Bab 4

121 10 9
                                    

Tok! Tok!

  "Come in, " Arah Tan Sri Aminuddin. Kelihatan Hani membawa masuk coffee yang dipesan oleh Tan Sri Aminuddin tadi.

  "Thanks, Hani. "

  "No problem, Tan Sri. Anything else?"

  "I just want you to wait here. I want you to meet my son. Dia baru balik dari USA hari ni." Kata Tan Sri Aminuddin sambil menayangkan telefonnya. Setelah selesai menayangkan telefonnya, Whatsapp daripada anaknya dipandang dengan perasaan yang gembira. Tapi terkejut jugalah bila dapat tahu yang anaknya balik hari ni. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba tiba balik.

  Hani hanya menggangukkan kepalanya.

  Tak lama kemudian, kelihatan pintu itu dibuka.

  "Assalamualaikum, papa," Hanif memberi salam.

  "Waalaikumsalam, Nif. Kenapa Nif tak bagitau papa yang Nif nak balik?" Soal Tan Sri seraya bangun lalu memeluk anak lelakinya itu.

  "Nif sengaja tak nak bagitau papa." Kata Hanif sambil memandang gadis yang membelakanginya itu.

  Aik? Macam kenal je perempuan ni? Soal Hanif dalam hati.

  Hani memalingkan mukanya. Nak tengok siapa bakal bossnya nanti. Terbeliak matanya setelah melihat gerangan lelaki itu.

   Aduhai.. Janganlah laki ni yang jadi boss aku nanti...  Getus Hani dalam hati. Baju putih yang ada tompok berwarna coklat milik lelaki itu dikerling.

  "Kenapa baju Nif kotor ni?" Soal Tan Sri apabila terlihat tompok coklat di baju putih anaknya itu.

  "Oh..  ni. Nif pergi Starbucks tadi. Tapi, tiba tiba Nif dilanggar oleh seorang perempuan cantik. Perempuan tu cantik tapi sayang, buta rupanya." Kata Hanif seraya memberikan senyuman manis untuk Hani.

  Hani hanya menayangkan senyuman palsunya. Kurang asam punya laki! Kau pun apa kurangnya? Muka je handsome tapi perangai, Ya Allah! Syaitan pun boleh menangis, tahu tak?!  Bebel Hani dalam hati.

  "Nif ni bila nak masuk kerja? Tunggu papa bersara dulu ke, nak kerja sekarang?" Soal Tan Sri Aminuddin.

  "Hmmm...  Nif nak kerja sekarang lah. Tapi PA?" Soal Hanif.

  "PA nanti Hani yang jadi PA Nif nanti." Kata Tan Sri Aminuddin.

  Timbul rasa menyesal dalam hati Hani. Sepatutnya aku tolak tadi! Kalau aku tahu laki ni bakal boss aku, memang aku bantah keras keras tadi!

  "Oh...  Baguslah kalau macam tu." Hanif terangguk angguk.

  "Err...  Tan Sri? Kalau tak ada apa apa lagi, saya keluar dulu ye?" Soal Hani setelah sekian lama berdiam.

  "Yes, you can go."

  Hani lantas keluar dari bilik itu. Panas rasanya duduk lama lama dalam tu. Hani mula menapak ke pantri. Nak bancuh milo. Kopinya tadi habis gara gara tersimbah laki tu tadi.

  "So... honey. Can I call you honey?" Terkejut Hani bila terlihat hantu a.k.a Hanif itu. Hanif hanya tersenyum sinis.

  "H.A.N.I not H.O.N.E.Y!" Tegas Hani.

  "Tapi I suka panggilan tu."

  "Suka hati you lah, Encik Hanif. Nak larang pun tak ada guna. "Kata Hani sambil menjulingkan matanya ke atas.

  "Okay, honey. So... betul ke you nak jadi PA I ni?"

  "I jadi PA you atas arahan Tan Sri."

  "Apa apa jelah, honey. I nak balik dulu." Hanif menapak keluar dari pantri.

  "Baliklah! Kau ingat aku kisah ke? Kalau kau balik tak datang datang terus, tu lagi bagus!" Kata Hani sambil mendengus.

  "Hey! I hear that!" Jerit Hanif dari luar.

  Kisah pulak aku. Getus Hani. Dia meminum air milo yang dibancuhnya tadi.

* Sorry guys...  Ini saja utk bab ni. Sesungguhnya Lyia tak ada idea. apapun sila vote and komen, ye? bye~





Kau Tetap AdaWhere stories live. Discover now