Part 43

3.1K 158 3
                                    

Harini kau dengan Chanyeol pergi ke majlis perkahwinan kawan kau , Ara . Selesai majlis kau dengan kawan-kawan kau berkumpul di meja makan , while Chanyeol dengan member dia ah .

"Tempat wedding kau ni jauh sangat ah"

Hyerin merungut . Kau yang tengah minum air pantas menganggukkan kepala .

"Hahahah . Dah rumah aku kat sini , so wedding aku pun kena kat sini ah . Baiknya semua chingu aku ni sebab sanggup datang wedding aku"

Kau dengan kawan-kawan kau kembang tak cukup tanah dah bila kena puji dengan ara . Kau diam je masa kawan-kawan kau berborak . Malas nak cakap sebab kau rasa tak sedap badan .

"Hoi Minyoung ! Pehal diam je ni"

Soal Hyemin . Semua mata kawan-kawan kau terarah dekat kau . Kau hanya menggeleng . Jira pun bangun dan pergi ke meja makan dimana exo berkumpul .

"Chanyeol . Bini kau"

Kata Jira ringkas . Chanyeol hanya mengangkat keningnya .

"Kenapa dengan Minyoung?"

"Entah dia . Dari tadi senyap . Muka dia pun pucat semacam"

Dengar je apa yang Jira cakap lantas Chanyeol pergi ke arah meja kau .

"Minyoung ah ~ kwaenchana?"

Kau hanya menggeleng . Mata kau dah berair . Kawan-kawan kau semua dah panik sebab tengok keadaan kau yang lemah semacam .

"Eh Chanyeol , kau bawak lah Minyoung balik hotel . Korang tidur hotel kan ?"

Soal Sungrin . Chanyeol hanya mengangguk dan lantas mendukung tubuh kecil kau menuju ke kereta .

Sampai je dekat hotel, Chanyeol baringkan kau dekat katil . Selimut di tarik hingga ke paras dada . Chanyeol makin risau tengok keadaan kau, lantas belakang tapak tangannya diletakkan di dahi kau . Panas !

"Minyoung ah ~ Awak demam . Nak jumpa doktor ?"

Soal Chanyeol lembut . Kau hanya menggeleng dan menarik selimut untuk selubungkan diri kau . Tetibe air mata kau mengalir . Lantas Chanyeol mengelap dan berlari ke dapur untuk membasahkan tuala untuk diletakkan dekat dahi kau . Aircond yang terpasang , ditutup . Chanyeol mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon doktor .

Chanyeol hanya duduk diam dekat sudut bilik apabila doktor sedang merawat kau . Doktor tersebut datang ke arah Chanyeol .

"Doktor, wife saya kenapa ?"

Doktor tu hanya senyum bila tengok muka chanyeol yang dah macam cuak semacam .

"Ni simptom-simptom orang mengandung"

"Mwo?!"

Doktor tu hanya mengangguk dan meminta diri untuk pulang .

Dalam pukul 5 petang tu kau terbangun dari tidur . Kau duduk dan buat regangan kecil . Mata kau melilau cari kelibat Chanyeol then kau nampak Chanyeol tengah lambai tangan dari dapur . kau nak turun dari katil tetibe chanyeol bersuara .

"Aip ! Duduk dekat katil tu diam-diam"

"Kenapa pulak ? Biar ah orang nak turun ke apa"

Chanyeol terus lari ke arah kau .

"Duduk diam je boleh tak ?"

"Tak"

"Oppa kata duduk sini diam-diam"

"Taknak"

"Biar jelah oppa masak kat dapur tu, awak tak payah duduk kat dapur tu"

"Bila masa saya kata saya nak pergi dapur ?"

Soal kau yang sudah berdiri dekat atas katil . Kau tersenyum kecil sebab kau rasa yang kau lagi tinggi dari Chanyeol.

"Dah tu, yang nak turun dari katil ni nak pergi mana ?"

"orang nak gi tandas ah . Dah sana !"

Kau cuba untuk melompat tapi Chanyeol pegang tangan kau .

"Jangan jadi macam budak"

"Yelaa"

Kau pun duduk then turun dari katil . Chanyeol hanya menggelengkan kepalanya sambil tengok kau yang sedang berjalan menuju ke toilet .

"Fuyoo ! oppa masak stu ayam !"

Bersinar mata kau bila nampak pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja .

"Eh ! stu ayam tu untuk oppa . Sayang kena makan ni"

Chanyeol meletakkan semangkuk bubur depan kau .

-_-

"sayang tu demam dan ada something yang perlu dijaga so kena makan tu"

Berkerut dahi kau bila dengar perkataan 'something yang perlu dijaga' .

"Oppa. Kalau saya nak letak kuah stu ayam tu dalam bubur ni boleh? alaa, sikit je. sikiiiittt je"

-_-

selesai makan kau hanya duduk diam tengok tv . Layan running man dengan chanyeol .

Tetibe kau pergi pergi ke tandas .

"huwargghhh !"

Kau menjerit . Chanyeol yang tengah gelak macam orang gila terus lari ke tandas mendapatkan kau .

"Minyoung ? Minyoung ! bukak pintu ni !"

--------------------------

Sorry lambat update >< jeongmal mianhaeyo ~ Lepas raya saya busy . Ikutkan saya update minggu lepas, tapi minggu lepas saya pergi kem sampai sabtu dan tak cukup masa nak update . Nasib baik harini ada masa free nak publish new part . Jeongmal mianhaeyo ㅠ.ㅠ

Unexpected Marriage [Chanyeol Fanfic]Where stories live. Discover now