BAB 6

4.2K 93 3
                                    

"Aril!Kau kena tolong aku Ril!"

"Dah kenapa bro?Macam berat betul masalah kau.Kalau aku boleh tolong aku tolong."

Naik hairan Aril melihat kelakuan sahabatnya itu.Lain macam betul hari ini.Tak pernah-pernah nak minta tolong daripada dia,alih-alih hari ini dia minta tolong.

"Mummy aku nak aku kahwin.Dia bagi aku tempoh sebulan je untuk bawa calon isteri jumpa dia."luah Jazriq.

Terbahak Aril dibuatnya.

"Lah,pasal tu je ke?Ingatkan benda apa lah tadi."

"Kau gelakkan aku Ril?"

"Tak adalah,aku ingatkan masalah apalah yang berat sangat.Rupanya suruh bawa isteri je."

Mata helang Jazriq membunuh pandangan Aril.

"Kau kata ini bukan masalah besar?Eh,Ril ni ada kaitan tau dengan masa depan aku.Kau ingat senang ke nak cari isteri?Mahunya yang jenis mummy tak berkenan macam mana?"

Rungsing Jazriq sejak kelmarin.Tangan kekarnya menggaru belakang kepala.

"Aku faham masalah kau.Jangan stress sangat,aku ada jalan penyelesaian."

Terus wajah Aril dipandang lama.

"Apa dia?"

"Apa kata kalau kau buat sesi temuduga?Mesti ramai yang nak join punya."

"Kau gila ke apa?Mana ada orang buat temuduga nak cari isteri."tali leher dilonggarkan sedikit.Panas pulak bila isu ini dibangkitkan.

"Kau belum cuba belum tau Jaz.Mana lah tau.Lagipun kau kan ramai 'gf'.Aku tengok diaorang semua tu cun melcun kut.Kaya pun kaya.Takkan semua tu mummy kau tak suka."ujar Aril yakin.

Jazriq cuba menghadam apa yang dikatakan Aril.Ada betul juga.Takkan mummy tak suka kesemuanya.Paling tak pun satu dua.

"Tapi macam mana?"

Aril memetik jari."Yang tu kau tak payah risau.Yang tu aku boleh tolong settle kan.Yang penting sekarang ni kau buat je apa yang aku suruh tu."

"Kalau tak berjaya?"

"Kalau tak berjaya,kau kahwin je la dengan menantu pilihan mummy kau."tutur Aril lalu berlari anak meninggalkan Jazriq di dalam bilik kerjanya.

"Cis!Tak guna betul."

"Una,jom keluar cari kerja.Mana tau ada kosong."ajakku.

"Kau serius nak pergi sekarang?"

Aku mengangguk laju.

"Okay lah,aku siap kejap."

Aku memerhati langkah Una yang mendaki tangga menuju ke biliknya.Mudah-mudahan rezeki menyebelahi aku.

Myvi Una bergerak perlahan di atas jalan.Mata aku mula memainkan peranan untuk mencari signboard atau banner yang tertulis"JAWATAN KOSONG"

"Eh Jiha,kau tengok tu."

Aku memandang ke arah yang ditunjuk oleh Una.

"Jawatan Pembantu Peribadi Seumur Hidup"aku membaca perlahan.Tak semena kening tipisku bersambung.

"Jawatan apa tu?"soalku lagi

"Entah,PA kut.Tarikh offer tu baru je semalam.Kau nak ke tak?"

"Macam pelik je bunyi dia Una.Takut la pulak.Entah mana-mana agensi yang iklankan tu"

"Eh,tu syarikat Royal Inn punya la.Komfem dipercayai.Tengok tu ada alamat syarikat tu."tutur Una sambil menunjukkan alamat yang tertera kepadaku.

"Boleh ke aku mohon?"

"Apa pulak tak boleh?Kau dah 20 tahun pun.Bukannya masih darjah dua."

Aku menayang sengih.Ye tak ye jugak.Itulah kau Jiha takut punya pasal benda yang tak masuk akal juga kau fikir.

"So,macam mana?"

"Okay lah.Jom pergi syarikat tu tanya apa yang patut."

"Ha,macam tu la kawan aku."

Kereta mula meluncur menuju ke syarikat Royal Inn yang terletak di tengah bandar.

Setiba di syarikat Royal Inn aku segera menuju ke kaunter pertanyaan.Una juga turut menemaniku ke kaunter.

"Hai selamat datang boleh saya bantu?"tanya salah seorang pekerja yang memakai tanda nama Deeja.

"Hai,saya dengar syarikat ni nak ada jawatan kosong kan?"

"Ya cik,CEO kami sedang mencari 'pembantu peribadi' buat masa sekarang ini."ujarnya Deeja lembut.

"Oh,macam mana ya saya nak dapatkan jawatan itu?"

"Cik kena isi borang ini.Kemudian,sertakan dokumen yang penting seperti tertera dalam borang itu."

Aku membaca borang yang diberi.Tak banyak pun dia minta cuma gambar berukuran pasport.

"Sekejap ya,saya isi."

Deeja mengangguk lalu menyambung kerjanya yang tergendala.

"Macam mana?"soal Una sambil melihat apa yang aku isi.

"Ini,kena isi borang lepastu bagi gambar."tangan masih ligat mengisi ruangan yang masih kosong.

Apasal soalan dia lain macam ini?

Berkerut dahiku membaca setiap baris soalan.

Arh,lantak lah.Janji aku isi saja dulu.Dapat tak dapat belakang kira.

"Pelik betul.Mintak gambar saja."soal Una lagi setelah aku selesai mengisi borang itu.

"Itulah pasal.Sijil-sijil apa pun dia tak minta."

"Tak apalah.Kau hantar saja dulu,nanti apa-apa dia mesti inform kau kan."

Aku mengangguk sebelum berlalu ke kaunter tadi.

"Cik,ini borang yang saya dah isi."

"Oh ya.Sekiranya nanti cik ditawarkan jawatan itu,kami akan menghubungi cik sendiri."

Aku tersenyum lebar.Harap dapatlah.

"Erk,maaf tanya.Memang dia minta gambar saja ke?"

"Ya cik.Itu sahaja yang perlu setakat ini."

"Agak-agak berapa lama ya saya akan dipanggil?"

"Dalam minggu ini juga cik."

"Oh,tak apalah.Terima kasih."

Aku mula mengorak langkah ke arah Una yang setia menunggu.

"Dah,jom.Kalau rezeki aku ada dekat tempat ini nanti dia call"

"Oh,ya?"

Aku mengangguk.Tanpa banyak bicara kami mula beredar keluar.Dalam perjalan keluar tiba-tiba tubuhku dirempuh seseorang.

Habis semua dokumen yang aku bawa bertebaran.

"Omaigod,sorry-sorry."ujar satu suara garau.

Aku menunduk lalu mengutip kertas yang bersepah.Tak semena lelaki tadi turut membantu aku mengutip apa yang perlu.

Aril memandang wajah cantik yang telah dilanggarnya tadi.

Mak ai,ini manusia ke bidadari?

"Encik?"

Aril tersedar dari lamunannya.

"Huh?Erk,sorry saya nak cepat tak sengaja terlanggar."ujar Aril.

Aku tersenyum nipis.

"Tak apa,salah saya juga.Saya minta diri dulu."

Aku mencuit Una yang keras di sebelah.Dah kenapa minah ini.

"Oit,jom balik."

"Hah?Okay."

Calon Isteri CEO SengalWhere stories live. Discover now