Bab 15

98.2K 7.6K 1K
                                    

Aina mencelikkan matanya perlahan-lahan. Rasa seperti malas bangun dari katil bersaiz king yang empuk itu. Walaupun dia dan Darlene menetap di dalam bilik tamu, tetapi ianya langsung tidak menunjukkan seperti bilik tetamu. Kipas langsung tiada di dalam bilik itu. Pendingin hawa seperti di dalam pasaraya beli-belah. Almarinya sebesar bilik tidur mereka di rumah sewa mereka. Alangkah indahnya kalau....

"Selamat pagi anak dara. Memang nak tidur sampai esok ke ?", tegur Darlene yang sedang menonton televisyen di dalam bilik itu.

Perlahan-lahan Aina duduk dari baringnya. Darlene ditenung lama.

"Pukul berapa sekarang ?", tanya Aina yang sedang menggosok matanya. Huh ! Penuh tahi mata.

"Pukul 11 pagi dah. Kenapa ?", tanya Darlene kembali.

"Oh... 11 pa... Eh ?!!! Kita tak pergi kerja ke ?!!!", jerit Aina kuat. Matanya terbungkam luas.

"Kau tak payah nak gelabah sangatlah. Subuh pun tak bangun, nak acah pulak", kata Darlene dalam nada perli.

"Apa kaitan dengan subuh ? Aku tanya ni, kita tak pergi kerja ke ?", tanya Aina lagi.

"Tak. Subuh tadi masa aku pergi dapur, aku terserempak dengan sir Froy sekali. Dia kata kita tak payah pergi kerja. Katanya kita dalam bahaya lagi", terang Darlene.

"Yeke ? Bagusnya...", bisik Aina perlahan.

"Kau tak payah nak suka sangat lah. Happy ke dapat bahaya macam ni ?", tanya Darlene mendatar.

"Kan ada orang yang lindung kita", kata Aina mendatar. Tiba-tiba dia rasa bahagia apabila mendapat bos-bos yang jahat tetapi dalam masa yang sama adalah orang yang baik.

"Kau jangan nak perasan sangatlah. Pergi mandi sana ! Busuk kau tu sampai tingkat bawah pun boleh bau tahu tak ?!", kata Darlene sambil berdiri dari duduknya.

"Kecohlah kau. Kau nak pergi mana ?", tanya Aina kasar.

"Turun bawah", jawab Darlene.

"Ada siapa je kat bawah ?", tanya Aina sambil melangkah turun dari katil.

"Puan Avrin dengan Puan Erika dan anak-anak diorang", jawab Darlene.

"Yang lain mana ?", tanya Aina lagi.

"Pergi kerjalah. Kau ingat diorang tu macam kau ke ? Pemalas. Diorang tu gaji besar pun still gi kerja tahu tak ?", perli Darlene lagi.

"Bisinglah kau ni. Kerja asyik nak membebel je", kata Aina sebelum terus melangkah masuk ke dalam bilik air.

Darlene hanya melepaskan nafas panjang sebelum terus melangkah mahu ke pintu bilik. Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi ngauman kereta dari laman rumah.

Darlene terus melangkah ke arah koridor bilik itu sebelum perlahan-lahan dia membuka sliding door koridor itu.

Kelihatan sebuah Ferrari 455 telah elok terparkir di laman rumah. Rumah banglo itu cukup memenuhi gaya eropah yang tidak mempunyai garaj untuk meletakkan kereta malah hanya ada laman yang luas berbumbungkan bumbung lutsinar.

Mata Darlene masih tercari-cari empunya badan yang membawa kereta itu. Tiada bayang siapa-siapa.

"Siapa pulak yang balik ni ?", bisik Darlene sendirian.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now