Bab 21

1K 35 0
                                    

Debu-debu jalanan berterbangan. Zarah halusnya berwarna putih itu cukup untuk menyesakkan dada. Jalan yang tidak berturap jauh dari laluan utama mengoncangkan kenderaan bermotor itu. Walaupun begitu, keazaman seorang lelaki ini untuk menempuhi segala liku perjalanan ke kampung halaman cinta hatinya tidak mampu untuk menghalangnya.

Setelah mengharungi pernerbangan melintasi sempadan, Agung masih tekad. Destinasinya hanyalah Dewi Citra.

Desa Pitusunggu merupakan sebuah perkampungan petani yang jauh dari kesibukkan kota Jakarta. Tumpuannya tidak teralih walaupun dijamu dengan panorama alam sungguh indah.

Hampir 3 jam melalui laluan tidak berturap barulah Agung diberitahu bahawa dia sudah tiba di rumah Dewi.

Mata Agung tertala pada tiga orang budak, masing-masing dalam lingkungan 10-15 tahun, yang berdiri memandang ke arahnya. Agung tahu budak-budak itu mungkin adalah adik-adik Dewi yang diamanahkan.

"Didiq! Marwan! Arman!... ayuh datang ke sini!" kedengaran jeritan Dewi dari dalam rumah papan yang agak usang dan reput itu.

"Kakak! Ada orang datang!" jerit balas budak yang paling kecil, dalam bahasa indonesia.

Bergegas Dewi keluar dari rumah. Terkejut bukan kepalang apabila lelaki yang tidak disangka-sangka itu tercongok di hadapan rumahnya.

"Agung?"

Suasana waktu malam di kawasan itu sangat dingin. Ketiga-tiga adik lelaki Dewi sudah nyenyak diulit mimpi. Agung mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di rumah Dewi kerana sudah tak ada tempat menginap yang lain.

Rumah papan bersyelek tona coklat gelap itu hanya disinari cahaya lampu pijar yang malap. Itupun hanya dua buah yang menerangi di bahagian dapur dan tengah-tengah rumah. Keadaan kampung itu pun sangat sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali terdengar bunyi kelawar mendicit-dicit di hujung bumbung. Agung masih kurang percaya bahawa beginilah kehidupan Dewi yang sebenar. Dari mana datangnya gadis itu.

"Kamu boleh guna selimut ini." Katanya kepada Agung yang terlentang di atas pelantar kayu usang terletak di ruang tamu.

Agung meletak selimut itu ke sisi. Dia memandang Dewi tanpa beralih pandang. Dewi sedikit lain daripada Dewi yang dia kenal sebelum ini. Di sebalik jiwa emansipasis yang ditunjukkan oleh Dewi semasa berada di Kuala Lumpur, rupa-rupanya ini Dewi yang sebenar. Agung dapat merasakan kesederhanaan kehidupan Dewi sekarang. Tiada lagi kelab malam. Tiada lagi hujan duit yang dilimpahi dari golongan berpangkat dan berduit.

Walau bagaimanapun, pada mata Agung, Dewi tetap kelihatan cantik walaupun dia tidak lagi memakai pakaian-pakaian yang mewah dan cantik serta seksi.

"Aku boleh tampung hidup hingga hujung tahun ini saja. Ini semua duit seorang datuk yang bagi kepadaku semasa di Malaysia." Akui Dewi jujur. Dia tidak pedulikan lagi sama ada Agung dapat terima atau tidak.

"Selepas itu?"

"Aku akan bekerja di kelab semula di bandar Bandung sementara menunggu keputusan untuk mendapatkan kontrak sebagai pekerja kilang kasut di Cibaduyut. Adik aku, Arman juga sudah berkerja di lesehan dan penyanyi dendangan. Itu saja yang boleh tampung kami buat masa sekarang. Kami hanya fokuskan Didiq untuk bersekolah."

"Kahwin saja dengan aku Dewi."

Dewi menyentak almari. "Sudah aku bilang Agung! Jangan dicuba-cuba lagi! Aku tak akan ke mana-mana... mengerti!?"

Agung sedikit pun tidak terkesan dengan Dewi radangan mengejut itu. Dia ia hanya tenang seperti biasa. Dia pun akui yang dia tidak memaksa orang yang dia sudah hancurkan hatinya.

You'll also like

          

"Bunda aku memesan kepadaku supaya menjaga keluargaku, Agung. Menjaga rumah ini. Mereka tiada sesiapa yang boleh diharapkan selain aku. Kami miskin Agung. Itulah sebabnya aku terpaksa melakukan hal-hal yang mendatangkan hasil lumayan. Aku sanggup. Aku sanggup demi keluarga ini. Itulah sebabnya apabila kamu sangkakan aku perempuan murahan, aku patah hati. Kamu langsung tidak mahu memahami apa yang aku hadapi. Sebalik terus menghukum aku."

"Aku minta maaf..." kata Dewi sebelum menghilang di dalam bilik tidurnya.

Agung terkebil-kebil dalam kesuraman ruang tamu itu. Dia merebahkan tubuhnya perlahan-lahan lalu pandangan tepat ke arah bumbung rumah itu. Agung melepaskan keluhan lembut. Nampaknya, hati keras Dewi ini sukar untuk dileburkan.

Pejam celik pejam celik, sudah empat hari Agung menumpang tinggal bersama Dewi. Sepanjang dia berada di situ, Agung sekali pun tidak rasa dirinya diundang. Kesemua adik-beradik Dewi langsung tidak menegurnya. Mungkin terlalu fikirkan perjalanan untuk teruskan hidup membuatkan mereka tidak berminat untuk bermesra.

Setiap pagi, Agung pasti akan terjaga dari lena apabila kedengaran suara keluarga kecil itu mulai sibuk. Sibuk untuk melaksanakan tugas masing-masing. Dewi sibuk menjalankan tugasnya menjaga rumah sebelum bersiap manakala dua orang adik lelaki pula akan ke kota untuk mencari peluang kerja untuk dibawa pulang.

Begitulah kehidupan sehari-hari Dewi dan adik beradiknya. Dewi pula, setiap kali Agung memujuknya, ada saja alasan untuk tidak bercakap mengenainya. Dewi enggan kembali kepadanya.

"Dewi, saya cintakan awak..." pujuk Agung dalam nada merayu. Sudah kehabisan cara untuk dia berkata. Dewi hanya menggelengkan kepala.

"Kita akan cakap lain kali saja Agung. Sekarang, aku perlu siapkan makanan tengah hari untuk Didiq." Kata Dewi menafikan keinginan Agung. Walaupun tidak pasti, Agung mengentalkan hatinya. Dia sanggup tunggu untuk Dewi mula berbicara soal hubungan tak pastinya ini.

Pada suatu pagi, selesai sahaja solat Subuh, Agung duduk di luar rumah. Sepatutnya dia kena pulang ke Malaysia pada petang nanti. Namun hasratnya ke sini, belum nampak hasilnya lagi. Belum mekar sepenuhnya. Dia tidak mahu pulang ke Malaysia dengan tangan kosong. Agung nekad untuk memenangi semula hati Dewi. Sekurang-kurang gadis itu mengakui hubungan hati mereka. Itu yang Agung mahu. Jadi, dia terpaksa tinggal di sini lagi untuk beberapa hari.

Suasana sunyi sekitar rumah. Kebanyakan orang mulai berkerja. Di daerah itu, setiap orang rajin berkerja. Tidak kira bagaimana keadaan mereka, mereka berkerja.

Sedang asyik Agung memandang sekeliling rumah, tiba-tiba ada seorang lelaki berumur dalam lingkungan 70-an lalu di hadapannya. Berpakaian lusuh dan bertopi hijau menunggang sebuah basikal jenis lama. Di belakangnya ada sebilah sabit yang tajam matanya. Dari gayanya, lelaki berumur itu seperti hendak ke kebun. Tanpa menghiraukan Agung memerhatinya, lelaki itu hanya berlalu pergi. Agung meneliti setiap gerak geri lelaki tua itu. Sungguh rajin walaupun usianya lanjut. Entah bagaimana, Agung terfikirkan sesuatu yang memungkinkan dia dapat membantu Dewi sekeluarga.

Dewi ada katakan yang dia mewarisi sebidang tanah di belakang rumah. Tidaklah seluas ladang mana, namun cukup untuk dijadikan sebuah kebun sayur. Cumanya, Dewi tidak mempunyai pengetahuan dalam bercucuk tanam. Pernah juga dia cuba berkebun, namun semua rosak dan tidak berhasil.

Memikirkan itu, Agung tersenyum lebar sambil tangannya memetik jari. Dia terus mendapatkan Dewi yang sedang menjemur kain di laman rumah.

"Dewi, saya ada idea untuk kamu sekeluarga. Tanpa bersusah payah macam ini lagi."

Dewi tidak mengendahkannya. "Flight kamu pulang Malaysia, hari ini kan? Mengapa kamu tidak berkemas-kemas lagi Agung?"

Berbahang wajah Agung mendengarnya. "Ya, saya akan balik Dewi. Tidak perlu mengusir saya macam ni. Tapi, sebelum aku balik, boleh aku cakap sesuatu dengan kamu?"

Dewi menggeleng-gelengkan kepala. "Apa dia yang kamu mahukan?"

"Boleh kamu tunjukkan aku ladang milik kamu?"

"Apa?"

Agung amat kagum dengan panorama ladang milik keluarga Dewi. Kawasannya lapang dan dikelilingi oleh bukit-bukau yang menghijau. Udaranya nyaman dan segar sahaja. Sungguh, Agung terasa hatinya dekat dengan aturan alam ini.

"Sekarang, apa yang kamu nak buat Agung?" Tanya Dewi masih tertanya-tanya apa yang menyebabkan Agung beria-ia untuk melihat kebunnya.

"Perfect Dewi. Perfect."

"Apa maksud kamu? Apa yang perfect?"

"Begini, saya fikirkan bagaimana kamu dirikan sebuah homestay di kebun kamu. Saya rasa kebun kamu cukup berpotensi untuk menjadi pusat peranginan." Terang Agung bersungguh-sungguh.

"Pusat peranginan? Maksud kamu, wisata?"

"Ya... wisata."

Lama Dewi cuba menghadam apa yang bermain di fikiran Agung. Tidak beberapa lama, baru terkuntum senyuman.

"Tapi bagaimana?"

"Saya sudah agak kamu akan bertanyakan solan itu. Mari saya tunjukkan kamu dari mana untuk mulakan."

Agung mengajar Dewi dan adik-beradiknya tentang cara untuk mendirikan sebuah peranginan. Satu persatu, dari mendapatkan lesen, keizinan penduduk setempat, pengiraan kos dan modal dan proposal untuk membuat pinjaman. Berbekalkan pengetahuannya, Agung dapati cara untuk memulakan perniagaan ini hanya sedikit berbeza dengan permit di Malaysia.

Dalam mengajarkan Dewi untuk memulakan perniagaan itu dalam masa yang singkat, Agung mengambil kesempatan untuk mencuri perhatian Dewi. Bagai jinak-jinak merpati, Dewi seakan tahu cara untuk mengelak diri dari Agung.

"Terima kasih Agung kerana membuka jalan untuk aku lepaskan dari kemelut kewangan ini." Kata Dewi sambil berpeluk tubuh.

Agung tersenyum. "Aku buat semua ini bersebab Dewi. Jelas dan nyata, aku sayangkan kamu."

"Ya, aku tahu itu Agung. Dan aku tak minta pun. Andai benar aku cintakan kamu pun, tapi itu dulu. Sebelum ini."

"Jangan kamu cuba nak menafikan lagi Dewi. Aku tahu kamu cintakan aku juga bukan?"

"Yaya. Yaya yang cintakan kamu, Agung. Kamu sedarkah atau tidak?"

"Itu aku tahu. Tapi aku lebih cintakan kamu Dewi."

Dewi menghela nafas yang bersesak di dadanya. "Kalau kamu berada di tempat Yaya sekarang, aku rasa, kamu pun akan bengang, marah, bencikan aku juga. Tapi itulah, benda yang lepas... tak akan dapat dipulihkan semula. Dalam hubungan kita ini Agung, sebenarnya aku yang berwatakkan jahat. Aku khianati sahabat aku untuk mendapatkan cinta dia. Aku tak tahu bagaimana hendak inginku jelaskan. Namun, aku dapat merasakan kesakitan yang Yaya alami. Aku tipu dia, aku khianati dia. Aku yang aturkan semua ini kerana aku inginkan kamu Agung."

"Apa yang kamu lihat aku bersama dengan lelaki-lelaki itu. Sebenarnya lebih jijik dari apa yang kamu katakan kepadaku Agung."

Agung kaku mendengar pengakuan Dewi.

"Sedarlah Agung. SebenarnyaYaya... Suraya lebih cintakan kamu lebih dari aku, Agung. Pulanglah kepada diaAgung. Cintailah dia. Sayangilah dia. Kerana dia tercipta untuk kamu, Agung."    

Encik Hot vs Abang CoolWhere stories live. Discover now