2🍃

2.9K 354 10
                                    

Junghyun bersama rakan-rakannya sedang menuju ke kantin apabila waktu rehat sudah pun bermula. Sedang berborak rancak dengan rakannya tiba-tiba bunyi pembesar suara dibunyikan.

DNA....🔊

"Jeon Junghyun daripada kelas 6 Bangtan sila pergi ke bilik pengetua sekarang!"

Junghyun mendengar perkara itu hanya memejamkan matanya dan mula mengeluh kecil. Dia tahu ini mesti melibatkan adiknya Jeon Jungkook daripada kelas 1 Bangtan. Junghyun mula bangun dan mula pergi.

Rakannya semua tahu setiap kali pembesar suara itu dibunyikan mesti sahaja Junghyun akan dipanggil ke bilik pengetua disebabkan Jungkook.

Siapa yang sahaja tidak kenal Jungkook dengan Junghyun di sekolah. Mereka berdua merupakan anak kepada ceo yang terkaya di korea. Jeon's Company merupakan syarikat paling berjaya kerana dapat bersaing hebat dengan syarikat lain di luar negara.

Big Hit high school ini juga merupakan milik keluarga besar Jeon. Pengetua tersebut merupakan adik kepada ayah mereka. Cuma satu yang berbeza dengan sikap Jungkook dan juga Junghyun. Junghyun merupakan pelajar uang pandai dan disegani oleh orang ramai kerana sikapnya yang baik dan suka menolong orang.

Berbeza dengan Jungkook. Selalu mencari masalah dan suka bergaduh tetapi dia juga dikategorikan pelajar yang pandai. Sekolah ini khas untuk pelajar lelaki sahaja.

Junghyun menarik nafasnya lalu masuk ke dalam bilik pengetua. Dia melihat Jungkook sedang bersandar di dinding sambil memakai earphone. Tak lupa juga wajah Jungkook mempunyai lebam sedikit. Itu lah Jeon Jungkook adiknya sekarang. Junghyun hanya mengelengkan kepalanya pelan.

"Mari Junghyun masuk"

Junghyun mula masuk lalu menghampiri meja uncle Jeon. "Kamu tahu kan kenapa kamu datang sini Junghyun?"

Junghyun mengangguk faham.

"Dengar sini Junghyun, baru pagi tadi dia dah gaduh dengan budak baru yang baru masuk ke dalam kelas dia sebab budak tu tak nak dengar cakap dia. Budak tu cedera teruk sampai ibu bapa dia nak saman sekolah kita! Nasib baik uncle terangkan semuanya! ini dah kali keempat Junghyun! Uncle tak boleh tahan lagi dengan sikap adik kamu yang degil tu!"

Junghyun terdiam dan dia sempat melirik ke arah Jungkook.

Jungkook masih dengan dunianya. Ya dengar musik seperti tiada buat kesalahan besar. Degil dan tidak suka dengar nasihat.

"Sorry uncle!! tolong bagi peluang terakhir! sekali ini sahaja Hyun merayu dekat uncle. Tolong jangan beritahu appa. Kalau kali kelima Jungkook buat hal lagi baru uncle buat tindakan" Rayu Junghyun dan Uncle Jeon terpaksa bersetuju.

"Baiklah! bawa adik kamu tu keluar dari sini!Uncle tak faham kenapa sikap kamu berdua boleh berbeza"

Junghyun mengangguk faham dan Jungkook melihat perkara itu lalu keluar tanpa menunduk hormat kepada Uncle Jeon. Typikal Bad Boy sekolah Jeon Jungkook.

"Jungkook!!"

Junghyun memanggilnya tetapi Jungkook berbuat tidak dengar padahal musik langsung tak dibuka olehnya. Junghyun mula geram lalu menarik earphone yang dipakai oleh Jungkook dengan kasar sampai Jungkook sendiri rasa benggang.

"Ada apa hyung?!!!"

"Kook boleh tak dengar cakap? sampai bila kau nak macam ni?! lepas kau dibuang sekolah baru nak menyesal hah? jadi lah macam kawan baik kamu yang lain. Tak kesian dengan appa? kalau dia tahu perangai kau macam ni mesti appa kecewa" Kata Junghyun sambil menasihatkan adiknya Jungkook yang agak keras kepala ni.

Jungkook mendiamkan diri. Dia pun malas nak bertekak. "Hyung minta tolong sangat jangan buat hal lagi lepas ini. Demi kebaikan kamu kook. Petang ni jangan lupa ada majlis hari jadi omma" Mendengar hal itu buatkan Jungkook mula ketawa sinis.

[C] I'm not a Boy! + Jeon JungkookWhere stories live. Discover now