakit sekarang ni. " Kau ke– "
" Taeyang hilang kau tahu tak ?! Kau dengar tak aku cakap ni ?! Dia hilang ! " Sehun menarik kolar bajunya menyebabkan dia terbangun dari baringannya. Otaknya masih lagi cuba untuk memproses segala yang lelaki itu sampaikan kepadanya. Matanya memandang ke arah katil yang kosong itu. Dia tidur seorang diri ?
" Kalau kau tak suka dia, cakap dengan aku. AKU DAH PESAN DENGAN KAU, JAGA DIA ELOK-ELOK. Memang salah aku lepaskan Taeyang pada orang macam kau. Selfish. "
Jinyoung yang masih mamai itu menampar-nampar pipi sendiri supaya matanya jadi segar. " SERIUSLAH HILANG ?! DIA DENGAN SIAPA SEBELUM NI ?! " Sehun memandang tajam ke arah Jinyoung. Dada lelaki itu turun naik menahan kemarahannya.
" Dia. Dengan. Kau. "
Sepatah-sepatah Sehun sebutkan untuk Jinyoung. Kalau tak faham tak tahulah. " Aku call dia tak angkat. Ni semua salah kau ! " Sehun masih dengan pendiriannya yang Jinyoung pesalah utama. Siapa lagi dia mahu salahkan selain lelaki itu ?
" KALAU APA-APA JADI PADA DIA, KAU YANG BERTANGGUNGJAWAB ! "
Jinyoung tiba-tiba ke arah begnya lalu menggeledah beg itu. Sah ! Taeyang sudah mengambil telefonnya kembali. Sebelum ini Jinyoung yang menyimpan telefon milik Taeyang supaya dia tidak bermain telefon itu.
Matanya dapat menangkap satu kertas kuning yang berada dalam begnya.
bye
Ringkas tapi membawa maksud yang mendalam. Salah dia ke mengabaikan luahan hati Taeyang semalam ? Kau dah buat salah besar Jinyoung.
YOU ARE READING
KS: Fake Boyfriend »Park Jinyoung« ✔
Fanfiction❝ Please- ❞ Start : 25/03/2020 End : 19/05/2020 beautiful cover by @almondpepers