Bab 2

142 3 0
                                    

Nissa tidak dapat melelapkan matanya. Di balkoni inilah tempat dia selalu termenung mengenangkan nasib. Teruk sangatkah kehidupannya? Rasanya tidaklah teruk mana. Dia tersenyum memikirkan diri dan anak-anak. Biasan air kolam renang yang berwarna kebiruan itu sungguh tenang, sungguh cantik. Mengingatkannya kepada sebuah tasik cantik, tempat dia selalu duduk bercinta, membaca buku dan bergurau senda ketika di universiti dulu.

9 tahun lalu, dia tidak pernah terfikir, inilah yang akan dilalui setelah menikah dengan Haziq Iqbal, anak Dato' Loqman. 9 tahun yang lalu, di bumi England, Nissa telah jatuh cinta dengan Haziq dan tanpa berfikir panjang telah setuju menikahinya. Masih segar di ingatan saat-saat pertama berkenalan dengan bekas suaminya itu.

Pada pagi hari itu, angin sedikit kuat dan sejuk. Oleh kerana sedikit tergesa-gesa, Nissa terlupa menyarung glove, mujurlah dia tidak terlupa muffler dan puffed winter jacketnya. Selepas menyarung boot, Annissa terus melangkah menyusuri jalan yang mana di sebelahnya adalah terusan kecil dan cantik. Pokok-pokok oak tua dengan dedaunan lebat berayun bila ditiup angin perlahan. Bunga-bunga pelbagai warna tersusun rapi ditanam begitu indah. Pemandangan pagi seperti itu selalu membuatkan dia terleka, terkadang tidak sedar jarak langkah yang sudah berlalu.

Tiba-tiba kedengaran orang berjalan laju ke arahnya. Nissa memusingkan kepala.
"Hai." suara lelaki itu menegur.

Nissa masih terdiam, tidak tahu bagaimana untuk bereaksi dengan jejaka melayu yang wajahnya agak familiar bagi Nissa.

"Saya nampak awak hari-hari lalu taman ni untuk ke kelas. " Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersenyum-senyum serba salah apabila salam yang dihulurkan tidak bersambut. Dia tahu perilaku gadis yang nampak kekampungan, kekok dan pemalu ini, cukup berbeza dari sesetengah pelajar dari Malaysia yang lincah peramah dan kadang kala terlalu berani dalam pergaulan.

Nissa sedar selama ini dia diperhati dan sudah banyak kali juga dia bertentang mata dengan jejaka kacak ini dari jauh namun dia tidak peduli kerana kehadiran dia di bandar Manchester ini adalah untuk meneruskan pengajian, bukan bercinta. Kalau dia gagal, bukan sedikit jumlah bayaran balik biasiswa yang harus dikembalikan. Kecut perutnya memikirkan seorang dua rakan yang kecundang kerana kejutan budaya di Kota London.

"Hai." balas Nissa tersenyum, sambil menyelitkan rambutnya yang ikal di belakang telinga. Dia menunduk malu. Lelaki ini cuma mahu berkenalan kan? Dia mengangkat kepala memandang, tersenyum dan kembali tunduk. Dia sudah biasa diganggu pelajar lelaki di sekolah mahupun di kelas, tetapi tidak pernah jantungnya berdebar seperti ini. Hujung bibirnya terukir senyum.

"Saya Haziq, Haqiz Iqbal" lega kerana akhirnya gadis itu sekurang-kurangnya tidak diam membisu.

"Saya Annissa. Just call me Nissa. Ermm.. saya nak teruskan sesi perkenalan ni tapi saya taknak terlewat ke kelas." terangnya ringkas, diakhiri dengan senyuman pendek. Tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan situasi ini, Nissa cuma menggosok-gosok dan meniup angin suam kearah jari jemarinya yang terasa sejuk membeku, melarikan pandangan bila bertentang mata dengan Haziq.

"Not till you have your breakfast first. I hope you don't mind that I do the honor to buy you some chocolate croissants for you to eat on your way, " Haziq cuba menggunakan peluang yang ada sebelum berfikir dan menyambung, "I just hope that you would allow me to walk with you to your class today, if that's ok with you." berkerut-kerut dahi Haziq melafazkan permintaannya. Very smooth Haziq, not bad, detik hatinya sendiri. Besar harapannya berharap gadis itu setuju. Seboleh mungkin dia cuba memberikan senyuman sengetnya yang telah mencairkan puluhan gadis lain. Manalah tahu berkesan! inikan Haziq si Romeo besar, kasanova sepertinya sudah biasa dengan detik sebegini tetapi sedikit sebanyak, dia nervous juga.

10 saat berlalu tanpa kata-kata. Akhirnya,

"Its freezing cold, Haziq. Why would you wanna walk with me to academic building and walk back. Thats just unnecessary." Oleh kerana badannya yang rendah, mendongak Nissa memandangnya, menunggu jawapan dari jejaka bertubuh tinggi sasa, berjaket kulit kasual itu.

"Sebab saya nak berkawan dengan awak, Annissa. And I think I would make a great walking company since I noticed that you do not have that many friends to walk with you pun kan?", kali ini Haziq nekad, tak kira apa sekalipun jawapannya, dia akan tebalkan wajah tampannya dan akan meneruskan pursuit untuk dapatkan gadis comel ini. Sudah ke tahap ini, takkan nak separuh jalan saja?"

Nissa cuma tersenyum, cuba menyembunyikan degupan jantung yang hebat berdegup didalam dadanya. "ok Haziq, on one condition. I can only be your friend, and nothing more."Nissa memberikan senyuman nakal dan terus melangkah meninggalkan Haziq.

Sedikit kecewa mendengarkan syarat itu, namun Haziq yakin, suatu hari nanti Annissa akan melonggarkan syaratnya. Dengan senyuman yang melebar, dia mengejar Nissa untuk berjalan menyaingi gadis itu.

"mommy.."

"Eh! sayang mommy terjaga? Whats wrong sayang?" Hilang terus flashback memori silam itu melihatkan Rafi sudah hampir menangis. Mimpi la tu. Sambil mendukung Rafi, Nissa menepuk2 lembut belakang anak bongsunya itu memujuknya sambil berjalan ke arah biliknya."Its ok, Rafi sleeps dengan mommy tonight ya.."

Tak Henti GeloraWhere stories live. Discover now