" Aku nak.. Kau hapuskan Alya. " Karlisa memberi arahan kepada orang suruhannya di telefon." Macam mana cara dia aku taknak tahu! Yang pastinya dia mati! "
" Kau buat aje lah! Nanti aku bayar! "
" Aku upah kau untuk bunuh dia bukan membebel dekat aku! "
" Eh kalau kau taknak tak ada masalah lah! Aku boleh uruskan sendiri! "
" Hah kalau betul kau nak duit, ikut lah arahan aku! "
" Kau tak payah nak ajar aku! Aku tahu lah nak uruskan! "
" Eh Ezzara mati bukan salah aku tau! Salah dia sendiri! Siapa yang suruh dia korbankan diri dia? Kalau tak kerana dia tu bodoh, dia masih hidup lah! "
" Dah-ii aku chaw dulu! Apa-ii nanti aku call kau balik. " Karlisa menamatkan perbualan. Sebaik sahaja dia memusing tubuhnya ke belakang, jantungnya terus bergerak laju.
" Eh..err..I..I..sya.. bu..buat..apa kat sini? " soal Karlisa dengan kalut.
" Ouh! Rupanya akak lah punca Kak Zara mati! Isya tak sangka akak sekejam ni! Sanggup buat apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. " ujar Isyahani kesal
" Isya.. Kak Lisa.. "
" Sanggup akak membunuh semata mata sebab nak dapatkan Abang Aydan.. Isya tak sangka manusia macam akak ni wujud! Sepatutnya orang macam akak ni tak patut dilahirkan sebagai manusia! " dada Isyahani turun naik menahan amarah.
" Akak kejam! Tak ada hati perut! Kak Zara perempuan yang baik! Dia tak patut mati atas tangan orang macam akak! " tambah Isyahani lagi.
" Isya! Sudah.. Cukup! Akak buat semua ni sebab akak sayangkan Abang Aydan! " Karlisa mulai bengang.
" Kalau akak sayang dia kenapa akak nak bunuh dia? " soal Isyahani. Mata merahnya merenung tepat wajah Karlisa meminta penjelasan. Karlisa terdiam.
" Kak Zara tu cuma mangsa keadaan je kan? Sasaran yang sebenarnya ialah Abang Aydan! Kak Zara korbankan diri dia sebab dia betul-ii sayangkan Abang Aydan! Cinta dia ikhlas! Bukan macam akak! " Isyahani menengking.
" Sebab akak taknak sesiapa pun dapat Aydan kalau akak tak dapat! Kalau akak tak dapat bersama dia, jangan harap orang lain dapat bahagia dengan dia! " ujar Karlisa dengan bengang.
" Itu bukan cinta akak! Itu obsesi! Isya akan bagitahu semua orang! " Isyahani mengetap bibir. Air mata turun berjuraian. Karlisa kalut. Isyahani yang ingin berlalu pergi ditegah. Lengan Isyahani ditarik.
" Eh! Kau sini! " Karlisa menolak Isyahani ke dinding. Rahang Isyahani dicengkam.
" Kau dengar sini baik-ii. Kau jangan sesekali berani nak bagitahu orang lain tentang hal ni eh.. Kalau kau bagitahu, aku tak akan teragak-agak nak bunuh kau dan semua family kau! Faham! " Kata Karlisa dengan tegas. Rahang Isyahani dilepaskan dengan kasar. Isyahani hanya mampu menangis. Dia tiada pilihan. Dia tidak mahu kehilangan ahli keluarganya. Karlisa terus berlalu dari situ sambil tersenyum sinis.
" Kak Zara.. " Isyahani terduduk di situ. Air matanya turun membasahi pipi.
~•~
" Aydan.. Kenapa you kahwin dengan dia? I akan ada.. You tak perasan langsung ke kewujudan I? Dari dulu lagi I cintakan you.. Takkan you tak nampak semua tu.. " Karlisa berkata sendirian dengan lemah. Wajah sugulnya langsung tidak dihiraukan. Pisau di tangan dimainkan pada gambar Aydan. Seketika kemudian dia ketawa.
" Aku akan pastikan kau jadi milik aku Aydan! Kalau tak.. Kau mati! Hahahaha. Aku akan bunuh kau.. Lepastu aku bunuh diri aku.. Kita akan bersama dekat syurga nanti sayang.. Hahahaha.. " Karlisa ketawa dan terus ketawa.
" Kalaulah dulu you yang mati.. Bukan Ezzara.. Mesti nyawa Alya tu tak terancam macam sekarang.. " Karlisa tersenyum seorang diri. Matanya tajam merenung gambar Alya.
" Get ready Alya.. " Karlisa ketawa lagi. Lagak seperti seorang pyscho.
To be continue..
Comment, vote and promote this story 💖
YOU ARE READING
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔
Mysterium / Thriller𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih...