"Jimin, makanlah bubur tu sikit. Saya tak mahu awak semakin lemah lagipun nanti mereka marahkan saya sebab tak jaga awak baik-baik." Gadis bernama Dahyun itu memujuk lelaki yang terbaring lemah di atas katil untuk makan.
"Jangan paksa saya. Saya tak ada selera nak makan. Awak boleh balik Dahyun. Tolonglah. Nurse dekat sini belambak. Awak tak perlu risau, saya tahu nak jaga diri saya macam mana. I don't need you. Go." Jimin menghalau Dahyun tanpa ada rasa simpati. Bersusah-payah gadis itu datang ke hospital semata-mata untuk menjaganya. Bagaimana tidak ada rasa sakit di hati?
"Awak masih marahkan saya?" Jimin mati kata. Seolah-olah kisah silam datang menerpa. Bagaimana dia tidak marah, gadis ini memutuskan hubungan secara mengejut, mengkhianatinya dalam diam? Sungguh dia kecewa.
"Awak cuba nak ungkit kisah dulu ker? Mungkin hubungan kita sampai situ je. Baliklah, Hyun." Jimin menutup kedua-dua kelopak matanya. Hanya nafas berat yang keluar melalui mulutnya.
"Hyun? Betapa saya merindukan nama tu." Luah Dahyun tanpa segan. Dia malu tapi sampai bila. Hatinya masih sayang pada lelaki itu. Meninggalkan lelaki itu bukan kehendaknya.
"Awak tak faham ker? Saya cakap keluar! Keluarlah!" Berdesing telinga Dahyun mendengarnya. Hatinya luluh saat ini. Air matanya laju bercucuran.
"Saya boleh jelaskan semuanya pada awak, Min. Saya tinggalkan awak bukan sebab saya dah tawar hati tapi saya ikut pilihan ibu. Tolonglah Min. Saya merayu." Rayu Dahyun lagi. Jimin tersentak mendengarnya namun egonya masih belum runtuh.
"Jangan panggil saya Min, Dahyun. Saya dah ada pasangan saya sendiri. Saya cintakan dia. Baliklah." Desak Jimin lagi. Sungguh dia tidak mahu berlama-lama bersama Dahyun. Takut makin kuat lagi rasa cinta yang tak pernah punah dari hatinya. Kesakitan yang diberikan oleh perempuan ini menebalkan lagi benteng egonya. Dia tak mahu terlihat lemah depan Dahyun.
"Saya akan pergi. Take care." Dahyun mengesat pipinya yang sudah kebasahan.
_
Aku duduk di atas katil perlahan-lahan. Takut tersentak bahagian anggota lain. Kepala yang masih berbalut, aku pandang menggunakan kamera telefon. Kelihatan ada bayang-bayang manusia di bekalang aku. Laju aku toleh ke belakang.
Tak ada apa-apa. Mungkin perasaan jer kut. Sudah pagi, takkan ada juga makhluk halus.
Mina? Mana dia menghilang? Kalau aku tanya mereka berempat, tak mungkin ada yang nak beritahu jujur. Jadi aku kena jumpa Yoongi secara personal tapi dengan keadaan aku macam ni. Haih, susah nak jumpa. Mesti ada je yang jadi pengikut aku. Aku rasa aku ada simpan nombor Yoongi. Kenapa boleh hilang?
Aku tutup kamera dan pergi kepada aplikasi kenalan. Aku scroll ke bawah hingga ke huruf 'Y'. Ada orang dah padam ker? Aku masih tak berpuas hati dan terus mencari nama Yoongi.
Apa yang aku dapat melalui mimpi adalah Jungkook dan Taehyung memperkosa Mina. Jap. Jangan-jangan ni ada kaitan dengan teman wanita aku dan pastinya Yoongi ada jawapan ni. Myoui Mina? Ianya sama dengan nama teman wanita aku. Jadi dia pernah jadi teman wanita Yoongi? Ah, aku keliru.
Pening.
Sakit.
Pedih.
Entahlah.
Perasaan aku sudah bercampur-baur. Kalau Tuhan datangkan aku mimpi macam tu bukankah ianya benar walaupun dalam keadaan berbeza.
Tu...tuhan pilih aku untuk selesaikan semua ni.
Roh saya tak tenang, Jimin.
Aku meraup wajahku lembut. Jadi Mina adalah roh yang datang sebagai teman wanita aku untuk tuntut bela atas apa yang Jungkook dan Taehyung buat. Betulkan? Betulkan apa yang otak aku fikir ni?
Bagaimana? Sudah rasa sakit kepala? Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Hahahaha. Stay tuned
YOU ARE READING
Roh ◎ jimina
Fanfiction[ special thank you for myrah ] "Roh saya tak tenang, Jimin."