Cerpen 2

376 8 2
                                    



 "Wazif ini adik perempuan kamu, Katima Shahira. Papa nak kamu jaga dia seperti mana kamu jaga diri kamu. Sekarang Katima akan tinggal bersama kita." Encik Wahad memperkenalkan anak tirinya kepada sang bujang sebaik dia sampai dari rumah sewa isteri barunya.

Mereka berkahwin secara ringkas di Mahkamah Syariah negeri Kelantan memandangkan masing-masing sudah berumur dan pernah ada keluarga sendiri sebelum ini.

"Katima Shahira bukan ke junior Wazif pa?" soal Wazif jelas terkejut.

Terpana bila melihat orang di hadapan dia sekarang. Budak perempuan yang jumpai di belakang sekolah dalam keadaan terbaring lemah kerana dibuli oleh pelajar nakal di situ.

"Ya, dia junior kamu. Ini mama Khaleda ibu kepada Katima jadi mulai sekarang kita jadi satu keluarga papa harap Wazif boleh jaga Katima."

"Katima Shahira ini, Wazif abang kamu. Dekat sekolah nanti takdelah orang akan buli kamu nanti bila bersama Wazif." Puan Khaleda pula bersuara. Bahu sang anak diusap lembut.

Katima Shahira angkat pandangan melihat wajah abang tirinya. Riak wajahnya kosong.

Wazif pamer senyuman pada gadis itu. Rasa belah terselit di hati bila terlihat lebam di hujung bibir kiri. Pasti dibelasah teruk oleh geng Ammara si kaki buli. Agak Wazif tidak tahu siapa sebenarnya yang buat.

"Abang saya harap Wazif bolehlah jaga Katima nanti. Saya risau dia bukan nak cakap kalau ada masalah," luah Puan Khaleja pada suaminya sebaik mereka melangkah masuk ke dalam untuk membawa barang dari rumah sewa ke rumah baru. Meninggalkan sang anak di luar untuk berkenal-kenalan.

"Awak jangan risau Wazif ketua pengawas yang disegani oleh semua pelajar sekolah abang. Mesti dia dapat jaga Katima dengan baik." Bahu sang isteri disentuh lembut cuba memujuk hati kerisauan.

"Mestilah saya risau abang. Katima tu jenis memendam susah nak tahu apa yang dia fikirkan tambahan pula dia sekarang dia anak abang. Pegetua sekolah jadi saya takut pelajar lain semakin kuat membuli. Dia pula bukan reti nak melawan ke apa. Asyik dengan dunia sendiri saja. Sebulan lepas dapat lebam semalam dia kena lagi siapa tak risau. Saya bukan cikgu di sekolah tu nak tanya lebih-lebih nanti dibenci orang memandangkan saya baru di sana." Wajah kerisauan masih jelas kelihatan.

"Itu yang saya terpikat dengan awak pertama kali lihat awak. Tidak terburu-buru dalam buat keputusan, penuh dengan kasih sayang." Tubuh sang isteri dipeluk erat. Ubun-ubun dikucup lama. Isteri yang baru semalam dinikahi.

Puan Khaleja membalas pelukan itu. Sungguh takdir Allah itu sangat indah. 10 tahun tahun dia menjadi ibu tunggal akhirnya ada jodoh baru untuk dia. Katima Shahira berusia 5 tahun suaminya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dapat pindah ke tempat baru dapat jodoh baru.

"Awak jangan risau hal ini saya tak akan biarkan berlaku lagi. Saya akan panggil pelajar yang buat Katima tu. Wazif kamu masih kenal pelajar mana yang buat Katima?" Encik Wahab kalih pada anaknya sebaik Wazif dan Katima sudah masuk ke dalam rumah dengan kotak di tangan masing-masing.

Dari memandang wajah adik tirinya Wazif kalih pada papanya.

"Wazif tak pasti pa sebab Wazif sampai ke tempat kejadian Wazif hanya nampak Katima seorang di situ dan Wazif rasa lebam yang Katima baru dapat dari orang yang sama."

Wazif mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebulan yang lalu. Seorang pelajar perempuan yang baru pindah terbaring lesu di belakang bangunan sekolah pada hari pertama masuk ke sekolah baru.

"Katima sama macam kamu Wazif , anak yatim takde ayah. Kamu pula takde ibu jadi keluarga kita saling lengkapi. Kamu berdua akan ada papa dan mama dan papa akan ada mama, mama pun begitu juga. Wazif tolong tunjukkan bilik Katima di mana. Papa nak angkat barang-barang lain di kereta," arah lelaki itu lalu menapak keluar bersama isterinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia.. Bukan Adik Aku!Where stories live. Discover now