Setelah Amalyna kembali reda.Dia terus memandang Datin Ammara.Begitu juga Megat.Manakala Datin Ammara hanya tersenyum simpul.
"Apa mama ni?Kesian Sha.Kalau tak sabar sekali pon jangan la cakap masa Sha tengah minum.Kan dah tersedak.
Kalau Sha mati jadi duda la Ir."Megat mula membayangkannya.Terus Amalyna menampar bahu Megat sambil menjeling.Datin Ammara hanya menjadi pemerhati.
"Betul la apa mama cakap.Lagi pon kamu berdua dah lama bersama.Keluarga Sha dengan keluarga kita pon saling mengenali."Datin Ammara membela diri.
Ni kesempatan yang aku ada.Amalyna ni lemah sikit dengan mama.Bisik hati jahat Megat.
"Betul pulak kata mama tu.Apa kata kita nikah hujung bulan ni.Nak tak sayang? "
Haishhh kau ni dah melampau tau tak Megat or should I call you Irsyaf. Desis hati Amalyna.Baru saja Amalyna ingin menjawab dan sekali lagi ada orang ganggu.
"Bagus juga cadangan kamu tu.Kalau bulan ni maksudnya ada lagi tiga minggula kan.Okeyla kalau macam tu nanti semua mama dengan mama Sha urus.Okeyla mama balik dulu."pinta Datin Ammara.
Amalyna menghantar pemergian Datin Ammara dengan pandangan yang sepi sebelum mengalihkan pandangan pada Megat.
Megat hanya menggosok lehernya.Benci Amalyna melihatnya.Perasaan benci kepada lelaki itu semakin membuak apabila dia ditipu hidup-hidup.Terus dia bangun, menggapai begnya lalu berlalu.Panggilan daripada Megat tidak dia hiraukan.
Dia terus berlalu tanpa menoleh ke belakang.Dia melintasi jalanraya yang sibuk itu.Sebelum sempat dia ingin membuka keretanya bunyi kuat terhasil dan panggilan Megat tidak lagi kedengaran.
Kedengaran hanya rintihan sakit seseorang.Mata dia terus melekat kepada gerangan tersebut.
"Ya Allah.Irsyaf."jerit Amalyna.
Terus dia belari ke arah Megat.Nasib tiada kenderaan ketika itu.Dia jatuh melutut di depan Megat sebelum melihat kenderaan yang melanggar Megat.
La motorsikal je.Motorsikal je kau kata.Kau tak tengok dia banyak darah tu.Orang ramai mula mengerumuni mereka.
"Syaf,bangunla.Jangan tinggalkan Sha." Menitis mutiara jernih dari tubir mata Amalyna.Megat masih lagi tidak membuka matanya.Dia memangku kepala Megat.
"Hei korang rakam apa huh??Tolongla call ambulance."marah dia.Orang tengah sakit korang boleh pulak merakam.
Beberapa minit kemudian bunyi siren kedengaran.Amalyna mengambil keputusan untuk mengikut Megat ke hospital.
------------------------------------------------------------------
Seiring dalam perjalanan ke hospital, Amalyna tidak berhenti menangis.
Dia juga telah menghubungi mama Megat menggunakan telefon milik Megat.Sempat kau celup.Lama lagi ke.Asal lama sangat ni.Desis hati Amalyna.Nak dekat sejam dia menunggu.
Kedengaran namanya dipanggil.Ternyata itu adalah Datin Ammara.
"Sha macam mana boleh jadi macam ni?" Jelas kelihatan riak kerisauan di mukanya.
"Syaf kena langgar dengan motorsikal semasa nak kejar Sha..hikkss..hikkss..Ni semua salah Sha ma."dia masih rasa bersalah walaupon hakikatnya bukan salahnya.
"Tak apala Sha.Bukan salah Sha pon.Ni dah ketentuan-Nya.Kita banyak-banyakkan berdoa."Datin Ammara menenangkan Amalyna.
Pintu bilik depan mereka terbuka.
Kelihatan seorang doktor lelaki keluar daripadanya.Perrr...hensem.Aishhh kau ni tadi bukan main lagi nangis.Desis Amalyna."Boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga pesakit?"doktor memandang Amalyna dan Datin Ammara bersilih ganti.
"Saya doktor.Tu anak saya."
"Okey kalau macam tu puan ikut saya "ajak Doktor Raykal.Sempat lagi kau usya nama dia noooo.Gatal.
Tinggallah Amalyna termanggu sendiri. Jiwanya masih lagi kacau.
Seketika kemudian,Datin Ammara menghampirinya tanpa Doktor Raykal.
Sedih.Amalyna terus berdiri menghampiri Dati Ammara.
"Mama macam mana dengan Syaf?Teruk tak?"
"Nak cakap teruk tu tak la sangat.Sha masukla tengok sendiri.Mama kena balik kejap nak jemput papa dekat KLIA.Nanti mama datang balik .Okey.Sha jaga Ir baik-baik."pesan Datin Ammara sebelum berlalu.
Amalyna mengganguk sedekit.Dia berlalu ke tandas.Takkan nak masuk dengan muka macam Mak Cik Senah bedak sejuk kot.Mahu terkejut Si Megat.
YOU ARE READING
Because I love U
RandomDisebabkan perasaan benci yang telah terpahat didalam hatinya,dia memutuskan untuk tidak menerima jejaka yang dulu dicintainya. Dia bakal disatukan dengan jejaka yang dia sendiri tidak boleh jangkakan. Kerana kelancangan mulutnya sendiri mengher...