Bab 3

25.7K 1.2K 53
                                    

Arisya menangis sambil memeluk lutut di penjuru kamar biliknya. Dia memandang keadaan biliknya yang berselerak macam dilanda garuda. Pasu bunga berisi kuntuman mekar bunga lily pecah berderai.

" Umi! Sakit umi! Sakit sangat umi.. hiskk.. Kenapa umi dengan abah buat Risy macam ni... " rintih suara itu tersedu-sedan.

" Risy! Bukak pintu ni! " kedengaran suara Nadira dari luar kamarnya. Arisya menggelengkan kepala.

" Tak nak Nad, aku nak bersendirian. Jangan kacau aku! " laung Arisya dengan suara parau.

" Bukalah Risy! Aku tak nak kau bahayakan diri sendiri. " pujuk Nadira lembut. Sudah lama dia tak melihat diri Arisya yang ini.

" Dahlah Nad, jangan kacau aku!" Arisya bangun menuju ke bilik air.

Air shower dibuka deras, membasahi dirinya yang lengkap berpakaian. Arisya menangis sendirian. Sampai bila dia nak anak tirikan? Dia juga ada hati dan perasaan! Dia juga mahu perhatian dari umi dan abah. Sejak dulu lagi dia diabaikan.

Dia terasa disisih, mungkin bagi orang laim dia mengada. Attention seeker, dia peduli apa! Sebab dari dulu lagi, keluarganya tak pernah beri perhatian pada dirinya. Yang dibanggakan Harris Haslan! Yang otak geliga semua Harraz Idlan! Arisya Delina pula? Keras kepala, degil, tak dengar cakap, kuat melawan!
Yang baik semua adik dan abangnya, yang pandai adik dan abangnya, yang pandai hormat orang tua adik dan abangnya. Arisya pula bertentangan dengan perangai adik dan abangnya. Ah sudahlah !

Arisya memandang cermin, buruk sangatkah akhlaknya? Tak layakkah dia mendapat sedikit perhatian dan kasih sayang keluarga? Arisya menendang cermin kecil yang sengaja dia turunkan ke lantai tadi. Cermin itu seolah-olah mengejek dirinya.
Dia terasa sangat dengan umi dan abah. Sanggup umi dan abah suruh dia kahwin dalam usia yang muda begini! Nampak sangat umi dengan abah nak lepaskan tanggungjawab dari menjaganya!

Arisya menangis lagi, peristiwa bertahun lama dahulu diulang tayang semula dalam kota ingatannya.

Arisya pulang dari sekolah, dia mahu menunjukkan keputusan peperiksaannya kepada umi dan abah. Keputusan yang sangat cemerlang! Buat pertama kalinya Arisya menduduki tempat pertama dalam kelas dan tempat ke lima dalam darjah! Sungguh dia tak sabar untuk menunjukkan keputusannya yang dirasakan sangat cemerlang.

Kasut sekolah dibuka dengan pantas, beg sekolah sudah dicampak ke atas sofa. Beria dia memanggil umi dan abahnya namun tiada sahutan.

Arisya mencari-cari kelibat umi dan abahnya sebelum dia terdengar suara abah berada di laman belakang rumah. Arisya mengintai di sebalik pintu belakang, baru sahaja dia ingin melompat membuat kejutan dia terdengar suara abah.

" Ris memang bijak, abah bangga betul dengan Ris! " Encik Azri memeluk tubuh anak lelakinya.

" Betul tu, umi bangga sangat dengan Ris. Apa kata malam ni kita makan dekat luar! Abah belanja! " kata Puan Asyikin mengusap kepala Harris Haslan yang tersenyum.

" Eh umi yang nak makan dekat luar abah pulak kena belanja? " Encik Azri ketawa diikuti Harris.

Arisya di balik pintu keluar ke laman. Encik Azri dan Puan Asyikin serta Harris terkejut.

" Eh dah balik dah? " umi tersenyum.

" Risy tengok ni Risy, abang Risy bijak sungguh! Dapat nombor satu dalam kelas, lepas tu dapat nombor satu dalam tingkatan! Umi bangga betul! " kata Puan Asyikin.

" Mi, Risy pun dapat nombor satu. " beritahu Arisya perlahan.

" Yelatu kamu dapat nombor satu, ke tukar sendiri! Hish kamu ni, kan abah dah suruh belajar bukannya main 24 jam. Cuba jadi macam abang kamu ni! " Encik Azri berlalu masuk ke dalam rumah.

" Tula main banyak lagi! " Puan Asyikin mengekori langkah Encik Azri. Harris memandang wajah mendung adiknya.

Arisya berlari naik ke bilik!

" ASYIK HARRIS! BENCI BETUL! " Arisya menjerit dengan bantal ditekup ke mulut. Kalau tak ditekup, mahunya singgah pengepit ketam abah dekat pahanya.

Beritahu dia, kanak-kanak mana yang tak terluka jika diperlakukan sebegitu? Walhal abah langsung tak tengok pun keputusan peperiksaannya.

Masih lagi terperangkap dalam kenangan lalu.

Arisya ketawa, masih bermain di rumah kawannya sambil ditemani Harris, abangnya.

Mereka bertiga main pasir dan bongkah-bongkah kayu untuk membina rumah hingga tidak sedar sudah hampir waktu senja. Harris memandang sekeliling, alamak dia sudah nampak kelibat kereta milik abah.

Harris terus berlari, meninggalkan adiknya yang masih riang bermain . Pantang betul abahnya jika mereka pulang ke rumah waktu Maghrib. Harris terus masuk ke rumah membasuh tangan dan membuka televisyen, berpura-pura tiada apa yang berlaku sehinggalah salam abah dan umi kedengaran diluar rumah.

Arisya masih ketawa melihat mukanya seperti momok akibat pasir yang melekat. Sedang seronok dia bermain kedengaran namanya dipanggil Harris. Harris menarik tangan adiknya untuk balik ke rumah.

Di muka pintu rumah, Arisya memandang keliru. Abah sudah bersiap sedia dengan rotan ditangan.

" Berapa kali abah pesan Arisya Delina! Abah cakap jangan balik sebelum Maghrib kan! Degil betul kamu ni! Masuk cepat! Masuk cepat Arisya! " Arisya terketar-ketar melangkah. Melintas sahaja di hadapan abah, betis dan pahanya dihinggapi rotan puaka abah. Pedih terasa seluruh kulit.

" Ahhh sakit abah sakit! " Arisya menangis. Rotan Encik Azri hinggap lagi.

" Berapa kali abah pesan! Balik sebelum apa! Maghrib kan! Ni sebab kamu tak dengar pesan abah. Cuba tengok sekarang jam pukul berapa! Pukul berapa sekarang Arisya! " Encik Azri masih melibas anaknya dengan rotan.

" Pukul 8:15 abah.. sakit... " terketar-ketar suara itu menutur kata.

" Hah tahu pun pukul 8 lebih! Aku pesan apa! Selalu aku pesan apa! " tengking Encik Azri lagi.

" Balik.. sebelum Maghrib.. " suara kecil itu menjawab sambil tangan sudah menghalang libasan kuat abahnya.

" Tahu pun! Dah naik pergi mandi lepas tu solat! " Encik Azri memegang rotan, berhenti dari melibas.

Mencicit Arisya lari naik ke atas dengan paha dan betis yang terasa sakit sudahlah dia hanya mengenakan seluar pendek sahaja.

Arisya duduk di birai katil, memandang lengannya dan kaki yang berbekas tanda libasan rotan puaka Encik Azri. Arisya menangis.

Bukan dia main seorang diri, Harris juga ada sewaktu itu tapi sebab Harris boleh agak bila abah balik dan berlari balik dulu pura-pura tidak tahu, dia yang kena. Sungguh tak adil!

Kenangan lama itu sungguh meninggalkan kesan buat dirinya. Arisya masih menangis sehingga dia tidak dunianya semakin kelam dan Arisya terkulai lemah di dalam bilik mandi yang dikunci. Ya Allah!

***

Razif memandang cincin pertunangannya dengan gadis yang dia tak pernah kenal. Minggu depan dia akan menjadi tunangan orang. Entah perempuan mana entah yang menjadi pilihan atuknya.

Razif duduk di tepi kolam rumahnya. Dia baru teringat gambar perempuan itu, atuknya memberikan gambar itu kepadanya. Razif menelek gambar yang terpampang wajah seorang perempuan manis sahaja tersenyum.

Razif terkejut, dia kenal sangat wajah ini. Ini Arisya Delina! Classmate nya sewaktu tingkatan lima.

Razif senyum sinis. Dia takkan jatuh cinta dengan perempuan ni. Dia memang suka mengusik gadis ini dahulu, selalu juga mereka berbalas jelingan.

" Let's not fall in love, Arisya Delina. " tutur Razif yakin dan datar sebelum dia tersenyum senget dan melepaskan sebuah keluhan.

Old memories with same pains everytime I recall it.

***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now