Semakin lama, tubuh Younghwa semakin mengeras. Anaknya yang berlari lalu memeluk kakinya juga tidak dipedulikan.
Saat ini, hanya dia. Hanya dia yang berada di fikirannya.
"--hwa? Younghwa!" Younghwa kembali berpijak ke dunia nyata. Wajah risau pakcik Hwang menyapa pandangannya.
"Kamu ok tak ni? Nampak macam tak sihat je." Pakcik Hwang menyoal prihatin.
"O--ok. S--saya ok." Tergagap - gagap Younghwa menjawab.
"Betul ke ni? Kalau tak ok, doktor Hansung boleh tengok - tengokkan." Pakcik Hwang berbalas pandangan dengan lelaki di hadapannya.
Doktor Hansung?
Anaknya kecil lagi. Mana ada ijazah doktor. Younghwa blur.
Tiba - tiba sahaja pakcik Hwang menghamburkan tawa membuatkan Younghwa semakin blur.
"Younghwa, bukan Hansung anak kamu. Hansung doktor ni. Nama dia dengan anak kamu sama." Jelas pakcik Hwang.
Lelaki itu menghulurkan tangan sambil tersenyum manis.
"Kim Hansung."
"Kim Younghwa."
Younghwa menyambut tangan itu.
YOU ARE READING
[C] Fáte. kth
Fanfiction+ sekuel kepada DOCTOR -- "Bila semua ini akan berakhir? Lakonan ini, bila ianya akan berakhir?" Sejauh mana aku berlari, di situ juga kau berada. Mungkin kerana, takdir kau dan aku terikat bersama. * [short chapter with gifs] -- + book 2 of Doctor...