RABU - 8.20 malam

347 21 2
                                    

"Dean, you are really weird."

Sekarang mereka dalam perjalanan untuk ke taman tema. Walaupun Kayla bertegas untuk balik ke rumah kerana tidak mahu mengganggu masa rehat Dean, Dean tetap berkeras untuk menjadi tourist guide yang cemerlang, gemilang dan terbilang dengan membawa Kayla bersiar-siar mengelilingi Stardust dan menceritakan tentang sejarah bandar itu kepada Kayla.

Dean tidak pernah terfikir yang kecederaan dimukanya boleh terawat hanya dengan mendengar gelak tawa Kayla. Jadi jika selepas 7 hari ini, jika Kayla sudah kembali ke tempat asalnya, jika Dean tercedera, haruskah dia mencari Kayla untuk mengubatinya?

"Kenapa?"

"You tak tanya I langsung tentang the creepy guy. Or whether I'm okay or not."

Dean tertawa kecil. "Kayla, you're fine. Kenapa I kena tanya you okay ke tak?"

"Dean, I baru saja lepas kena follow dengan entah mamat mana entah, and then I called you asking for your help, and you datang dengan aiskrim. Like nothing ever happened."

Dean mengetuk-ngetuk stereng dengan jari-jemarinya sambil memikirkan ayat yang sesuai untuk diberikan pada Kayla. Memang benar, dia langsung tidak bertanya sama ada Kayla okay atau tidak, kerana dia langsung tidak terfikir.

"And kenapa baru sekarang you tanya?"

"I baru terfikir."

"Haaa. Tadi you tak terfikir, kan?"

"Ya." Kayla masih memandang Dean yang tenang memandu.

"Samalah macam I. I tak terfikir nak tanya you, you okay ke tak and whatever." Dean pandang Kayla sekilas, seraya tersengih. "Sorry." Dia nampak macam seorang yang langsung tidak mengambil berat sekarang ini. "You okay kan?"

"Too late, Dean."

"Kayla... I masuk café tadi, and I tengok you duduk main phone and dari jauh I dah boleh observe you, that guy tak apa-apakan you, and you were fine. Sebab tu lah I tak tanya. You okay, kan? Or you ada gangguan emosi sekarang ni? You trauma?"

Kayla menjulingkan mata ke atas. Dean ini tidak pernah serius. Kalau Mikhael yang berada didepannya sekarang, pasti Mikhael sudah menghujaninya dengan pelbagai soalan. Atau lebih teruk lagi, Mikhael paksa dia lakar wajah lelaki itu kat kertas dan bawa dia ke balai polis untuk buat laporan. Tapi Dean tidak. Dean langsung tidak mengungkit apa-apa pun tentang The Creepy Guy.

"You trauma ke? I bawak you ke hospital sekarang."

"Shut up."

Dean tertawa kecil. "Kayla... I'm here now. It's okay."

"What if he comes back? What if dia ingat muka I?"

"Kayla... You cam muka dia tak?"

"Ya. Before he left, he looked at me and smiled."

Dean mengeluh. "You tak perlu risau. Maybe dia cuma bosan. And dia pilih you jadi mangsa dia. Lepas ni dia pilih mangsa lain pulak."

"Ya ke?"

Dean mengangguk. "Sebab you tak kenal dia kan?"

"Tak."

"Haaa. Dia tak ada sebab nak obsess dengan you ke apa... Unless you kenal dia. Mungkin dia dah lama simpan perasaan kat you."

"Tak. I langsung tak kenal dia."

"So, it's fine now. You tak perlu risau. Lagipun lepas ni you akan ada I. You have me for the rest of your days here. So you'll be fine, Mikayla." Dean tersenyum seraya menarik brek tangan. "And we're here. Let's have fun."

Dan Kayla tidak mampu menahan diri dari ketawa. "Kenapa bunyi macam terpaksa je?"

"I don't really like this place." Dean mematikan enjin kereta.

"You're no fun!"

"Whatever. Jom! Before I change my mind..."

"Okay jom!"

My Safe HandsWhere stories live. Discover now